Anas Zahrin salah seorang usahawan tempatan yang cukup sinonim dengan kerjasama selebriti tempatan yang terkenal. Malah boleh dikatakan pelbagai produknya diwakili oleh barisan-barisan artist senarai teratas.
Dalam satu majlis yang cukup gemilang pada 15 november lalu, yang diadakan di Glam Hall Damansara, menghimpunkan selebriti-selebriti ‘A’ list, ratusan pengasas, ratusan usahawan ANAS MEGA, gabungan Jurusolek terkemuka tanahair dan juga ratusan pempengaruh yang menggegarkan dewan yang serba prestij ini.
Setelah sekian lama, akhirnya Anas kembali dengan percaturan luar biasa yang buat julung kalinya mengabungkan puteri dan Ratu Malaya. Tulisnya lagi dalam laman sosial, gabungan ini pasti sesuatu yang di luar jangkaan pengikutnya.
3 Wajah A LIST yang tidak perlu di perkenalkan lagi, Rozita Che Wan, Izara Aishah dan Diana Danielle menjadi taruhan untuk edisi terbaharu koleksi SeMOLEK iaitu set lip tint.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lawanya…” Tak Sendat, Tak Melekat! Izara Pakai Baju Tanpa Gosok Pun Cantik.
Apa yang menariknya majlis ini diserikan dengan tetamu yang hadir dari selebriti, usahawan dan pempengaruh semuanya mengenakan busana yang berkonsepkan songket. Mata tidak berkelip melihat keindahan mereka yang mengayakkannya. Hijabista himpunkan beberapa artist yang hadir di maljis serba mewah dan indah itu. Jom lihat siapakah yang menambat hati anda dengan padanan busana songket dan dihiasi aksesori serba klasik.
Tetap anggun dengan imej terbaharu, Izara tampak sopan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini. Jubah yang dibuat dari songket dan padanan hijab yang sama rona, penampilan Izara tarik tumpuan ramai.
Mungkin ada yang teringin melihat Wany bersanding dengan persalinan serba klasik. Nah, dalam majlis yang serba indah ini, Wany adalah salah seorang dari 8 penyanyi JUARA AJL yang membuat persembahan malam itu. Sebagai pelengkap tema majlis itu, Wany mengayakan busana songket serba hitam dari Embun Klasik Bridal Boutique.
Hitam itu tetap menawan! Baju kurung pesak dengan songket bunga tabur, Zulin Aziz antara selebriti yang menyerikan majlis. Walaupun bajunya ringkas tapi padanan aksesori di kepala, juntaian dokoh dan sepasang gelang kaki perak, cukup membuat Zulin manis persis puteri raja.
Penampilan klasik serba moden yang ditatarias oleh Zulkhairul Hisyam, Liza Hanim berani bermain dengan warna. Hanya berselendang songket dan aksesori bertahta emas cukup melengkapkan penampilannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Saham Dosa Walaupun Like & Share Gambar Mereka Yang Tak Bertudung. Akui Che Ta Enggan Tanggung Dosa.
Gabungan mantap 3 selebriti ini paling di nanti-nantikan, bagai ratu berarak masuk ke dewan, penampilannya tak perlu dipertikaikan. Che Ta yang mempunyai aura seorang ratu mengayakan busana songket lengkap dengan aksesori diiringi dengan Diana Danielle dengan kebaya songket rona merah jambu terang.
Majlis ini juga lengkap dengan persembahan 8 penyanyi dan juga merupakan JUARA AJL berentap di dewan prestij ini dengan 23 Alunan lagu terbaik untuk semua tetamu kehormat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.