Madu Linden Bukan Sekadar Madu Biasa, Mampu Sembuhkan Penyakit & Serlahkan Kecantikan!

Share

Kalau kita bercakap mengenai madu, mesti ramai yang fikir madu yang dihasilkan oleh lebah seperti madu kelulut, tualang, semanggi dan juga yang sering di dapati di pasaran. Tetapi hari ini sis nak ceritakan madu yang bukan sering kita tahu.

Madu Linden adalah apa yang kita bakal bincangkan hari ini. Jadi dari mana dan bagaimana ia terhasil dan mampu memberikan manfaat dari segi kesihatan? 

Bunga Linden hasil madu asli

Madu Linden berasal dari bunga yang tumbuh dari pokok Linden. Ia sering dijumpai sekitar negara Rusia dan juga China. Terdapat 45 spesies pokok linden dan ia merupakan sejenis pokok yang besar dan tinggi dan ia mengeluarkan bau-bau keharuman yang wangi.

Bunga yang tumbuh dari pokok ini sangat kecil dimana ia dikenali sebagai Tilia Cordata. Ia mempunyai lima kelopak dan mempunyai lima stigma dimana di tengahnya terhasil madu. Warna bunga ini cerah dan madunya pula bertekstur cecair likat putih susu. Pada setiap pertengahan Jun sehingga pertengahan Julai adalah tempoh mekarnya bunga pokok ini.

Artikel Berkaitan: Senjata Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea ‘Glowing’, Hanya Menggunakan Ratu Segala Madu

Madu bunga linden sebenarnya adalah lemak beku ataupun kristal yang berwarna putih susu dalam keadaan suhu yang rendah. Ia mempunyai aroma madu dan rasa yang manis. Ia terhasil dengan campuran enzim dari mulut lebah dimana ia mempunyai “enzim lebah” yang mengurangkan kandungan air dan menukarkan nektar menjadi madu. Turut juga dikenali sebagai madu linden di utara dan madu litchi di selatan yang menjadi kegemaran orang dari negara Eropah.

Madu Linden bukan hanya sekadar madu

Seperti kebiasaan madu yang digunakan untuk menjadi salah satu bahan dalam perubatan. Madu linden juga menawarkan khasiat yang agak lumayan buat mereka yang mengamalkannya kerana lebih mengandungi banyak vitamin B, vitamin C, biotin dan niasin berbanding madu biasa.

Khasiatnya Madu Linden seperti:

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Melegakan lesu dan keletihan
  • Melegakan batuk
  • Membantu insomnia
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung, sembelit dan penghadaman.
  • Juga menjadi salah satu bahan kecantikan semulajadi dalam membantu melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan

Madu Linden yang mempunyai sifat asid yang rendah, sederhana manis serta ada sedikit rasa pahit banyak membantu melegakan tekak terutama sekali.

Hijabista: Jadi, sis semua bolehlah tengok kedai-kedai berhampiran yang menjual madu, mana tahu ada terjual madu Linden, boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dan kekal sihat serta cantik!

Artikel berkaitan: Pulihkan Jerawat Dengan Petua Mudah Guna Tomata + Madu + Serbuk Kunyit + Yogurt

Sumber: DeeleeHoney , Edinburgh Honey Co , ImadeSelf

Published by
Qee