Jika anda perasan, pastinya ramai di antara kawan-kawan anda yang bermain permainan ramalan di Facebook. Permainan ini memang mendapat sambutan yang hangat. Sekadar untuk suka-suka katanya.
Antara soalan ramalan yang mendapat sambutan ramai adalah seperti “Siapakah yang sedang stalk Fb anda?”, “Siapakah bakal pasangan anda?”, “Siapakah 7 kawan anda yang nakal?” dan banyak lagi.
Memang seronok bermain permainan ramalan itu. Tetapi adakah anda tahu hukumnya? Dalam situasi ini, ada dua jenis individu iaitu pertama, bermain tetapi tidak percaya. Manakala yang kedua pula adalah bermain dan percaya.
Setiap situasi mempunyai hukum yang berbeza.
Lebih mudah disebut sebagai main sekadar untuk suka-suka je. Hukum bagi individu yang bermain tetapi tidak percaya adalah HARAM. Lebih teruk lagi, solat juga tidak akan diterima selama 40 hari.
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” – (HR. Muslim no. 2230)
Ada juga individu yang bermain dan percaya dengan ramalan tersebut. Hukumnya adalah syirik dan kufur.
مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia bererti telah kufur pada Al-Quran yang telah diturunkan pada Muhammad.”
– (HR. Ahmad no. 9532. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadis ini hasan)Jadi mulai hari ini, berhenti bermain aplikasi ramalan. Tidak sepatutnya anda cuba bermain permainan ini walaupun hanya niat untuk bergurau sahaja. Banyak lagi permainan lain yang boleh anda cuba.
Sumber: Facebook Bahagian Dakwah, Jakim