Selalunya bila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri mesti ramai diantara hijabi yang mahu ‘pasang badan’ demi kelihatan cantik apabila mengayakan baju raya idaman nanti kan?
Tapi, bila berpuasa macam mana nak kekal aktif dan bersenam? Tak penat dan memudaratkan ke? Sebab selalunya bila bersenam badan kita akan berpeluh dan mengurangkan kadar air dari dalam badan. Dah la bulan puasa, macam mana nak minum kalau rasa haus atau dehidrasi?
Haa! Jangan risau sis, ada je cara untuk sis kekal fit meskipun sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Di sini hijabista kongsikan tiga waktu yang amat sesuai dan digalakkan untuk hijabi bersenam dan mengeluarkan peluh ketika bulan puasa.
Sebenarnya langsung tidak menjadi masalah untuk anda mengekalkan rutin senaman dan gaya hidup sihat semasa bulan Ramadan, terutamanya bagi mereka yang sedang dalam fasa ‘diet’ atau mempunyai misi menurunkan berat badan dengan senaman.
Apa yang anda perlu ambil tahu adalah, masa yang sesuai dan tepat untuk anda melakukan senaman serta jenis-jenis senaman yang seusai dilakukan ketika sedang berpuasa.
Berikut merupakan waktu yang tepat dan amat disarankan untuk Hijabi keluar bersenam pada bulan Ramadan.
1. Satu Jam Sebelum Waktu Berbuka Puasa
Lazimnya jika kita berpuasa dan melakukan gaya hidup sihat seperti bersenam, sudah pasti kita akan dapat membakar lebih banyak lemak yang terkumpul di badan sekaligus memudahkan hijabi mencapai target untuk lebih langsing menjelang Aidilfitri nanti.
Jadi waktu terbaik untuk anda bersenam adalah satu jam sebelum anda berbuka puasa, ini kerana setelah bersenam anda akan banyak menggunakan tenaga.
Justeru, apabila melakukan senaman berdekatan dengan waktu berbuka puasa, hijabi boleh makan dan minum sebaik sahaja azan berkumandang ketika berbuka dan memulihkan semula tenaga yang telah digunakan untuk bersenam tadi.
Selain itu, amalan bersenam sebelum iftar adalah waktu terbaik! Ini demikian kerana anda tidak perlu gusar mengalami paras gula dalam darah yang rendah atau dehidrasi kerana jangkamasa untuk berbuka tidak lama selepas melakukan senaman.
2) Bersenam Selepas Berbuka Puasa
Jika anda tidak pergi menunaikan solat Tarawih, maka bolehlah anda terus melakukan aktiviti senaman selepas berbuka puasa. Tetapi jika sayang meninggalakan Tarawih, lebih afdhal melakukanya selepas tamat menunaikan solat.
Bersenam selepas berbuka puasa tidak merisikokan badan untuk dehidrasi mahupun tekanan gula dalam darah menjadi rendah kerana kita sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
Malah, bersenam selepas waktu berbuka puasa juga tempoh masa bersenam boleh dipanjangkan. Anda boleh bersenam selama dua hingga tiga jam selepas berbuka puasa.
Artikel berkaitan: Bagaimana Anda Boleh Menyesuaikan Senaman Ke Dalam Rutin Ramadan Anda Supaya Kekal Cergas
Tapi yang perlu hijabi titikberatkan adalah, pastikan makanan yang di makan telah sempurna dihadam oleh badan. Barulah sis mempunyai tenaga yang lebih untuk bersenam. Bila tubuh kita dah kembali bertenaga mudahlah untuk anda melakukan pelbagai jenis senaman yang diinginkan tidak kira dari intensiti ringan hingga berat, termasuklah senaman bagu meningkatkan kekuatan dan jisim otot.
Tapi perlu diingat sis, sebelum melakukan senaman, pastikan badan masih mempungai sunber tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, sehingga sampai waktu berbuka puasa.
Jangan sampai kerana obses bersenam memudaratkan keadaan tubuh badan sehingga perlu berbuka puasa. Oleh itu, jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan sukan yang berat atau berlebihan, ikut kemampuan diri anda.
Artikel berkaitan: 5 Cara Kecilkan Paha, Hanya Dengan Senaman Bebaring Di Lantai Sahaja!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.