Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Al-Kursi ini merupakan penghulu bagi setiap ayat di dalam kitab suci Al-Quran. Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w di mana turut diiringi oleh beribu-ribu Malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Ayat ini disebut ‘Al Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang membawa maksud tempat duduk yang megah lagi maha tinggi martabatnya dimilki oleh Allah Azzawajala.
Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
Artikel berkaitan: Doa Senjata Mukmin! Hijabi Perlu Cakna ‘Keistimewaan’ Berdoa Di Hari Jumaat
Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Artikel berkaitan: Jadikan Ayat Kursi Amalan Di Hari Jumaat, Ini 13 Kelebihan Bakal Hijabi Miliki!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.