Nama pengacara serta personaliti TV Hawa Rizwana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan tanahair.
Malah, Hawa merupakan salah seorang selebriti yang bukan sahaja sering menghasi kaca televisyen sejak mengambil alih tempat Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP namun si cantik manis ini juga aktif dalam sukan berbasikal dan aktiviti sukan lasak.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif menerusi HIJABISTA Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
“Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya.
“Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya,” katanya.
Artikel berkaitan: Hawa Rizwana Hijabi Serba Boleh! Aktiviti Lasak ‘Cara’ Tersediri Lenyapkan Tekanan
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
“Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini,” jelasnya lagi.
Ibu bapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal.
Bagaimanapun, bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
“Sejak 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi,” ujar Hawa.
Selain berbasikal, kini Hawa dilihat semakin sinonim dengan aktiviti sukan seperti Marathon, Bola Jaring dan aktiviti sukan lasak seperti menawan puncak gunung dan Hiking sejak menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah.
Patutlah, tengok Hawa ni sentiasa cergas dan bertenaga walaupun tak menang tangan menguruskan kerjaya. Kuncinya, adalah amalan gaya hidup sihat dan rajin bersenam agar badan kita bertambah stamina dan semakin cerdas!
Hijabi yang mahu kekal aktif dan cergas, boleh la buat aktiviti senaman di waktu senggang seperti Hawa ni ya!
Sumber: Instagram Hawa Rizwana
Artikel berkaitan: Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana Enggan Terus Dibayangi Neelofa
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.