Orang tua-tua dahulu sering marah jangan mengelamun atau termenung tapi sis tahu tak kenapa? Adakah ia berkait rapat dengan perubahan kesihatan mental?
Tidak dinafikan apa yang buat kita termenung itu biasanya membuatkan kita terbayangkan sesuatu yang positif namun bagi sesetengah individu, ia boleh memberikan kesan yang mudarat terhadap mereka.
Asyik termenung boleh mengubah seseorang itu menjadi satu individu yang lain dari diri mereka. Jadi kenapa mereka boleh jadi sedemikian?
Kebiasaannya, mereka yang sering termenung ini dikaitkan dengan depresi kerana sering berfikir dan berfantasi untuk lari daripada masalah yang mereka hadapi.
Artikel berkaitan: Kalau Susah Hati, Stres & Gelisah, Ini Doa-doa Yang Boleh Diamalkan, Lebih Elok Hafal
Namun, ada juga situasi buat sesetengah inidividu yang sering termenung dan boleh mengubah perilakunya menjadi seorang individu yang lain. Mereka ini sering dikatikan dengan gangguan personaliti.
Gangguan personaliti secara ringkasnya merupakan salah satu penyakit mental. Mereka yang mengalami masalah ini sering mempunyai corak pemikiran serta tingkah laku yang tidak normal dan ia sukar untuk diubah. Difahamkan lagi, mereka yang mengalami gangguan personaliti ini sukar untuk memahami satu situasi dan juga orang lain.
Punca penyakit mental ini tidak diketahui kerana melibatkan banyak faktor perubahan yang menyebabkan perubahan personaliti sepertinya faktor keluarga atau persekitaran. Secara amnya, gangguan personaliti muncul pada masa remaja atau awal ke-dewasaan.
Itu hanyalah sedikit pemahaman secara ringkas mengenai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu sering termenung dan bermalas-malasan. Ya, kadangkala kita terasa agak malas untuk berinteraksi dan ada ketika kita mahu menyendiri dan mengelamun.
Jika sis rasa samada ada yang disebut berkait dengan perubahan diri sis kerana ada orang sekeliling tegur, ini apa yang sis perlu buat:
Kesihatan mental ini penting juga sis, walaupun untuk kekal cantik dan juga ayu di mata orang, kita harus fikirkan tentang diri kita jua. Jangan takut dan teruskan perjuangan sis!
Artikel berkaitan: Tak Perlu Buang, Letupkan ‘Bubble Wrap’ Mampu Hilangkan Rasa Stress & Kerisauan Anda!
Sumber: Alodokter , Kompas.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.