Macam Princess! Memilih Tema White Gold, Penampilan Sitiawe Di Majlis Bertandang Dipuji Ramai

Share

Social media influencer yang juga seorang ahli farmasi, Sitiawe yang selalu berkongsi dengan semua mengenai isu-isu kesihatan terkini memang menjadi tumpuan ramai kerana kepetahannya ketika berbicara dan gayanya yang santai membuatkan orang senang menerima input yang disampaikan.

Telah mendirikan rumah tangga pada 27 April yang lalu bersama suaminya iaitu Faiz, pasangan ini juga baru sahaja melangsungkan majlis bertandang di Melaka pada hari Sabtu yang lalu.

Memilih warna putih dan emas sebagai warna tema, pasangan ini kelihatan menawan sekali dalam busana tradisional. Solekannya yang on point menyerlahkan lagi sisi kejelitaannya.

‘Whoa… cantiknya!’

Jambangan bunga unik yang dipegangnya juga menjadi trend yang sering menjadi pilihan pengantin pada masa kini.

kredit: instagram @sitiawe

Published by
Qistina