Biarpun terpaksa meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha di rumah sahaja, namun situasi itu sama sekali tidak menghalang kita untuk bersiap berpakaian cantik dan sedondon untuk mengambil gambar bersama keluarga sebagai kenangan di masa akan datang.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Haji ini turut dirasai oleh pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti serta lima orang cahaya matanya termasuklah anak bongsunya, Abu Bakr yang baharu sahaja lahir pada bulan Mei yang lalu.

IKLAN

Berkongsi foto keluarga mereka di laman instagram, rata-rata para peminatnya memberi ucapan selamat buatnya dan keluarga selain terhibur apabila melihat gaya pelakon Kisah Kaisara yang kecil molek itu yang terpaksa menjengkit kaki kerana tidak mahu kelihatan lebih rendah daripada anak sulungnya, Barr Al Aliy.

Maklumlah mama kecik terpaksa jinjit kaki nak kasi tinggi sikit dari anak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

IKLAN

Selamat hari raya Aidiladha semua. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga ๐Ÿ’™ 20/7/2021

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Alahai, comelnya mama!

Sebagai info, Sari Yanti mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Basit Al Haq hasil perkahwinannya yang terdahulu. Setelah berkahwin dengan Jep, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya iaitu Dariya Inara, Khidir dan Abu Bakr.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI