Isi Kandungan
ToggleSocial media influencer yang juga seorang ahli farmasi, Sitiawe yang selalu berkongsi dengan semua mengenai isu-isu kesihatan terkini memang menjadi tumpuan ramai kerana kepetahannya ketika berbicara dan gayanya yang santai membuatkan orang senang menerima input yang disampaikan.
Telah mendirikan rumah tangga pada 27 April yang lalu bersama suaminya iaitu Faiz, pasangan ini juga baru sahaja melangsungkan majlis bertandang di Melaka pada hari Sabtu yang lalu.
Memilih warna putih dan emas sebagai warna tema, pasangan ini kelihatan menawan sekali dalam busana tradisional. Solekannya yang on point menyerlahkan lagi sisi kejelitaannya.
‘Whoa… cantiknya!’
Jambangan bunga unik yang dipegangnya juga menjadi trend yang sering menjadi pilihan pengantin pada masa kini.
View this post on InstagramA post shared by Siti Hawa Mohd Nor✨ (@sitiawe) on
kredit: instagram @sitiawe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal
Berkat konsistensinya melakukan diet, berat badan aktres Indonesia terkenal, Laudya Cynthia Bella sentiasa ‘maintain’.
Selepas berunding dengan pakar pemakanan, aktres yang terkenal dengan panggilan Bella ini mengikuti program diet sejak Disember 2021.
Anak kelahiran Bandung ini mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga lebih 60kg sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berdiet.
Berkat amalan pemakanan yang konsisten, berat Bella kini mula stabil mengikut berat idealnya.
Bella yang dilahirkan pada 24 Februari 1988, memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurangan kalori termasuk memilih jenis makanan yang sesuai untuk tubuhnya.
BACA JUGA: Dilihat Kerap Memakai Abaya, 8 Outfit LAUDYA CYNTHIA BELLA Ini Sejuk Mata Memandang!
Disebabkan Bella menghadkan pengambilan karbohidrat termasuk nasi putih, dia beralih pula kepada shirataki, nasi konjac, quinoa, dan lain-lain.
Bella juga tidak kurang selektif tentang lauk pauk yang diambilnya. Dia cuba sedaya upaya untuk memilih makanan yang lengkap supaya berat badannya tidak mudah naik dan kekal cergas setiap hari.
Bagi mengekalkan kualiti pemakanannya, Bella lebih kerap memasak lauk pauk yang dimakannya sendiri.
Berikut 9 menu sihat pilihan Bella.
DAGING
Bella kerap juga makan daging terutama daging lembu. Biasanya dibuat stik atau tumis. Jumlah daging lembu yang biasa dimakan semasa diet ialah sekitar 85g.
IKAN
Bella biasanya mengambil 100g ikan dan dimakan ketika makan tengahari dan makan malam. Jenis ikan pula tidak kisah asalkan tidak digoreng. Ikan mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin D. Disyorkan oleh pakar, ikan adalah baik untuk dimakan dua kali seminggu untuk menyokong diet sihat.
AYAM
Jika tidak ambil ikan, Bella akan gantikannya dengan ayam. Melaporkan daripada indiatoday.in, ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak. Jadi lauk ini boleh berfungsi untuk menguatkan otot, menurunkan berat badan, menyihatkan tulang, dan sebagainya.
Bella juga sering mencampurkan daging dengan sayur-sayuran. Salah satunya ayam dengan kubis cina. Mengimbangi pengambilan daging dan sayur-sayuran sangat berkesan dalam menyokong penurunan berat badan
PUTIH TELUR
Bella memilih bahagian putih sahaja kerana mengandungi protein yang tinggi untuk membina otot dan membakar lemak.
Selain itu, putih telur sesuai untuk diet kerana ia rendah kalori, lemak dan kolesterol. Putih telur juga mempunyai rasa yang enak dan boleh diolah menjadi pelbagai menu harian.
CENDAWAN
Cendawan ialah sumber protein. Melaporkan dari webmd.com, cendawan berguna untuk diet kerana ia rendah kalori, tinggi serat, dan boleh menjadi sumber protein serta antioksidan bagi meningkatkan metabolisme badan.
TAUHU
Bella juga kerap makan tauhu yang digoreng tanpa minyak. Bella menggorengnya dalam air fryer. Tauhu kaya dengan protein dan asid amino untuk menyokong penurunan berat badan.
TEMPE
Tempe juga sering menjadi pilihan Bella dalam dietnya. Bukan sahaja bagus untuk penurunan berat badan, tempe juga boleh meningkatkan kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mencegah keradangan, dan pelbagai khasiat lain.
SOTONG
Sesekali, Bella turut mengambil makanan laut seperti sotong yang tinggi protein, asid lemak omega-3, vitamin C, zat besi dan kalsium yang membantu menurunkan berat badan. Namun, jangan terlalu kerap makan sotong kerana ia boleh memberi kesan tidak baik di kemudian hari terutama bagi mereka yang alah dengan makanan laut.
UDANG
Bella juga gemar makan udang goreng tanpa minyak. Udang mengandungi protein yang tinggi, rendah kalori dan lemak, serta kaya dengan antioksidan untuk meningkatkan metabolisme badan ketika berdiet.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
ZASKIA ADYA MECCA Pernah Dilarang Bersenam, Kini Mula Semula Kerana Merasa Badan Kurang Cergas & Mudah Letih
Senaman sememangnya mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kesihatan dan kecergasan. Selebriti Indonesia, Zaskia Adya Mecca seorang yang sering melakukan senaman. Namun, akhirnya dia dilarang melakukan aktiviti itu oleh suaminya kerana ketika itu Zaskia sedang hamil.
“Ada satu ketika saya benar-benar ketagih sukan sehinggalah suami membantah, ‘Bolehkah kamu berhenti, bukan setiap hari! Rehatkan diri kamu 1-2 hari dalam seminggu,” kongsi Zaskia di laman Instagramnya baru-baru ini.
Setelah sekian lama, Zaskia Adya Mecca mula menjadikan senaman sebagai salah satu rutinnya. Lebih-lebih lagi ketika dia mula merasakan badannya semakin kurang cergas.
“Untuk bersenam semula bukan mudah. Ketika pandemik, ia adalah rutin selepas Kama dilahirkan di Jogja. Tetapi apabila keadaan kembali normal dan pulang ke Jakarta, kami benar-benar malas untuk memulakannya,” kata Zaskia.
“Kadang-kadang keliru dengan badan saya, kenapa rasa letih sepanjang masa. Saya bangun daripada rasa segar, saya letih, saya mengantuk pada sebelah petang, saya mabuk dalam tengahari memang tak bertenaga,” tambahnya.
Zaskia Adya Mecca bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang masih bersemangat untuk bersukan. Zaskia menyertai mereka dan mengambil bahagian dalam sukan.
BAHAGIA
Menurut Zaskia lagi, dia kini sering merasa gembira dan berharap dapat menjalani kehidupan yang sihat secara konsisten. Salah satunya adalah dengan bersenam secara teratur.
“Hormon endorphin itu muncul lagi yang dah lama terpendam! Bismillah, semoga ini menjadi dorongan untuk saya kembali menjalani kehidupan yang sihat dan betul,” ujarnya.
Zaskia juga berharap agar dia dapat mengurangkan lemak badan, meningkatkan jisim otot agar sentiasa kuat seterusnya mengamalkan hidup yang lebih baik.
BACA JUGA: Zaskia Sungkar & Shireen Sungkar Pasangan Adik Beradik Yang Cantik & Stylish!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Instafamous Terkenal, Asyalliee Selamat Menimang Cahaya Mata Kedua Pada Usia 21 Tahun
Instafamous dan juga seorang ahli perniagaan berjaya, Asyalliee telah selamat menimang cahaya matanya yang kedua iaitu seorang bayi perempuan. Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi juga telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Haider Mikhael bersama suami tercinta Eboy Arbaain.
Asya telah selamat melahirkan cahaya matanya yang dipanggil Rose pada 26 Mac yang lalu.
View this post on InstagramA post shared by Siti Syasya Rosaelmi, 21 (@asyalliee) on
Pengalaman bersalinkan baby rose ? Alhamdullilah semua dengan izin Allah swt ♥️ Syukur alhamdullilah
25 march 19
Mommy dah start rasa contraction dari rumah lagi cuma tak kuat sangat . Pukul 1pm sampai hospital check in wad semua , dalam pukul 4:30pm doktor datang check bukaan dah 3CM (Tak sangka teknik mindset menjadi)
Then bergelak ketawa la mommy daddy and kawan2 dalam wad tu sambil mommy berjalan keliling hospital lepastu mencangkung then buat posisi bersujud semua sambil mindset bila masuk labour room dah 8CM . Sambil duk gelak ketawa dengan daddy duk rasa contraction juga kuat sikit dari yang sebelum tapi tak kuat mana lepastu nurse gtau yang lepas subuh kena masuk labour room dah
26 march 19
Dah masuk labour room pukul 7am , doktor check bukaan dah 8CM (lagi sekali tak sangka teknik mindset menjadi) dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini . Memula boleh kawal lagi sambil berzikir lailahaila anta subhanaka inni kutum minaz zolimin . Pastu contraction makin kuat (dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit) then sister check bukaan dah 9CM . So nak kawal diri tak dapat dah , sister bacakan surah sambil usap belakang badan (mommy mcm org tak betul dah masatu)
Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10CM then meneran la mommy selama 5minit then keluarlah Cinta hati mommy rose pada pukul 11:31am ♥️ Alhamdullilah rose bersalin tepat pada 39weeks dalam kandungan
Okay daddy kita cuti dulu ye , kita dah dapat sepasang cahaya pertama hati kita sekarang ni . Kita rehat rehat dulu yee hehehe
Alhamdulillah, anugerah daripada Tuhan. Tahniah Asya! Seawal usia 21 tahun lagi sudah ada dua cahaya mata. Diharap Asya terus sihat dan dipermudahkan proses berpantang. Jangan stres-stres tau!
kredit: instagram @asyalliee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI