Letakkan Allah pada tempat pertama. Ya, itulah perkara yang perlu diutamakan dalam kehidupan seharian kita. Seperti Nur Ainun Fatihah, dia menjadikan itu sebagai niat utamanya untuk menurunkan berat badan bagi memudahkannya untuk beribadat.

Tak lokek berkongsi, dia juga telah senaraikan makanan yang diambil bersama senaman yang dilakukannya sepanjang prosesnya menurunkan berat badan ini. Let’s check it out!

Bismillah,

Seperti yang dijanjikan.

1 JUN-15 OGOS➡️ 20KG LOST

Sebelum saya mulakan , saya harap di sini cukup jelas bahawa setiap yang saya lakukan semasa proses penurunan berat badan adalah sangat berkesan dengan diri saya. Saya BELUM CAPAI target berat badan saya, tapi ramai yang PM untuk minta TIPS dan cara pemakanan saya selama 3 bulan. Saya rasa sangat rendah diri dan daif sebenarnya. Saya belum kurus ya. Saya tidak ambil apa-apa ubat kurus, protein powder, air detox, krim pembakar lemak atau apa-apa pun ubat ubatan.  Jangan risau ini bukan skrip jualan produk 😂

Apapun jua, jika ada  segala silap melanggar peraturan yang tidak sepatutnya atau tidak sihat, saya mohon sila PM saya. Saya cuba sebaiknya untuk kongsikan beberapa tips dan amalan yang saya buat supaya kita sama- sama SLIMFIT 2020.

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

PALING PENTING ‼️

1.Sentiasa letakkan Allah swt dalam segala urusan. Percaya bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Kita dah usaha, hanya tinggal keizinan daripadaNya sahaja. Teruskan usaha. Jika niat anda untuk berhenti dan putus asa, sentiasa ingat keizinan Allah seiring dengan usaha kita. Adakalanya, berat anda statik dan inchiloss tak bergerak. Sentiasa ingat kita dah buat dengan betul, cuma perlu sabar dan hadapi hari-hari menuju kemenangan.

2.Jaga disiplin. Jika anda rasa jalan ini sangat membebankan, ingat kembali asbab kenapa kita mulakan. Dah mula kan? Jadi habiskan.

3.Nawaitu(Niat). Perbetulkan niat supaya kita sentiasa didorong ke jalan yang betul. Semoga Allah sentiasa memellihara aurat kita terutamanya apabila Dia telah memberikan kenikmatan tubuh badan yang sihat dan cantik.

Ini adalah diari Diet SAYA:

BULAN PERTAMA 8KG (TIADA SENAMAN)

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

Bulan Pertama

1 JUN 2020

-Air Kosong ikut keperluan badan anda. Setiap 25kg = 1 liter.

-Sarapan (7 Pagi-9 Pagi)

Ads

-3 biji telur rebus

– (untuk berat badan 100kg ke atas, sila kurangkan 2 biji setelah berat badan anda turun ke 2 digit sahaja)

-*cheat* kalau rasa loya tekak nak telan telur kosong, saya tambah setengah sudu kicap masin. Jangan ‘strict’ dan stres dalam berdiet. Itu yang buat anda ke laut sudahnya.

10 pagi

-Pisang 1 biji

Tengahari (12 tengahari-2 petang)

-Eat Clean (DIET SUKU SUKU SEPARUH)

-Tengahari saya tak ambil karbohidrat.

-Protein besar tapak tangan (Prep dengan garam,blackpeper dan daun dill sahaja)

-Sayur Salad

-Jagung Rebus Kosong

3 petang

Ads

-Epal Hijau 1 biji

Malam

-(Ulang makanan tengahari) + KARBOHIDRAT (nasi 3 sudu/roti wholemeal sekeping)

-(SILA AMBIL KARBOHIDRAT SEKURANG2NYA 35 GRAM SEHARI)

Untuk jaga selera, saya akan ulang makanan yang sama setiap minggu. Contoh minggu pertama saya cuma makan Suuhoon Goreng Sihat, jadi selama seminggu tu saya cuma makan itu sahaja sehingga jemu. Minggu seterusnya saya akan tukar menu lain, contohnya Tacos Plain Chicken.

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

Saya hanya cheat day sekali sebulan sahaja. Jika graf penurunan berat badan anda turun dengan baik, tolong jangan cheat day. Waktu yang sesuai untuk cheat day adalah sewaktu berat anda tengah statik.

Bagi yang malas bersenam macam saya, saya tidak lakukan apa-apa senaman  pada mulanya semasa bulan pertama. Akan tetapi, sewaktu bulan pertama itu, saya banyak belajar tentang senaman .

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

“Sila tambah ilmu anda.”

Ads

Bulan Ke-dua 8kg (bersama senaman)

Ulang perkara yang sama dan tukar menu lain.

Video : (Workout)

Guna dumb bell 1kg untuk permulaan, dan sekarang saya  masih 3kg. Slowly but surely. Kalau tak dapat buat 3 round, buatlah 1 round sahaja. Pastikan setiap hari ada peningkatan dalam senaman.

Skipping (Cardio)

Buat 20 kali dahulu sehingga dapat buat sampai 1000 lompatan sehari.

Torso (guna penyapu)

10 minit.

_________________________________________________

Saya percaya yang turun 20kg ini hanyalah air sahaja. Sekarang saya dah masuk dalam fasa penurunan lemak dan binaan otot yang sebenarnya agak mencabar. Doakan saya sentiasa istiqamah, kerana doa kalian semua dah mendorong saya sehingga sekarang.

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

Semoga bermanfaat! ♥️ ♥️

Untuk mengetahui pemakanan saya setiap hari, bolehlah follow instagram story/highlight saya 💋

Buat sis di luar sana yang mahu berubah juga tapi tiada semangat, jadikanlah kisah Ainun ini sebagai motivasi. InsyaAllah anda juga boleh lakukannya!

kredit: Nur Ainun Fatihah

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Mahu Mudah Beribadat, Gadis Ini Kongsi Caranya Turunkan Berat Tanpa Ubat Kurus

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI