Usahawan terkenal, Vivy Yusof meluahkan hasratnya untuk menulis buku mengenai jatuh bangunnya sebagai seorang ahli perniagaan selepas 10 tahun terlibat dalam industri ini.
Jelas Vivy, banyak lagi kisah mengenainya yang belum diceritakan dan ingin dikongsikan pada semua.
“Fashion Valet (FV) bakal memasuki usia 10 tahun bulan depan. Menandakan sudah 10 tahun juga saya bergelar seorang usahawan.
“Dengan pembelajaran selama satu dekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku! Terlalu banyak pencapaian, kesilapan dan kisah yang belum saya ceritakan lagi.
“Bidang keusahawanan ini seperti ‘roller coaster’ yang banyak naik turunnya, dan saya bakal memasuki dekad kedua pula perjalanan hebat ini. Ikuti saya? Bismillah!,” tulis pengasas jenama dUCK itu di laman Instagramnya.
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya dan tidak menyangka perniagaannya berkembang dengan berjaya sehingga dikenali ramai pada hari ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ganjaran’ Menanti Individu Berjaya Berkas Amah, Larikan Barang Kemas Besan Bonda Rozita
Anak perempuan kepada usahawan terkemuka Sendayu Tinggi, Noor Hayati Kamarzaman (Yatie) menzahirkan rasa kesal, apabila pembantu rumah mertua telah melarikan barang kemas milik ibu mertuanya.
Sehubungan itu, Yatie telah meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki amah tersebut dan bersetuju menawarkan ganjaran kepada individu yang berjaya memberkas pembantu rumah berkenaan.
Tolong Hubungi Saya, Jika Terjumpa Wanita Ini!
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yatie menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, dengan mendedahkan wajah serta nama suspek yang dikenali sebagai Citra.
“Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar bernama Citra, sila hubungi saya,”tulisnya pada ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
Amah Bawa lari barang kemas bernilai RM300,000!
Mengulas isu sama, pengasas Sendayu Tinggi yang juga ibu kepada usahawan berkenaan, bonda Rozita Ibrahim turut berkongsi entri sama kepada pengikut di laman sosial miliknya serta memaklumkan barang kemas bernilai RM 300,000 milik besanya telah dibawa lari oleh suspek.
Artikel Berkaitan: Sering Berpakaian Seperti Lelaki, Gadis Ini Terharu Bila Aliff Syukri ‘Offer’ Jadi Model Hijab Keluarannya. Cun Habis!
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,”tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menurut Rozita lagi, suspek bukanlah pembantu rumah baharu. Malah, telah berkhidmat selama tiga tahun dan mendapat layanan yang cukup baik serta dianggap sebagai sebahagian dari keluarga besan dan anak menantunya.
“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah. 3 tahun bekerja menjaga mak mentua Yatie. Tergamak betul mencuri,” luahnya.
Sumber:Instagram Yatie Kamarzaman & bondarozitaibrahim
Artikel Berkaitan: Menteri Hal Ehwal Agama Minta Padam MV ‘Kelepok Raya’, Beri Teguran Hikmah Buat Aliff Syukri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen ‘Iri Hati’ Tonton ‘Live’ Kemesraan Shukri Yahaya Layan Tya Adnan
Pelakon Shukri Yahaya bersama isterinya, Tya Adnan, sering live di aplikasi Tik Tok sehingga gelagat mereka mencuri perhatian warganet.
Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon terkenal melakonkan watak dalam filem yang melibatkan suami bersikap baik dan penyayang terhadap isteri. Ternyata dalam kehidupan peribadinya, Shukri juga lemah lembut dan penyayang terhadap isterinya.
Artikel Berkaitan : Netizen Rasa Nak Campak Phone Lepas Lihat Aksi & Sweet Shukri Yahaya Dan Isteri!
Dalam satu perkongsian video, Shukri menyakat isterinya dalam live dalam video tersebut, isterinya sedang membuat tutorial hijab.
@tyaadnan33 susah tya nak buat tutorial tudung 😂😂 #shukriyahaya #tyaadnan #shuktya #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandafypシ #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna
“Ala cantiknya pakai color merah pula..Sayang tadi saya tengok awak pakai style lain, yang ni lain pula? Lilit-lilit.
“Tapi sayanggg, pakai labuh-labuh tau, jangan singkat-singkat. Tapi jangan lah labuh sangat sampai ke lutut pula,” selorohnya.
Perhatian yang diterima posting ini membuatkan isteri Shukri ketawa dan tidak beremosi.
@tyaadnan33 susah tya nak buat tutorial tudung 😂😂 #shukriyahaya #tyaadnan #shuktya #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandafypシ #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna
“Live gone wrong selepas Shukri masuk. Susah saya nak buat tutorial tudung,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Artikel Berkaitan : “Kau Memang Setan, Jantan Dayus! Netizen Sokong Puteri Sarah ‘Sekolahkan’ Shukri Yahya
Orang ramai yang melihat pasangan pelakon terkenal dengan drama 7 Hari Mencintaimu ini tampak bahagia lalu mereka membanjiri ruangan komen kerana berasa terhibur dengan pergaulan mereka. Namun ada yang merasa cemburu kerana Shukri nampaknya melayan isterinya dengan baik .
Sumber: Tiktok TyaAdnan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Libur Bersama 4 Orang Anak, Penampilan ‘Hot Mama’ Vivy Yusof Jadi Tumpuan
Siapa yang tidak kenal dengan pelopor industri fesyen tanah air, pengasas Fashion Valet yang juga pempengaruh media sosial, Vivy Yusof yang sedang kini sedang berlibur meluangkang masa bersama suami dan anak-anak di kota London, England.
Walaupun bercuti bersama empat orang anaknya tanpa pembantu, namun penampilan yang digayakan ‘hot mama’ Vivy memang letopsss hingga mendapat pujian dari netizen. Perkara berkenaan, dimaklumkan Vivy menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya hari ini.
‘Hot Mama’ Sangat Lah Vivy Ni
Menerusi hantaran berkenaan dapat dilihat Vivy mengayakan kot dan seluar berwarna nude yang dipadankan dengan hijab berona sama, sambil mengayakan handbag hitam dan high boots yang membuatkan penampilanya stand out dari biasa.
Selain itu, Vivy turut mengenakan kacamata hitam sebagai pelengkap gaya, sekaligus membuatkan penampilannya tampak modest dan menawan.
Artikel berkaitan: Replika Kotak Ungu, Tarik Perhatian Umum. Rupanya Vivy Yusof Kongsi Peristiwa Menarik Sepanjang 8 Tahun dUCk
Macam-Macam Ragam Anak-Anak
Sumber Gambar: Instagram Vivy Yusof
Menerusi hantaran sama, Vivy turut menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ibu apabila terpaksa menguruskan kerenah anak-anak yang bermacam ragam ketika sedang bercuti.
“Tidak cukup tidur sebab perjalanan yang jauh. Tukar lampin pakai buang 6,745 kali. Idris makan banyak dan kerap buang air besar.
“Mariam dan Sarah sentiasa bertengkar. Sarah mahukan gaun puteri dan mahukan Kakak terbang ke London untuk menghantar baju itu.
“Daniel menangis ketika sedang makan tengah hari kerana ketiadaan Wifi di apartment dan dia mahu pulang ke Malaysia.
“Saya hampir diseluk saku di Oxford Street ketika mendukung Idris, sementara satu tangan lagi memimpin Sarah.
“Wanita (Penyeluk Saku) itu memasukkan tanganya ke dalam bag saya dan mempunyai seorang kawan yang sudah bersedia untuk menerima barang yang diseluk,” ujar Vivy.
Bagaimanapun, jelasnya dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku keatas dirinya dan anak-anak, kerana tas tanganya dipenuhi dengan lampin pakai buang Idris, maka penyeluk saku itu sukar untuk meraih barangan berharga miliknya.
Alhamdulillah, nasib baik Vivy dan anak-anak selamat dan tak hilang apa-apa barang berharga miliknya. Apa-apa pun Hijabista memang love sangat OOTD Vivy, Classy sis!
Sumber: Instagram Vivy Yusof
Artikel berkaitan: “Kalau Cari Di Google, Akan Keluar Tentang Haiwan Dulu..”- Vivy Terkejut Bila Anak Komen Nama dUCk!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI