Biarpun terpaksa meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha di rumah sahaja, namun situasi itu sama sekali tidak menghalang kita untuk bersiap berpakaian cantik dan sedondon untuk mengambil gambar bersama keluarga sebagai kenangan di masa akan datang.
Kemeriahan sambutan Hari Raya Haji ini turut dirasai oleh pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti serta lima orang cahaya matanya termasuklah anak bongsunya, Abu Bakr yang baharu sahaja lahir pada bulan Mei yang lalu.
Berkongsi foto keluarga mereka di laman instagram, rata-rata para peminatnya memberi ucapan selamat buatnya dan keluarga selain terhibur apabila melihat gaya pelakon Kisah Kaisara yang kecil molek itu yang terpaksa menjengkit kaki kerana tidak mahu kelihatan lebih rendah daripada anak sulungnya, Barr Al Aliy.
Maklumlah mama kecik terpaksa jinjit kaki nak kasi tinggi sikit dari anak
😂😂.Selamat hari raya Aidiladha semua. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga 💙 20/7/2021