Selalunya bila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri mesti ramai diantara hijabi yang mahu ‘pasang badan’ demi kelihatan cantik apabila mengayakan baju raya idaman nanti kan?
Tapi, bila berpuasa macam mana nak kekal aktif dan bersenam? Tak penat dan memudaratkan ke? Sebab selalunya bila bersenam badan kita akan berpeluh dan mengurangkan kadar air dari dalam badan. Dah la bulan puasa, macam mana nak minum kalau rasa haus atau dehidrasi?
Haa! Jangan risau sis, ada je cara untuk sis kekal fit meskipun sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Di sini hijabista kongsikan tiga waktu yang amat sesuai dan digalakkan untuk hijabi bersenam dan mengeluarkan peluh ketika bulan puasa.
Pastikan Pilihan Waktu Untuk Bersenam Tepat Untuk Elak Kelesuan!
Sebenarnya langsung tidak menjadi masalah untuk anda mengekalkan rutin senaman dan gaya hidup sihat semasa bulan Ramadan, terutamanya bagi mereka yang sedang dalam fasa ‘diet’ atau mempunyai misi menurunkan berat badan dengan senaman.
Apa yang anda perlu ambil tahu adalah, masa yang sesuai dan tepat untuk anda melakukan senaman serta jenis-jenis senaman yang seusai dilakukan ketika sedang berpuasa.
Berikut merupakan waktu yang tepat dan amat disarankan untuk Hijabi keluar bersenam pada bulan Ramadan.
1. Satu Jam Sebelum Waktu Berbuka Puasa
Ads
Lazimnya jika kita berpuasa dan melakukan gaya hidup sihat seperti bersenam, sudah pasti kita akan dapat membakar lebih banyak lemak yang terkumpul di badan sekaligus memudahkan hijabi mencapai target untuk lebih langsing menjelang Aidilfitri nanti.
Jadi waktu terbaik untuk anda bersenam adalah satu jam sebelum anda berbuka puasa, ini kerana setelah bersenam anda akan banyak menggunakan tenaga.
Justeru, apabila melakukan senaman berdekatan dengan waktu berbuka puasa, hijabi boleh makan dan minum sebaik sahaja azan berkumandang ketika berbuka dan memulihkan semula tenaga yang telah digunakan untuk bersenam tadi.
Selain itu, amalan bersenam sebelum iftar adalah waktu terbaik! Ini demikian kerana anda tidak perlu gusar mengalami paras gula dalam darah yang rendah atau dehidrasi kerana jangkamasa untuk berbuka tidak lama selepas melakukan senaman.
2) Bersenam Selepas Berbuka Puasa
Ads
Jika anda tidak pergi menunaikan solat Tarawih, maka bolehlah anda terus melakukan aktiviti senaman selepas berbuka puasa. Tetapi jika sayang meninggalakan Tarawih, lebih afdhal melakukanya selepas tamat menunaikan solat.
Bersenam selepas berbuka puasa tidak merisikokan badan untuk dehidrasi mahupun tekanan gula dalam darah menjadi rendah kerana kita sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
Malah, bersenam selepas waktu berbuka puasa juga tempoh masa bersenam boleh dipanjangkan. Anda boleh bersenam selama dua hingga tiga jam selepas berbuka puasa.
Tapi yang perlu hijabi titikberatkan adalah, pastikan makanan yang di makan telah sempurna dihadam oleh badan. Barulah sis mempunyai tenaga yang lebih untuk bersenam. Bila tubuh kita dah kembali bertenaga mudahlah untuk anda melakukan pelbagai jenis senaman yang diinginkan tidak kira dari intensiti ringan hingga berat, termasuklah senaman bagu meningkatkan kekuatan dan jisim otot.
Tapi perlu diingat sis, sebelum melakukan senaman, pastikan badan masih mempungai sunber tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, sehingga sampai waktu berbuka puasa.
Jangan sampai kerana obses bersenam memudaratkan keadaan tubuh badan sehingga perlu berbuka puasa. Oleh itu, jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan sukan yang berat atau berlebihan, ikut kemampuan diri anda.
Memang ramai yang suka makan telur masin namun tak ramai yang suka makan bahagian putihnya. Akibatknya bila makan telur masin, seringkali bahagian putih dibuang. Salah satu sebab mengapa tidak ramai yang menyukai bahagian putih telur masin ialah kerana bahagian ini agak masin berbanding bahagian yang kuning.
Ini ada berita baik buat si penggemar telur masin yang hanya suka makan bahagian kuningnya sahaja.
Berikut perkongsian Hafiz Danial.
Aku suka telur masin tapi tak suka bahagian putih. Dah laa mahal harga kat kedai makan. Tak puas tau nak makan, yelaaa nak makan dengan nasi lagi, ratah lagi, belum masuk kategori khas letak dalam mulut pastu hisap sampai cair. Mana nak cukup sebiji.
Okay kita buat sendiri. Tapi kita buat telur kuning masin jee, say no to telur putih.
1. Bersihkan telur ayam pencen.
2. Masukkan garam secukupnya.
3. Ratakan garam tu. Gaul manja manja jee, jangan kasar sangat, takut hancur. Lepas itu peram 3 jam. Tutup bekas tersebut.
4. Lepas 3 jam dia akan jadi macam ni. Garam tu dah jadi larut macam air.
5.Rebus laa dua tiga biji untuk test kemasinan dah oky ke belum. Kalau tak masin tambah garam dan peram lagi.
6. Kalau dah okay, basuh bersih dan toskan. Biar telur tu kering.
7. Letak dalam bekas kedap dan simpan dalam peti ais. Jangan simpan kat luar, takut cepat rosak sebab bakteria.
8. Inilah hasilnya.
Mudah dan tak susah nak buat pun sis.
Sumber kredit: Hafiz Danial via Masak Apa Hari Ini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aduhai, kalau tak cuci rambut nanti akan ada bau yang busuk. Bila sudah cuci rambut pula, tekstur akan mula kusut dan terlalu kering sepanjang hari.
Sudah tentunya ramai yang mengalami masalah yang sama dalam senario di atas. Walaupun nak kekalkan rambut wangi dengan mencucinya setiap hari, ia akan lebih membuatkan lagi rambut anda bermasalah!
Rambutkan mahkota, perlulah jaga!
Ramai yang suka mengambil solusi untuk mencuci rambut dengan sangat kerap. Khuatir ada yang bakal menegur bau rambut yang busuk dan kepam!
Kajian ada menyatakan bahawa kekerapan anda mencuci rambut akan menyebabkan lagi rambut kusut. Bahkan, banyak lagi masalah seperti rambut bercabang dan lain-lain seperti yang bakal dinyatakan di bawah!
1. Rambut boleh bercabang
Pemilihan produk bukan menjadi satu faktor utama masalah rambut bercabang, malah kerap basuh boleh menyumbang kepada masalah ini. Pelembap semula jadi akan mudah hilang dan mengurangkan kesihatan rambut.
Jadi rambut yang bercabang adalah sebab kekurangan pelembap asli yang keluar dari kulit kepala. Dalam masa yang sama, air panas juga tidak disarankan untuk mencuci rambut kerana ia boleh buat kulit kepala mengelupas dan berminyak.
2. Berminyak dan kusut
Rambut yang kering akan memudahkan penampilan kita tampak kusut dan terjadinya masalah rambut yang berminyak. Rambut yang berminyak ini juga boleh menyebabkan bau busuk malah masalah kelemumur dan jerawat pada kepala.
3. Warna rambut semakin pudar
Bagi mereka yang suka mewarnakan rambut sudah tentu anda akan banyak membelanjakan wang yang banyak. Namun, kerap mencuci rambut juga adalah salah satu faktor senangnya warna rambut itu cepat pudar dan tidak menarik!
4. Rambut yang rosak
Keringkan rambut menggunakan pengering rambut sudah tentu akan menyebabkan rambut cepat rosak. Haba yang digunakan juga perlulah bersesuaian dan tidak terlalu panas kerana ia akan menyebabkan rambut rosak dan kelihatan tidak sihat.
Pengorbanan seorang ibu itu adalah satu perkara yang tidak terhingga. Sebagai seorang anak kita harus fahami dan hargai masa bersama ibu yang tercinta kerana kita tidak tahu bertapa banyak lagi masa untuk membalas budi mereka.
Tolak tawaran ke Australia, pelakon tanah air, Anzalna Nasir, khuatir jika meninggalkan anak di Malaysia. Mungkin ada hikmah sebalik pengorbanannya melepaskan peluang yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh orang lain.
Anak-anak adalah segala-galanya…- Anzalana
Aktres wanita, Anzalna Nasir, 34, akui sanggup melepaskan tawaran untuk berkolaburasi bersama jenama terkenal di Australia. Keputusannya itu dibuat kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dalam tempoh jangka masa yang lama.
Jelasnya lagi, jadual kerjaya itu sebagai model iklan juga berubah mengikut kesesuaiannya untuk menjaga anak-anak. Pada peringkat seawal usia kecil itu, Anzalna tidak mahu kedua anaknya yang masih memerlukan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.
Anzalna membuat kenyataannya itu melalui InstaStory dengan menyelitkan repost sebuah artikel mengenai ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki sambil membawa anaknya. Oleh itu, dia terdetik untuk berkongsi pendapatnya melalui perkara ini dan juga memuji tindakan wanita tersebut.
“Respect! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ini,
“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan,
“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka.” tulisnya.
Juga Anzalna Nasir menjelaskan lagi tawaran yang di tawarkan kepadanya untuk menjelajah ke negara Australia. Tetapi, dia terpaksa menolak dan membuat keputusan untuk tidak pergi demi anak-anak.
“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran itu,
“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri.” jelasnya lagi.
Bagusnya pendirian Anzalna dalam menjaga perhubungan kasih sayang dengan anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat semua wanita di luar sana agar fikir sejenak dengan keputusan yang hendak di buat.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...