Walaupun pandemik Covid 19 sedang melanda dunia, namun ia bukanlah penghalang untuk seluruh dunia menyambut kedatangan Sukan Olimpik pada tahun ini.
Diadakan di Tokyo, Sukan Olimpik 2020 membariskan ramai atlet-atlet terkemuka tanah air yang sedang berjuang untuk meraih kejayaan di arena Olimpik pada kali ini.
Pasti ramai yang ingin memiliki badan sihat, sempurna dan ideal saat menonton atlet kesukaan kamu beraksi lincah di Sukan Olimpik 2020 ini. Ha! Tidak mustahil sebenarnya! Apa kata kamu cuba lakukan aktiviti berlari untuk menguatkan otot serta dapat memberikan kamu bentuk badan yang ideal. Sebenarnya, banyak kebaikan yang kamu miliki apabila melakukan aktiviti berlari ini. Nak tahu? Jom baca!
Menurunkan Berat Badan
Berlari sudah terbukti dapat melangsingkan badan kerana ia adalah satu aktiviti aerobik yang cepat membakar kalori. Tetapi, harus diingat, berlari juga boleh menyebabkan kamu berasa lapar dengan cepat terutamanya apabila berlari jarak jauh dan ia bukanlah alasan untuk kamu makan semua makanan tanpa mengira masa dan had. Aktiviti berlari diikuti dengan pengambilan makanan yang sihat boleh membawa anda lebih dekat kepada berat badan yang diinginkan. Apa yang penting, konsisten serta rajin!
Menguatkan Sendi dan Otot
Golongan yang aktif berlari lebih sukar untuk diserang penyakit osteoarthritis. Ini adalah disebabkan berlari boleh mengakibatkan penurunan berat badan dan pengurangan tekanan di bahagian sendi. Dengan berlari juga, sendi-sendi dan otot-otot dapat diperkuatkan dalam jangka panjang.
Menguatkan Paru-paru
Selain daripada membantu jantung kamu, kapasiti paru-paru kamu boleh ditingkatkan dengan aktiviti berlari. Ini bermaksud, lebih banyak oksigen dapat disalurkan ketubuh badan. Kajian menunjukkan yang berlari boleh membantu untuk memulihkan kembali kekuatan paru-paru penghisap rokok. Jadi, janganlah jadikan alasan untuk tidak berlari!
Meningkatkan Kuasa Minda
Berlari boleh membantu ingatan dan perkembangan otak. Hal ini telah dibuktikan berdasarkan kajian di Harvard iaitu aktiviti berlari dapat meningkatkan memori. Berlari juga dapat meningkatkan kreativiti dan konsentrasi sehingga dua jam selepas senaman. Ini bermakna, larian di pagi hari adalag satu permulaan yang baik untuk produktiviti hari kerja anda!
Tidur Lebih Nyenyak
Berlari boleh menyelesaikan masalah kesukaran untuk tidur ataupun insomnia. Ia juga dapat meningkatkan kualiti tidur seseorang. Seperti yang djangkakan, seseorang itu mudah tidur apabila penat berlari. Otot-otot menjadi lebih tenang akibat tindakan hormon endorphin dan seterusnya mengembalikan tenanga apabila terjaga kelak!