Kelibat figura ini melintas di laman sosial memang cukup viral. Manakan tidak, dengan berkulit putih melepak tetapi cukup manis dan santun berhijab. Malah, Bahasa Korea yang luncur dari bait bibirnya menjadikan dirinya cetus fenomena tersendiri. Baru-baru ini video dia mengucapkan Salam Aidilfitri dalam tiga bahasa juga telah ditonton jutaan netizen di laman Instagram.
Cantik, manis orangnya. Gayanya yang santun pasti membuatkan sesiapa sahaja terpaku apabila berhadapan dengannya. Ada ketegasan dalam kelembutan, itulah Ayana Jihye Moon, 22 tahun. Dengan lebih 1.5 juta pengikut di Instagram, Ayana ternyata bikin rakyat Indonesia dan Malaysia jatuh cinta dengannya!
Memang sudah lama team Hijabista pasang niat mahu menjadikan dia sebagai gadis sampul hadapan. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mengetahui beliau berada di Malaysia, langsung Editor menghubungi untuk mengatur temu janji. Salam nyata disambut dan mualaf dari Korea ini setuju menjadi penghias muka surat untuk Edisi Travel ini.
Walaupun masa diberikan hanya sekejap, namun pengalaman bekerja dengannya amat menyenangkan dan memudahkan fotografi. Ternyata Ayana bukan sahaja cantik, tetapi cukup santun orangnya dan memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ayana?
Saya baru berusia 22 tahun dan berasal dari Korea. Saya bergelar mualaf sejak dari tahun 2012. Sekarang saya bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya juga bekerja untuk Wardah Beauty Indonesia.
Cabaran yang dihadapi selepas menjadi seorang mualaf?
Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Anda tidak boleh mendapatkan kerja kerana berhijab. Jika anda mendapatkan kerja, kadang kala anda perlu minum alkohol kerana itu budaya mereka. Jadi, banyak perkara yang haram untuk dilakukan. Pada pendapat saya, sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuh di sana.
Ayana selalu berulang alik ke Malaysia, Indonesia dan Korea. Bagamaina Ayana melakukannya?
Sebenarnya saya tidak kisah untuk berulang-alik kerana tujuan saya adalah untuk bekerja. Dan jika saya disuruh pergi ke Korea juga tidak ada masalah untuk terbang ke sana. Lagipun Korea adalah ‘hometown’ saya.
Ads
Cabaran yang dihadapi ketika mengembara sebagai seorang Muslimah?
Sebenarnya tiada masalah jika travel di Malaysia atau Indonesia. Alhamdulillah. Cuma kadang kala jika saya ada sesi fotografi di Korea, mereka tidak benarkan saya melakukannya. Selalunya mereka akan menyangkakan saya seorang rakyat Indonesia ataupun Malaysia jika saya berhijab. Tetapi, jika mereka mengetahui saya seorang rakyat Korea, mereka akan datang kepada saya dan menyuruh saya menanggalkannya sambil berkata ‘Are you crazy?!’ Jadi saya sememangnya perlu banyak bersabar dengan keadaan sebegitu.
Selalu berjauhan dengan keluarga kerana kesibukan hidup. Siapakah insan yang selalu berada di sisi Ayana?
Alhamdulillah walaupun saya baru bekerja selama 3 bulan setengah di Indonesia, saya telah bertemu banyak insan,rakan baik di sana. Mereka selalu membawa saya ke kelas ‘Kajian’ (kuliah). Seperti yang saya beritahu bahawa saya bekerja dengan Wardah Beauty, mereka semuanya begitu baik dalam melayan dan menjaga saya. Kadangkala mereka risau jika saya tidak makan. Mereka begitu menitik beratkan keadaan diri saya. Antara rakan baik saya di sana ialah Dian Pelangi. Di Malaysia pula ialah Hazra Ngah dan Farah Lee.
Lokasi bercuti kegemaran Ayana dan tempat yang ingin sekali Ayana lawati?
Sekarang saya berada di Jakarta, jadi saya mahu duduk di rumah sahaja. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana (ketawa). Sebelum ini saya pernah ke Japan, Hong Kong, China, Filipina. Kebiasaannnya adalah negara Asia.
Hidup anda kelihatan sempurna. Seperti komen yang ditinggalkan di Instagram anda, semua orang mahu menjadi seperti anda. Apa pandangan Ayana mengenai hal itu?
Ads
Tidak pernah saya merasakannya sempurna. Saya tidak pernah menyedari perkara itu. Saya merasakan ianya satu perkara biasa, normal apabila seseorang itu meninggalkan komen di akaun Instagram saya kerana ia juga berlaku kepada orang, Instafamous yang lain juga.
Jika mahu berkahwin nanti, apakarakter seorang suami yang dicari. Tidak kisahkah jika berbeza adat dan budaya dengannya?
Seorang yang mempunyai iman yang baik, personaliti yang bagus. Saya tidak kisah jika terdapat perbezaan kerana apa yang paling penting ialah perwatakannya.
Bagaimana untuk terus positif dalam hidup dan bagaimana Ayana menangani stress?
Bagi saya minum coke itu dapat menghilangkan stress saya (ketawa). Kehidupan saya pada hari ini sangat sibuk. Jadi, saya tiada masa untuk memikirkan apa-apa masalah. Saya hanya melakukan kerja saya sahaja.
Nasihat Ayana kepada gadis di luar sana yang sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Ads
Sangat susah untuk saya mengatakannya. Kadang-kadang, saya juga merasakan diri saya tidak cantik kerana ramai lagi gadis cantik di dunia ini. Saya Ayana, saya tiada apa-apa. Saya beri contoh Song Hye Kyo. Dia sangat cantik bukan? Namun, jika saya memiliki wajahnya pun, kita tidak akan boleh menjadi orang yang sama. Setiap seseorang itu ada keistimewaannya masing-masing. Segalanya datang daripada Allah. Jika kita tidak sayang diri kita, siapa lagi?
Siapakah Ayana dalam 10 tahun akan datang?
Saya mempunyai rancangan untuk menyambung pelajaran kerana mungkin pada usia saya sudah menganjak 30 an, tiada siapa mahukan saya lagi. Pada waktu itu mungkin orang sudah menyangkakan saya ini sebagai ‘nenek’. Jadi, saya mungkin akan menukar pekerjaan saya kerana industri ini sentiasa mahukan orang yang cantik. Di masa hadapan, saya mahu melakukan dakwah. Saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk sesiapa yang mahu menjadi Muslim di Korea ataupun di mana sahaja. Saya juga masih boleh dikatakan sebagai seorang ‘baby Muslimah’. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik dan menjadi pengaruh yang lebih bagus kepada orang lain.
Jurusan apakah yang Ayana mahu sambung?
Sebelum ini saya adalah seorang pelajar dalam bidang politik. Tetapi, saya menyedari hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi ahli politik di Korea. Sebenarnya, saya mahu belajar mengenai undang-undang, politik dan sesuatu yang serius. Ini kerana saya fikir mungkin saya boleh membantu Muslimah yang menghadapi masalah di negara mereka mengenai peraturan dan undang-undang. Bukan menjadi seorang peguam, tetapi saya hanya mahu menolong mereka dalam mendapatkan hak.
5 perkara yang orang tidak tahu mengenai Ayana.
Saya selalu minum coke setiap masa, lebih daripada apa yang anda tahu. Tinggi saya adalah 161cm. Tarikh lahir saya adalah pada 28 Disember. Saya ada seorang adik lelaki. Lagu Sabar oleh Ismail Izzani merupakan lagu Melayu kegemaran saya. Saya suka Kuey Tiaw, Sate Kajang dan Nasi Goreng yang super pedas!
Pernahkah ada orang yang mahu melihat Ayana jatuh dan membuli anda di media sosial?
Sebelum ini pernah ada orang yang mempersoalkan sama ada saya melakukan pembedahan plastik. Saya telah menjelaskannya dalam sebuah video di Instagram dan selepas itu tiada lagi yang mempersoalkannya. Saya tidak pernah mengambil peduli jika ada yang memberikan saya mesej negatif kerana terlalu ramai manusia gila di dunia ini. Jadi saya tidak kisah dengan semua itu.
Perkembangan pesat teknologi kini membolehkan kita untuk melakukan apa sahaja. Siapa sangka hanya melalui laman media sosial, kita juga boleh bersedekah dan menyebarkan kebaikan. Semuanya kini hanya dihujung jari.
Baru-baru ini telah tular video seorang pemuda yang menjadi ‘pengantara’ menginfakkan makanan melalui Tiktok. Awal kisahnya, pemuda ini melakukan siaran langsung (live) Tiktok semasa sedang berniaga. Kemudian, ada seorang wanita memberikan gift dan sebagai balasan, dia meminta pemuda tersebut menginfaqkan makanan kepada pelanggan. Selepas itu, pemuda itu dihubungi lebih ramai insan yang mahu bersedekah.
Infak zaman Tiktok
Ini merupakan kisah mengenai seorang graduan bidang Syariah iaitu Ahmad Azmeer Saihon yang berusia 24 tahun. Dia kini berniaga di sebuah gerai makanan sementara menanti tawaran kerja tetap. Menerusi temubualnya bersama mStar, Azmeer mengakui seronok dengan bidang kerja itu, malah menjadikannya sebagai platform terbaik untuk menimba pengalaman.
Pemuda ini turut mengakui bahawa aplikasi TikTok ada manfaat dan kebaikan buat semua. Dia juga sudah biasa menggunakan medium Tiktok semenjak tahun 2020.
“Pada waktu itu, saya fokus pada diri sendiri dan berkongsi video motivasi. Kemudian baru saya hasilkan video berniaga. Saya cuma nak berkongsi pengalaman dan tunjukkan realiti sebagai peniaga. Nak tunjuk kepada masyarakat kaedah untuk berniaga mengikut cara Nabi Muhammad.
Tambahan itu, dia turut berkongsi cerita mengenai videonya yang tular di laman TikTok yang kini telah mendapat lebih 77.K kesukaan.
“Ketika saya buat live hari tu, ada seorang kakak bagi gift untuk minta saya infak makanan. Jadi saya infak kepada peniaga gerai sebelah. Kemudiannya, ramai juga yang mesej di Instagram. Mereka transfer duit kepada saya untuk infak makanan. Alhamdulillah, baru-baru ini 200 bungkus infak ke kilang dan masjid.
“Kemudiannya ada orang infak 200 bungkus beriani untuk kami hantar ke rumah anak yatim, tahfiz dan madrasah. Saya hanya tunaikan hajat mereka semua. Saya akan laksanakan dengan jujur dan amanah.” sambungnya lagi.
MasyaAllah, sunggah menginspirasikan. Sedikit sebanyak mengenai dirinya, Azmeer berkata dia telah jatuh cinta terhadap dunia perniagaan yang kini sudah sebati dan menjadi rutin hariannya.
“Mak kata saya ada sijil dan kelayakan, jadi dia suruh mohon kerja. Saya memang dah mohon, cuma belum dapat lagi. Sementara belum dapat tawaran kerja, saya ambil peluang ini untuk berniaga bersungguh-sungguh…Sejujurnya saya minat berniaga. Pada masa sama, saya nak kerja dalam bidang yang dipelajari. Kalau boleh saya nak grab dua-dua bidang. Bidang Syariah ni luas. Apabila berniaga pun saya dapat praktikkan apa yang saya belajar dulu,” ujar graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu.
Pemuda ini turut mengatakan bahawa dia tak berniat untuk tular dan hanya berkongsi video tersebut sebagai tanda penghargaan buat individu yang infak. Dia akui terkejut dan terharu dan ramai yang yang memberikan sokongan serta kata-kata semangat.
“bagus..contoh yg baik..tlg org yg disekitar kita dlu..biasa sesetengah org cari2 spe dia nk infak..tahan kereta tahan motor..tp abg ni bagus”
“akak pulak yg berair mata tgok dik..…semoga dik murah rezeki dunia akhirat”
“semoga dipermudahkan urusan dan limpah kan rezekk ke dua² nya”
“muka berseri manis je..Bak kata org..ade nur..teruskan usaha bang..insha Allah..Allah Maha Pemurah..dan pemberi rezeki utk hambaNya yg berusaha..”
“Tik Tok ni…mudah je nk kumpul Pahala…Nk Bersedakah…. hulur kan bantuan….cara mcm ni pun BOLEH… Tahniah…”
Alhamdulillah, Team Hijabista turut mendoakan yang terbaik buat pemuda ini dan semoga dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda. Usahanya dalam menjadi pengantara dan secara tidak langsung menggalakkan netizen untuk bersedekah ini wajar dipuji. Semoga kisahnya ini menjadi inspirasi buat anak muda yang lain. Tahniah juga buat netizen yang turut sama bersedekah. Betul lah kata pepatah, ‘dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’.
Untuk pengetahuan anda, gerainya terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Negeri Sembilan dan dibuka dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Di antara menu yang dijual adalah nasi beriani ayam masala, daging masak hitam, kambing kurma bersama kuah asam kerisik dan juga nasi dengan ayam goreng kunyit. Ha… yang tinggal berdekatan boleh lah singgah!
Apabila bercakap tentang rambut, genetik memainkan peranan penting. Di mana jenis rambut anda kebarangkalian diwarisi daripada keluarga. Kemudian berkait rapat jua dengan diet anda, cuaca, pencemaran dan pendekatan keseluruhan anda terhadap penjagaan rambut.
Pemakanan yang sihat dan penjagaan yang betul boleh mengekalkan rambut bersinar dan lebih sihat pada masa yang sama. Ada pepatah mengatakan “anda adalah apa yang anda makan”. Memang benar jika rambut anda tidak menerima protein dan nutrien yang diperlukan, maka ia boleh kehilangan kekuatannya. Akibatnya, kesihatan keseluruhan rambut boleh menjadi lebih teruk.
1. Protein
Diet yang lengkap adalah faktor penting dalam kesihatan rambut dan kulit kepala. Rambut diperbuat daripada protein yang menjadikannya penting untuk makan sekurang-kurangnya 45 gram protein setiap hari. Pertimbangkan untuk memasukkan sumber protein ini dalam diet anda seperti daging tanpa lemak, ayam itik, ikan, kekacang, produk tenusu rendah lemak juga telur. Kekurangan protein dalam diet sebaliknya boleh menyebabkan rambut rapuh dan kehilangan warna rambut, serta rambut gugur.
2. Zink membantu menghentikan keguguran rambut.
Zink penting untuk pertumbuhan rambut. Jika anda mengalami masalah rambut gugur yang besar maka kekurangan zink mungkin menjadi puncanya. Menggabungkan kacang seperti gajus, badam dan pecan dalam diet anda boleh membantu memerangi keguguran rambut.
Makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, salad hijau berdaun dan banyakkan air bersih yang ditapis. Suplemen multi-vitamin atau zink boleh digunakan untuk meningkatkan diet anda apabila perlu. Mempunyai diet rambut yang sihat adalah penting untuk memastikan rambut anda cantik dan sihat.
3. Asid lemak Omega-3 untuk kulit kepala yang sihat.
Meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3 merangsang folikel rambut dan kelenjar sebum anda. Walau bagaimanapun, ini tidak akan membantu dalam pertumbuhan tetapi ia boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala. Kulit kepala juga memerlukan banyak penjagaan dan kelemumur, kegatalan, rambut berminyak adalah beberapa isu yang boleh dikesan kembali kepadanya.
Asid lemak omega-3 boleh didapati dalam ikan, seperti salmon, sardin dan herring. Sumber lain asid lemak omega ialah biji rami, yogurt, keju kotej, salad dan bijirin. Kebanyakan bahan makanan ini mudah didapati dan boleh dimasukkan ke dalam diet anda.
4. Kenali jenis rambut anda
Terdapat pendapat yang bercanggah tentang kekerapan anda boleh menggunakan syampu rambut. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada pilihan peribadi dan pilihan individu, orang yang berambut panjang biasanya memilih untuk tidak mencucinya dengan kerap, berlainan pula orang yang berambut pendek mungkin melakukannya dengan lebih kerap.
Jenis rambut, teksturnya, kekerapan anda menggunakan produk rambut, aktiviti fizikal, pencemaran dan faktor persekitaran juga mempengaruhi kesihatan rambut anda. Sebagai contoh, orang yang mempunyai rambut berminyak mungkin perlu mencuci rambut mereka dengan lebih kerap manakala orang yang mempunyai rambut kering mungkin perlu kurang kerap syampu.
5. Pilih syampu yang betul
Menggunakan produk rambut yang salah seperti syampu dan agen penggayaan boleh menyebabkan kerosakan rambut yang ketara. Cari produk yang sesuai dengan jenis rambut anda. Terdapat pelbagai syampu untuk jenis rambut tertentu dan masalah rambut yang terdapat di pasaran. Ini menyasarkan rambut berminyak, normal atau kering dan mendakwa dapat menyelesaikan masalah seperti kelemumur rambut pecah. Berhati-hati yang mana satu yang anda pilih kerana syampu mengandungi bahan yang keras seperti ammonium lauryl sulfate atau sodium lauryl sulfate.
Selain daripada mencuci, penyaman udara juga boleh membawa banyak perubahan pada rambut anda. Ia adalah amalan yang baik selepas syampu untuk menggunakan perapi dan bilasnya selepas beberapa minit. Ini membantu rambut kelihatan lebih bersinar dan cantik.
6. Peraturan mencuci rambut.
Pakar mencadangkan bahawa ramai orang menggunakan syampu secara tidak betul. Berikut adalah beberapa peraturan standard untuk menjaga rambut anda dengan baik:
Jangan basuh rambut anda lebih daripada sekali sehari.
Gunakan hanya produk yang mencukupi untuk menutup rambut anda.
Elakkan menggunakan air yang sangat panas atau sangat sejuk.
Rawat rambut anda dengan berhati-hati terutamanya apabila ia basah rambut anda tiga kali lebih terdedah kepada kerosakan.
Jangan gosok rambut basah dengan kuat dengan tuala. Gunakan sikat gigi lebar untuk menghilangkan kusut. Tetapi jangan sikat terlalu banyak atau sikat rambut yang basah.
7. Kekalkan rambut cantik dengan bijak.
Ingat petua rambut yang sihat ini untuk rambut panjang yang cantik.
Apabila menggunakan pengering rambut, mulakan pada tetapan dan kemudian secara beransur-ansur meningkatkan haba.
Benarkan rambut anda kering secara semula jadi apabila boleh.
Urut kulit kepala anda untuk peredaran darah dan pertumbuhan rambut.
Potong rambut anda dengan kerap- setiap 10-12 minggu untuk memastikan ia sihat dan mengelakkan rambut bercabang.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa kata wanita berhijab tak boleh kekal aktif, fit dan bertenaga? Boleh tau! Cuma anda perlu tau cara yang tepat je untuk melakukannya.
Ini ada beberapa tip daripada personaliti tv dan pengacara popular, Dayah Bakar tentang bagaimana dia mengekalkan rutin gaya hidup sihat yang dijadikan amalan.
Menurut Dayah, tidak kira apa jua tujuan kita bersenam, samada untuk mengamalkan gaya hidup sihat, menurutkan berat badan, menaikkan keyakinan diri dan sebagainya, kita semua sentiasa mempunyai peluang untuk berubah ke arah lebih baik.
“Setiap hari adalah peluang untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Samada kita meraih peluang itu atau biarkan ia terlepas begitu sahaja. Raikanlah, walaupun kemenangan yang kecil setiap hari! ❤
Menerusi perkongsian di Insta Stories baru-baru ini, Dayah menekankan agar mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat untuk tidak terlalu memaksa diri melakukan senaman berat.
Senaman yang dilakukan mestilah bertepatan dengan keupayaan diri masing-masing serta tahap kesihatan badan anda.
“Assalamualaikum, hi semua, okay Dayah cuma nak kongsi, untuk seminggu dua ni, dah tak berapa sihat sepenuhnya.
“Dengar suara dayah sekarang, suara pun tersumbat.. haaa.. my point is, bila kita rasa badan tak sedap ni, Dayah just nak pesan, you should know your body and take one step at a time.
“Jangan terlalu memaksa diri dan tahu bila nak bagi badan berehat dan pastikan semuanya seimbangan. Walaupun kadang-kadang susah nak cari keseimbangan tu,” kata Dayah.
Selain itu, Dayah mengesyorkan agar para hijabi mengenali diri sendiri dan jenis tubuh badan mereka terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu senaman untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Jelasnya lagi, adalah penting bagi seseorang untuk mencari jalan agar sentiasa merasa baik tentang diri sendiri. Tak kira secara mental atau fizikal kerana kedua-duanya penting.
“Know your body and make sure you guys take care of yourself. Because working out is also former self love, so do it for you!” Ujarnya.
Jadi, anda dah tau kan cara untuk kekal sihat? Tunggu apa lagi? Let’s hit the gym #fithijabi!
Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah - Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang...