Usahawan terkenal, Vivy Yusof meluahkan hasratnya untuk menulis buku mengenai jatuh bangunnya sebagai seorang ahli perniagaan selepas 10 tahun terlibat dalam industri ini.
Jelas Vivy, banyak lagi kisah mengenainya yang belum diceritakan dan ingin dikongsikan pada semua.
“Fashion Valet (FV) bakal memasuki usia 10 tahun bulan depan. Menandakan sudah 10 tahun juga saya bergelar seorang usahawan.
“Dengan pembelajaran selama satu dekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku! Terlalu banyak pencapaian, kesilapan dan kisah yang belum saya ceritakan lagi.
“Bidang keusahawanan ini seperti ‘roller coaster’ yang banyak naik turunnya, dan saya bakal memasuki dekad kedua pula perjalanan hebat ini. Ikuti saya? Bismillah!,” tulis pengasas jenama dUCK itu di laman Instagramnya.
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya dan tidak menyangka perniagaannya berkembang dengan berjaya sehingga dikenali ramai pada hari ini.