Nama pengacara serta personaliti TV Hawa Rizwana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan tanahair.
Malah, Hawa merupakan salah seorang selebriti yang bukan sahaja sering menghasi kaca televisyen sejak mengambil alih tempat Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP namun si cantik manis ini juga aktif dalam sukan berbasikal dan aktiviti sukan lasak.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.
Hawa Memang Suka Aktiviti Sukan Sejak Kecil Lagi
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif menerusi HIJABISTA Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
“Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya.
“Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya,” katanya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
“Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini,” jelasnya lagi.
Mula Aktif Lakukan Aktiviti Sukan Semula Sejak 2019
Ads
Ibu bapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal.
Bagaimanapun, bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
“Sejak 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi,” ujar Hawa.
Ads
Selain berbasikal, kini Hawa dilihat semakin sinonim dengan aktiviti sukan seperti Marathon, Bola Jaring dan aktiviti sukan lasak seperti menawan puncak gunung dan Hiking sejak menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah.
Patutlah, tengok Hawa ni sentiasa cergas dan bertenaga walaupun tak menang tangan menguruskan kerjaya. Kuncinya, adalah amalan gaya hidup sihat dan rajin bersenam agar badan kita bertambah stamina dan semakin cerdas!
Hijabi yang mahu kekal aktif dan cergas, boleh la buat aktiviti senaman di waktu senggang seperti Hawa ni ya!
Impian setiap umat Islam di seluruh dunia pastinya dapat menghafaz al-Quran sehingga 30 juzuk, iaitu keseluruhan isi kitab suci tersebut. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika mampu menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan. Untuk menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran, seseorang itu memerlukan keazaman dan pengorbanan yang sangat tinggi.
Amalan menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran ini sangat ditakuti Iblis, sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT juga telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:
“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL, RCMP) menerusi laman Facebook mereka telah membuat satu hantaran kejayaaan salah seorang pelajarnya yang berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.
Dalam hantaran tersebut, pihak universiti telah menyampaikan ucapan tahniah dan syabas terhadap Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Qur’an menerusi kaedah hafazan dan talaqqi musyafahah.
“Tahniah & Syabas diucapkan kepada Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaaan mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran secara Hafazan dan Talaqqi Musyafahah pada dengan bimbingan Ustaz Muhammad Asyraf”
Difahamkan, Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz merupakan mahasiswa Tahun 5 dari program MBBS (Perubatan dan Pembedahan) di UniKL RCMP. Selain itu, menurut hantaran universiti tersebut; hijabi ini juga berjaya membahagikan masa untuk mendalami Al- Qur’an walaupun perlu menghadapi jadual kehidupan yang padat sebagai pelajar perubatan di sana.
“Beliau merupakan mahasiswa dari program MBBS Tahun 5, UniKL RCMP. Meskipun perlu melalui kepadatan jadual pembelajaran setiap hari, beliau berjaya membahagikan masa untuk Al-Quran.”
Allahu, walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar, hijabi ini membuktikan bahawa ianya tidak menjadi penghalang. Menjengah ke ruangan komen laman facebook UniKL RCMP, ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan bergembira atas kejayaannya itu.
Tabarakallah…semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran. Sesungguhnya, menghafal Al-Quran merupakan bekal terbaik di akhirat kelak. Semoga suatu hari nanti kita juga dapat mengikuti jejak langkah hijabi ini. Tahniah dan diharapkan perkongsian ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Sebagai manusia normal, tekanan adalah perkara biasa. Hanya manusia kurang normal yang mungkin tidak merasai tekanan. Namun begitu, bagaimanakah cara kita menghadapi tekanan?
Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri menghadapi tekanan di tempat kerja, sekolah, dengan pasangan dan sebagainya. Perkara ini penting untuk membuatkan minda kita melupakan seketika segala kesukaran yang dihadapi, membantu kita bertenang dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stres) itu.
.
Panduan Menghilangkan Stres
Oleh kerana kita hidup di dunia terbuka, kita meluah masalah di media sosial. Apabila media datang untuk temu ramah, habis segala masalah rumah tangga kita londehkan.
Kita meluahkan segalanya kepada kawan yang ternyata tidak mampu menyelesaikan masalah kita, sebaliknya memanaskan lagi keadaan.
Walhal, Islam mengajar agar kita merujuk kes kepada ahli keluarga dan minta ahli keluarga yang bincangkan secara penuh kasih dan santun.
.
Percayalah, ketika kita beremosi, elakkan diri daripada bercakap. Kerana percakapan kita tidak berpandukan akal. Kita lebih berpandukan emosi dan perasaan yang kacau bilau.
Bersabarlah, berzikirlah, kerjakan solat. Percayalah, dengan mengadu kepada Allah Taala, akan ada jalan penyelesaian yang lebih konstruktif.
Dan percayalah, media sosial akan lebih merosakkan.
BERIKUT DIKONGSIKAN CARA MENGURUS STRES SEPERTI YANG DIKONGSIKAN OLEH IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHYA
1. Bersukan
Jika terlalu banyak ‘beban’ dalam kepala pada satu masa, saya mengambil masa untuk bermain badminton bersama teman. Dengan bersukan, ia membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Malah saya seperti ‘terlupa’ sebentar perkara yang membebankan kepala ketika itu.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah sebelum itu. Oleh itu amalkan bersukan, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Rehat dan tidur
Tidur yang cukup dan pada waktu yang ideal memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian kita.
Tidur yang cukup umpama mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi. Malah boleh menjadikan kita seorang yang optimis selain membuatkan kita segar selepas mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika pada waktu siang iaitu sebelum masuk waktu Zuhur. Malah ia adalah sunah yang diamalkan Baginda SAW. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15 hingga 30 minit sahaja.
Mengikut kajian, satu minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Namun, jika di pejabat dan waktu rehat kita adalah jam 1 hingga 2 petang, jangan pula tidur dengan alasan mahu mengamalkan sunah. Sebaliknya, ambil masa selepas makan tengah hari dengan bersandar di kerusi dan melelapkan mata sebentar.
Tetapi harus diingat, tidur berlebihan akan memberi impak yang kurang baik kepada anda dan mungkin menjadi lebih stres selepas itu.
3. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban sebesar gunung yang kita tanggung apabila hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Ketawa, bercerita dan berkongsi tekanan yang kita hadapi ketika itu akan membuatkan kita lebih baik dan masalah akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatlah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. Insya-Allah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan di kepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Bersolat dan berdoa
Solat adalah antara perkara mudah yang sering dirasakan susah oleh sesetengah orang. Ia adalah cara paling mudah dan efisien untuk mengadu terus segala masalah kita yang sebesar gunung kepada Sang Pencipta.
Apabila kita bersolat, kita berhubung secara terus dengan Allah dan Allah mendengar segala perkara yang kita keluhkan. Pada ketika bersujud berdoalah bersungguh-sungguh kerana pada ketika sujudlah Allah paling hampir dengan kita.
.
Selesai solat, tarik nafas dan pejamkan mata. Kemudian berselawatlah dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
5. Membaca al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, insya-Allah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
.
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
6. Bersedekah
Bersedekah adalah antara cara terbaik untuk kita bermuhasabah. Bersedekah mengajar kita untuk melihat kembali orang di bawah kita.
Ketika kita sering mengeluh tertekan dengan kerja dan sering membanding-bandingkan dengan orang lain di atas kita, bersedekah ‘memaksa’ kita untuk tunduk dan melihat orang lain.
.
Ketika kita tertekan, kita masih mempunyai wang untuk makan dan menguruskan diri. Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa meminta-minta hanya kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup?
7. Berjalan-jalan melihat alam
Melangkahlah keluar rumah, hirup udara sedalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Anda pasti terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
Insya-Allah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaan-Nya dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa tekanan secara perlahan-lahan, jauh daripada kepala kita.
Sumber kredit: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dan Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahya via Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Helah fesyen dalam pertarungan tidak sama dengan yang ada di lapangan. Apabila anda perlu duduk untuk jangka masa yang lama dalam kapal terbang yang terbang 35,000 kaki di langit, keselesaan pasti diutamakan sebelum gaya.
Jangan asyik mementingkan OOTD ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, apa yang penting keselesaan berjam-jam yang akan anda hadapi ketika di dalam kapal terbang. Berikut ialah beberapa pakaian fesyen terbang yang kami kumpulkan untuk anda. Semak mereka!
1. Pakaian musim panas
Tidak sabar untuk pergi ke percutian pantai yang cerah? Kemungkinan anda terlalu teruja dengan pantai dan cahaya matahari sehingga anda terlupa sepenuhnya tentang keadaan suhu di dalam kapal terbang. Ingatlah untuk menahan diri daripada memakai pakaian resort mewah anda sehingga anda tiba di destinasi anda dan berpakaian berlapis-lapis semasa menaiki kapal terbang. Jika tidak, anda akan menggigil sepanjang jalan.
2. Perkara yang rumit
Jangan sekali-kali memakai pakaian rumit yang akan menjadi terlalu sukar untuk dibuka dan dipakai di tempat yang padat! Bayangkan diri anda sedang bergelut di dalam bilik air kapal terbang yang sempit jika anda berkeras untuk meneruskan perjalanan dengan jumpsuit atau skirt sendat dengan fabrik yang tidak sesuai. Nah bukan potong mod malah rasa lelah!
3. Pakaian longgar
Pakaian bersaiz besar nampaknya merupakan pilihan yang baik di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, ia mungkin menyebabkan beberapa kelewatan kerana keselamatan mungkin menganggap anda menyembunyikan sesuatu di bawah pakaian beg anda.
4. Kasut tidak selesa
Apabila bercakap tentang kasut untuk perjalanan di dalam kapal terbang, keselesaan diutamakan sebelum fesyen. Sepasang flat yang selesa pasti memudahkan anda untuk ke pintu masuk. Selain itu, elakkan memilih mana-mana kasut yang anda sudah rasa agak ketat kerana kaki anda akan membengkak semasa penerbangan. Kalau terlambat senang untuk berlari, tak gitu?
5. Selipar
Bagaimana jika berlaku kemalangan atau kecemasan dan anda terpaksa melarikan diri dengan selipar yang longgar yang bakal tertanggal? Sungguh Mengerikan! Sandal akan menyukarkan anda untuk keluar dari kapal terbang dengan cepat, malah anda mungkin tersandung.
6. Minyak wangi yang berlebihan
Pencinta minyak wangi berhati-hati! Semburan kecil di belakang cuping telinga boleh diterima, tetapi memakai terlalu banyak minyak wangi boleh mengganggu penumpang lain. Hanya kerana anda suka bau minyak wangi tertentu tidak bermakna orang di sekeliling anda akan menyukainya. Bolehlah semburkan ketika tiba di destinasi ya!
7. Kanta sentuh
Terbang dengan kanta sentuh sangat tidak selesa. Kelembapan dalam kabin akan menurun dengan ketara, menyebabkan kanta anda menjadi kering. Dan jika anda tidur sebentar, anda pasti akan bangun dengan mata kering. Sila pakai cermin mata anda semasa penerbangan untuk keselesaan.
8. Pijama
Yang ini nampak jelas, kan? Walaupun keselesaan adalah penting dalam penerbangan jarak jauh, baju tidur anda adalah sesuatu yang anda harus sentiasa pakai secara tertutup.
9. Pakaian kegemaran anda
Dengan Facebook baru mula merakam perjalanan anda, anda mungkin akan segera memakai pakaian tersayang untuk penerbangan anda. Walau bagaimanapun, lebih baik anda menahan godaan itu. kenapa? anda boleh bertanya. Nah, adalah sangat mudah untuk menumpahkan minuman pada pakaian anda yang cantik apabila kapal terbang melintasi zon gelora. Jangan merosakkan mood anda pada permulaan perjalanan anda.
10. Sweater berkilau
Jika anda akan memilih sweater dengan sedikit kilauan, pastikan kepingan kecil yang mempesonakan dalam sweater anda bukan logam. Jika tidak, anda benar-benar akan dihentikan apabila anda melalui keselamatan.
11. Pakaian ketat
Hanya langkau pakaian yang sangat ketat, yang boleh menyekat aliran darah, terutamanya apabila penerbangan anda melebihi lima jam. Penumpang dengan pakaian ketat berisiko lebih tinggi untuk mengalami trombosis urat dalam, yang merupakan gejala yang mengancam nyawa.
12. Legging
Anda mungkin berfikir bahawa legging adalah seluar perjalanan terbaik, tetapi sebenarnya ia mungkin menghalang anda daripada menaiki kapal terbang. Ada sesetengah syarikat pernerbangan melarang memakai legging untuk menaiki kapal terbang kerana legging tersebut melanggar kod pakaian syarikat penerbangan itu. Tanggalkan legging anda yang selesa melainkan anda jika tidak mahu dinyahkan dari kapal terbang. Rugi bukan!
13. Kain gatal
Pernahkah anda terganggu dengan pakaian anda yang gatal atau gatal di dalam kapal terbang? Semasa anda menyediakan pakaian dalam penerbangan, pastikan anda memberi perhatian kepada fabrik. Fabrik yang gatal seperti bulu dan tali boleh membuatkan anda berasa tidak selesa kerana turun naik suhu dalam kabin akan membuatkan kulit halus anda menjadi sensitif.
Semoga anda menikmati percutian anda bersama orang tersayang selepas mendarat, walaubagaimana kekalkan SOP di mana pun anda berada.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...