Kecantikan

Mahukan Kulit Glowing dan Berseri Seperti Wanita Korea? Jangan Keliru Dengan 8 Istilah Skincare Yang Perlu Anda Tahu.

Share

Bicara mengenai kecantikan gadis Korea pasti tidak akan habis di situ sahaja, termasuklah soal kecantikan mahupun tren solekan malah produk skincare. Meskipun telah dikenali sejak beberapa dekad terakhir, banyak istilah-istilah dari skin care Korea yang mungkin sering buat anda bingung.

Agar tidak salah pakai dan mahukan hasilnya maksima, kenali 8 istilah skincare Korea ini!

1. Toner

Toner hanya untuk membersihkan kulit setelah memakai cleansing milk, atau hanya diperuntukkan bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, bukan pada toner skin care Korea. Skincare Korea, toner adalah produk berbentuk cecair yang berfungsi sangat pelbagai, ada yang untuk mengawal minyak, eskfoliasi, bahkan melembapkan dan menambah kadar air untuk kulit dehidrasi, anda hanya perlu semak nama dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Cadangan Produk:

The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Toner (150ml)

PIC: Blog Beauty Garden

Penyegar yang mampu untuk melembap, melembutkan dan menyerap masuk sehingga ke dalam lapisan kulit. Penyegar yang terasa ringan dan segar apabila disapukan pada kulit wajah anda. Selain itu, ia turut memerangkap segala kotoran pada liang dan memperkecil liang pori anda.

Diperkaya dengan bahan mineral dari Kepulauan Jeju, toner ini dapat melindungi kulit anda dari sebarang pencemaran udara. Gunakan pada bila-bila masa sahaja, kulit anda akan menjadi licin dan berseri berpanjangan.

Klairs Supple Preparation

PIC: Kgirlscloset

Toner ini mengembalikan kelembapan dan mengimbangkan pH kulit anda serta menghalang kulit menjadi iritasi. Toner yang mengandungi bahan semulajadi ini dapat menyerap ke dalam kulit dan kekal terhidrat sepanjang masa.

Anda yang berkulit kering, gunakan 2-3 kali seminggu sahaja untuk melegakan ketegangan kulit serta mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di kulit wajah. Sapukan toner ini di zon-T wajah anda dan tepukkan kulit dengan lembut.

BACA JUGA ARTIKEL INI: 13 Produk ‘Skincare’ KOREA Yang Selamat Dan Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia

2. Emulsion

Nah, langkah selanjutnya setelah pakai toner. Emulsion adalah nama lain pelembap/moisturizer, maka emulsion ini bentuknya lebih pekat dibandingkan lotion.

Cadangan Produk:

Pink By Pure Beauty So Smooth Pudding Cream (50ml)

PIC: Shoppe

Bahan aktif dan antioksida yang terdapat di dalam pelembap ini mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi lembut, cerah dan berseri. Direka khas untuk wanita yang ingin mengekalkan keanjalan dan awet muda, produk ini diterbang jauh dari Korea hanya untuk anda.

Dengan gabungan unik Gigawhite, Niacinamide, Oligo-HA, Pink Flower Complex dan Alps Rose, kulit wajah anda akan kelihatan rosey dan dewy. Ianya krim pelembap bertekstur ringan yang beri hidrasi pada kulit wajah anda tidak kira cuaca.

Etude House Sweet Pudding Tone-Up Oil Control Cream

PIC: Pinterest

Rahsia untuk kulit yang lebih sihat dan berseri dengan pelembap ini. Formula yang ringan dan lembut ia membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan dari muka dengan ekstrak biji chia dan ekstrak daun neem. Selain dari mengawal minyak yang berlebihan ia juga turut membantu mencerahkan kulit wajah anda, kesan mencerah memberikan kulit anda kelihatan lebih licin dan sempurna sepanjang hari. productnation

3. Essence

Jangan keliru antara essen dengan serum, Essence adalah serum yang teksturnya lebih ringan dan lebih encer yang biasanya digunakan di awal langkah skin care. Setelah membersihkan wajah dan sebelum memakai toner untuk mempersiapkan kulit menerima peringkat pengambilan skin care selanjutnya.

Cadangan Produk:

Benton Snail Bee High Content Essence (60ml)

PIC: Amazon

Dengan kandungan Snail Secretion Filtrate, Bee Venom serta variasi bahan semulajadi, Benton Snail Bee Content Skin Essence dapat membaiki kerosakan pada wajah seperti parut jerawat dan bintik hitam. Ianya mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda. Ekstrak Arbutin yang terdapat di dalam essen ini juga dapat melawan penampilan penuaan selepas beberapa kali penggunaan. Essen dari jenama Banton ini telah diuji secara klinikal, selamat untuk semua jenis kulit terutama buat anda yang jenis sensitif atau cenderung jerawat.

Pyungkang Yul Essence Toner

PIC: Amazon

Dengan mengandungi 91.3% ekstrak akar Milk Vetch, essen ini dapat memberi kesegaran dan tenaga ekstra buat kulit anda sambil membaikpulih dari kerosakan. Ianya mengekalkan kesegaran dalam kulit agar kulit anda menjadi lebih anjal dan kekal awet muda. Bebas dari bahan tiruan seperti pengawet dan pewarna, essen ini terbaik unutk kulit remaja yang masih belum rosak akibat penggunaan bahan kimia dalam sesuatu produk. Dijamin tidak menyebabkan kulit iritasi, produk ini juga bebas hypoallergenic.

4. Serum

Serum adalah langkah skin care Korea yang digunakan setelah memakai toner, sebelum memakai pelembap/emulsion. Serum kaya akan bahan aktif dan nutrisi, serum biasanya lebih pekat/kental dibandingkan essence.

Cadangan Produk:

JART+ Cicapair Serum

PIC: Little Wonderland

Bagi anda yang mengalami masalah kulit cenderung untuk jerawat, gunakan serum yang menenangkan kulit anda dan dalam masa yang sama membaiki masalah dari dalam. Tidak cukup sekadar merawat jerawat anda melalui spot treatment dan untuk membaiki kulit anda secara keseluruhan pula.

Anda boleh mencuba Cicapair Serum oleh Dr. Jart+ ini yang melegakan keradangan dan dalam masa yang sama membaikpulih untuk mendedahkan kulit yang sihat dan cerah. Dengan menggunakan ekstrak Centella Asiatica, bahan aktif yang digunakan untuk mendorong pemulihan kulit rosak dengan efek menenangkan dan menyejukkan.

SOME BY MI AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum (50ml)

PIC: LilyVanity

Some By Mi amat terkenal dengan produk Miracle Toner-nya yang membantu menanggalkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih cerah dan berseri. Amat sesuai jika anda mempunyai kulit yang kering dan kusam.

Dengan menggunakan komponen Alpha Hydroxy Acid, (AHA), dan Beta Hydroxy Acid (BHA) serta Poly Hydroxy Acid (PHA), untuk menghilangkan sel kulit mati dengan lembut dan tidak mendatangkan iritasi. Kulit anda akan kelihatan bersih, cerah dan berseri dalam masa 30 hari!

5. Tone up cream

Tone up cream adalah krim yang biasanya punya dua fungsi, melembapkan sekaligus meratakan/mencerahkan warna kulit sebelum memakai makeup, bahkan ada juga yang berfungsi sebagai tabir suria. Tone up cream biasanya boleha membuat kulit tampak lebih cerah agar makeup anda tampak sempurna.

Cadangan Produk:

Etude House Sweet Pudding Tone-Up Oil Control Cream

PIC: Pinterest

Rahsia untuk kulit yang lebih sihat dan berseri dengan pelembap ini. Dalam formula yang ringan dan lembut ia membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan dari muka dengan ekstrak biji chia dan ekstrak daun neem. Selain dari mengawal minyak yang berlebihan ia juga turut membantu mencerahkan kulit wajah anda, kesan mencerah memberikan kulit anda kelihatan lebih licin dan sempurna sepanjang hari.

LANEIGE White Dew Tone-Up Cream

PIC: Kmal24

LANEIGE White Dew Tone-Up krim adalah krim pemutih yang sempurna jika anda ingin mendapatkan warna kulit yang sempurna walaupun kebanyakan orang Korea mempunyai.

Salah satu ciri terbaik dari krim ini ialah ia dapat mencerahkan warna kulit kusam kekuningan dengan segera. Selain itu, ia mempunyai fungsi pemutihan bersertifikat ekstrak Saururus chinensis yang membantu walaupun nada kulit dan mencerahkan keseluruhan kulit. Ia juga telah mengalami alergi yang sangat teruji dan diluluskan.

Penjagaan Kulit Korea. Ia sedikit lebih pricy daripada beberapa pesaingnya. Walau bagaimanapun, ia akan menyampaikan hasil yang anda inginkan dan memberi anda nada kulit yang diinginkan.

6. Pad

Seringkali terbaca mengenai Cica Pad, Peeling Pad, atau Hydrating Pad. Tahukah anda fungsinya? Pad ini adalah kapas yang sudah disaluti toner dalam kemasan jar/pot, jadi tanpa perlu menuang toner ke kapas, Hanya perlu buka kemasan jar dan pakaikan terus ke wajah. Fungsi dan kandungannya sesuai dengan namanya, Anda tinggal cari yang sesuai jenis dan keperluan kulit, ada yang untuk eksfoliasi, ada juga yang untuk menenangkan dan melembapkan.

Cadangan Produk:

Althea’s Waterful Green Bamboo Pads

PIC: Athelea Blog

Althea’s Waterful Green Bamboo Pads menggunakan kombinasi pad pengelupasan dan bahan berkhasiat kulit untuk meninggalkan kulit yang licin dan segar. Penyelesaian bahawa pad ini direndam dalam mengandungi buluh (untuk hidrat), kulit willow (merengsa) dan Centella Asiatica (membaiki dan menguatkan) ekstrak untuk mengekalkan kulit yang lembap dan lembut. Ia juga membantu meningkatkan penyerapan sisa produk penjagaan kulit anda, agar produk itu tidak sia-sia.

Pembalut itu sendiri dibuat dengan reka bentuk seperti kain kasa yang unik yang membolehkan kulit mati dilenyapkan dengan lembut tetapi berkesan. Meninggalkan kulit yang berasa sejuk, licin dan terhidrasi selepas digunakan, dan juga sebagai pek yang menenangkan.

Cosrx One Step Moisture Up Pad

PIC: GoBloom&Glo

Cosrx One Step Moisture Up Pad adalah produk Korea yang inovatif dengan pelbagai kegunaan. Cosrx One Step Moisture Up Pad melembapkan, membersihkan dan mengelupas kulit dalam satu produk tunggal. Rumusannya merangkumi propolis dari lebah, asid hyaluronik dan asid BHA semula jadi. Produk ini perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati, melembapkan dan melicinkan kulit dalam satu langkah. Propolis, bahan utama mempunyai manfaat semulajadi antiseptik dan sesuai untuk kulit yang bekas jerawat menenangkan kemerahan.

7. Ampoule

Ampoule adalah sejenis serum dengan konsentrasi bahan aktif yang lebih tinggi, dengan molekul yang lebih kecil, sehingga berguna memberikan perawatan yang lebih berfokus dan optima. Cara pakai ampoule adalah setelah toner dan sebelum serum + pelembap. Ampoule tidak perlu digunakan setiap hari terus menerus seperti toner, serum, dan pelembap. Anda disarankan memakai ampoule untuk mengatasi masalah tertentu ada kulit, misalnya saat kulit sedang dehidrasi, atau sedang meradang kerana jerawat.

Cadangan Produk:

EUNYUL Power Repair Gold Ampoule (30ml)

PIC: Shoppe Malaysia

Ampoule daripada Eunyul ini yang menggunakan pati emas tulen yang mewah namun masih berharga berpatutan. Ianya seperti melumur ‘liquid gold’ ke kulit anda! Dengan berasaskan pati emas tulen 24k, ampoule ini mampu meningkatkan kadar kolagen di dalam kulit supaya masalah jerawat anda akan cepat diperbaiki.

Bukan itu sahaja, ampoule ini juga diperkaya dengan bahan pelembap asid Hyaluronik dan peptide yang membekal lembapan dan membantu membaiki kulit rosak kesan jerawat. Kesannya, kulit anda lebih bersinar, berseri dan glowy dengan kebaikan pati emas tulen!

YADAH Brightening Ampoule 30ml

PIC: Shoppee Malaysia

Tidak dinafikan, memicit parut jerawat untuk menghilangkannya jauh lebih pantas, namun ini akan menyebabkan parut jerawat yang teruk pada kulit wajah anda. Ampoule daripada Yadah inilah yang akan menjadi penyelamat terbaik. Dengan rumusan Niacinamide dan Stem Cell yang berkesan untuk menjaga tona kulit supaya tetap cerah dan bebas pigmentasi.

Ianya juga berkesan dalam menghalang pebentukan melanin supaya pigmentasi tidak terbentuk. Teksturnya yang ringan dan nipis seperti tidak memakai apa-apa di muka amat membantu anda yang berkulit jerawat dan berminyak untuk selesa dengan menggunakan produk ini.

Sleeping Mask/Sleeping Pack

Sleeping mask/sleeping pack adalah krim yang disarankankan untuk digunakan di malam hari sebagai ganti krim malam, saat kulit benar-benar memerlukannya. Anda tidak disarankan mengganti krim malam dengan sleeping mask dan menggunakannya setiap hari, cukup 1-2 kali dalam seminggu saat kulit benar-benar memerlukannya. Sleeping mask yang kaya nutrisi dipercaya baik untuk membantu regenerasi kulit di malam hari, agar di pagi hari anda bangun dengan wajah segar.

Cadangan Produk:

Laneige Cica Sleeping Mask

PIC: Laneige

Laneige Cica Sleeping Mask mengembalikan kulit kering atau kusam dan melegakan kerengsaan semalaman. Sleeping mask ini bertujuan untuk memulihkan halangan kulit dan menenangkan kulit.

Formula hypoallergenic adalah bebas paraben dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia juga bebas daripada kekacang dan pigmen tar dan juga melayani pencinta kecantikan vegan dengan mengecualikan bahan-bahan yang berasal dari haiwan. Ia tidak mempunyai bau yang nyata sehingga sangat sesuai jika anda menyukai produk penjagaan kulit tanpa penjagaan.

Innisfree Brightening & pore-caring sleeping mask

Sleeping mask dengan manfaat vitamin C dari tangerines Jeju yang memancarkan penampilan cerah kulit sambil membantu melihat nada, tekstur, dan liang-liang.

Masker ini juga membantu memulihkan nada dan tekstur kulit, mengurangkan bintik-bintik gelap, dan mengawal sel-sel kulit yang mati. Sebaik anda bangun dari tidur kulit terasa lembap, lembut dan cerah!

Lumurkan topeng jeli yang berair, semalam, dan anda akan melihat kapsul pengelupasan mencair, melepaskan bahan pencerah di dalamnya. Untuk membantu menggalakkan kulit yang bercahaya, walaupun ia dibuat dengan kulit tangerin yang dituai di Pulau Jeju, Korea Selatan, yang mengandungi empat kali lebih banyak vitamin C daripada isi buahnya.

BACA JUGA SRTIKEL INI: Enam Cara Dapatkan Wajah Glass Skin Ala Gadis Korea, Ini Yang Hijabi Kena Buat!

Semoga perkongsian ini tidak mengelirukan anda lagi tentang istilah kecantikan gadis Korea. Untuk manfaat yang lebih cepat anda disarankan mengikut langkah penggunaan yang betul. Selamat mencuba sis!

Published by
SH