Hujung minggu bukanlah alasan untuk tampak selekeh dan pucat. Bagi hijabi yang mahu kelihatan ‘chic’ tanpa berlebihan, mari lihat tutorial solekan ini. Anda masih kelihatan gorgeous biarpun hanya dengan solekan minimalis.
Langkah 1: Kening
Lukis kening anda berdasarkan rupa asal kening anda. Isi kawasan yang kosong dan pastikan rona kening anda tidak terlalu gelap untuk mengelakkan anda tampak seperti menampal pita pelekat pada kening.
Langkah 2: Kelopak mata
Memandangkan ini hujung minggu, cukup hanya satu pembayang mata digunakan. Pilih rona ‘pink’ yang manis untuk ‘membuka’ mata anda agar tampak segar dan galak.
Langkah 3: Bulu mata
Oleskan ‘eyeliner’ bentuk ‘cat liner’ untuk mata lebih menarik dan sapukan maskara untuk letikkan bulu mata.
Mudah bukan? Jadi, pastikan anda kekal ‘chic’ walaupun hujung minggu!