Semalam telah tular mengenai video seorang influencer yang juga seorang usahawan, Carl Samsudin yang dikatakan meninggi suara dan bersikap biadap bersama seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan.
Situasi itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia kerana ia disifatkan suatu perbuatan yang tidak beradab dan memalukan warga emas tersebut.
Selepas berdiam diri, Carl akhirnya telah tampil memohon maaf di laman instagramnya dan mendakwa niatnya hanyalah mahu memberi motivasi kepada seluruh individu di situ.
Ads
Dia juga turut meminta maaf di atas kesilapannya tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam dan sudah pun dikenakan kompaun daripada pihak polis.
Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata kembar semalam di Shah Alam, Selangor.
Bersyukur segala berjalan dengan lancar dan dapat melahirkan secara normal, Ainan berharap anak-anaknya ini bakal membesar menjadi insan yang bakal berbakti pada orang ramai di masa hadapan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm. Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.
Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse2 yg banyak membantu di Hospital Salam.
Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib 🌸
Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran ini sekaligus mendoakan yang terbaik buat Ainan dan keluarga.
Ainan telah mendirikan rumah tangga dengan Ariffudin Mohammad Swaimi, 29, pada 6 Januari 2017.
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela pada 2018 yang kini berusia dua tahun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Suami mana yang tak sayang isterikan. Kadang kala, rasa sayang itu tidak diluahkan tapi ditunjukkan melalui perbuatan.
Seperti suami kepada pengacara popular, Ameera Zaini iaitu Hasnor Rozaini yang sanggup berkaki ayam apabila isteri tercinta sakit kaki apabila memakai kasut tumit tinggi.
Setiap perbuatan yang nampak kecil itu sebenarnya sangat besar impaknya!
Thank you Allah for the husband who is willing to go kaki ayam setiap kali isteri dia sakit kaki pakai high heels. Hehe ? __ That little thing a husband do but means the world to the wifey. Thank you @hasnorrozaini for everything you do for me & Mateen. You are the best ❤️ #ingattakhandbagsemalamkitatengoktu
Rata-rata netizen di laman sosial juga merasakan perbuatan Hasnor itu sangat manis. Untung Ameera!
Comelnya keluarga ini! Moga Ameera sekeluarga terus diberkati Tuhan dan berbahagia selalu di samping orang tersayang…
Golongan muda sememangnya harus mengumpul wang bermula dari sekarang lagi untuk kesenangan masa hadapan. Biar nilainya sedikit, yang penting kita ada usaha kita! Jangan terlalu mengikut nafsu yang hendak membeli segala-gala yang kita idamkan. Tapi, boleh ke kita nak kumpul puluhan ribu ringgit dalam masa 3 tahun?
Di Twitter, Amirul Aslam telah berkongsikan caranya untuk mengumpul hampir RM 25k dalam 3 tahun sahaja. Wow!
Ini langkah-langkah yang perlu diikuti kalau nak menyimpan seperti itu.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...