Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan anak kepada bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi. Pernah bergelar seorang pengacara selain seorang ahli korporat, dia juga popular di laman sosial intagram berkongsi pelbagai cerita dan juga aktiviti hariannya.
Terbaru dalam hantaran terkini, dia telah memuatnaik gambar bersama madunya, Datin Bahazanariah bagi memaklumkan kepergian madunya itu ke negeri abadi. Dalam hantaran itu dia menyatakan, “Datin Bahazanariah telah pulang ke rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) di hospital KPJ Damansara setelah disahkan menghidap barah tahap 4 sejak Ogos lalu.
Mohon sedekahkan Alfatihan dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupan. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyanyanginya dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin.”
Mengimbau kembali kenangan mereka berdua, penulis sebenarnya pernah menemubual Dato’ Nurulhidayah dan juga allahyarhamah madunya sewaktu bertugas sebagai wartawan Majalah Nona.
Paling manis, mereka berdua menghiasi muka hadapan majalah dan banyak berkongsi cerita yang menginspirasikan, dari soal tolak ansur dalam perhubungan sehinggalah keakraban mereka yang bagaikan kakak dengan adik.
Semoga roh Allahyarhamah Datin Bahazanariah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI