Tentu ramai yang mengidamkan bersanding di pelamin indah. Majlis grand dengan paluan kompang dan diraikan dengan bak raja dan permaisuri di hari bahagia. Tentulah bajetnya tinggi kalau mahu majlis grand begini.
Namun berbeza pula dengan pasangan ini. Melalui satu perkongsian di Facebook, si isteri yang menggunakan nama Pinggan Terbang telah berkongsi bagaimana dia dan pasangannya mampu melangsungkan perkahwinan dengan bajet bawah RM1,000. Ikuti coretan kisah wanita ini.
TIADA PELAMIN, TIADA JURUGAMBAR
Tiada pelamin
Tiada jurugambar professional
Tiada photoshoot
Tiada kompang
Tiada orang bersilat
Tiada acara sambut pengantin
Tiada dj radio
Tiada makan beradab
Tiada acara potong kek
Tiada gadis-gadis dulang hantaran
Tiada bridesmaid
Tiada kasut pengantin yang ni lawak
Tiada crown, Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak
Tiada honeymoon
TIADA IBU AYAH DI SISI
Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang
Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian
Yang ada hanyalah jiran tetangga
Yang ada hanyalah guru – guruku
Yang ada hanyalah ibu saudaraku
Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki
WANG HANTARAN RM500.00
Mas kahwin sebentuk cincin emas
Kenduri doa selamat sahaja (Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya)
TOTAL BAJET PERKAHWINAN BAWAH RM1000
Total perkahwinan kami: bawah RM1k Sebelum tu, rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang, bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan, yang menyusahkan adat ( adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan). Alhamdulillah, untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan.
Suami aku Degree holder untuk HBP, USM
Aku Degree holder untuk Communication, USM , untuk dibanggakan lagi Dean list,
Kerja suamiku supervisor , aku kerja kat site.
Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran.
DIPERSOAL KENAPA TAK BUAT MAJLIS GRAND
To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand? Kenapa and mengapa? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah
Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala . Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya , sebab kedua , zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit deposit rumah dekat penang ni bukan seratus dua ratus ye , ribu tau ribu walaupun rumah kosong … Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni daripada p kelas jalan kaki , ligan bas , ada moto, habis belajaq kami bantu antara satu sama lain p interview sama sama , cari kerja semua , sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup … Sebab keempat , suami aku suka ikut aku p bagi makan kat gelandangan di komtar, aku suka beramah mesra dengan orang. Sebab kelima , satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik adik aku duduk , dia lihat sendiri ,dia rasa sendiri apa aku rasa disitu . Dan sebab terakhir , tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah . Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family, menjaga adik adiknya yang ramai, Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya.. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku.
Nota kaki: Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun, majlis yang besar, hantaran yang tinggi and all that, but for me, please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa, marhean ni. For sake, RESPECT.
Kesimpulannya kehidupan selepas berkahwin itu lebih utama. Tidak perlu membazir ketika mengadakan majlis perkahwinan grand sampai berhutang keliling pinggang. Berpada-padalah ketika berbelanja. Biar ikut kemampuan.
Kredit: Pinggan Terbang