Tak disangka, rupa-rupanya pelakon popular, Zulin Aziz mempunyai bakat melukis yang hebat seperti seorang pelukis professional.
Berkongsi di laman instagramnya, Zulin telah mempamerkan bakatnya dengan melukis potret penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza dan juga usahawan terkenal, Dato Seri Vida.
Hasil seni kreatif Zulin itu telah mendapat pujian ramai termasuklah daripada rakan-rakan artis seperti Mawar Rashid, Mimi Ernida dan juga Sherry Alhadad.
Ads
Melukis menggunakan tablet pintar, Zulin juga telah melukis potret rakan artis lain seperti Sheila Rusly dan juga pelakon Bollywood ternama, Preity Zinta.
Pelakon yang cantik jelita, Wawa Zainal sentiasa mencuri tumpuan peminatnya dengan gayanya yang comel. Bak kata orang, pakai apa pun tetap cun sis!
Baru-baru ini, isteri kepada Aeril Zafrel telah memuat naik videonya miming dan menari lagu hindustan di Turki. Wawa yang sememangnya sedia maklum oleh semua merupakan peminat setia lagu hindustan menerima ribuan pujian daripada netizen.
Pengacara rancangan 999, Anim Ezzati Rizki berkongsi berita gembira dengan semua pengikutnya di laman Instagram apabila mengumumkan mengenai kehamilan pertamanya yang kini sudah memasuki 10 minggu.
Sangat bahagia dan bersyukur dengan rezeki Tuhan, Anim,28, menjelaskan pada awalnya berasa segan untuk berkongsi kerana belum bersedia untuk mengumumkan pada semua.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Banyak kali fikir nak upload and share this to all of you, sbb entah lah. Im afraid im not ready! Tapi I have to, sbb makin ramai dah tegur and tanya kenapa nampak lain, makin berisi dan sebagainya. Ya, memang berisi ya. Dah 10 minggu baby duk diam dalam perut I. No morning sickness, no nothing, such a good baby lah you! Alhamdulillah. Ada yang kata belum lagi, kalau boleh tak nak lah 😁
To my beloved husband, Thank you for taking care of me, our future baby and layan my unstable emo etc. Omg! That’s so scary ok. So hard to handle stress at this time, hence I decided to make few “changes” in my life for the sake of our baby. Of course, i will share about this one too.
Di sini, Anim minta doa kalian, untuk kesejahteraan baby dan keluarga saya.
To Mom’s life 😊
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend minuman bubble tea memang menjadi kegilaan pada ketika ini. Bila buka sahaja laman instagram, pastinya tidak sah jika tidak melihat orang memuat naik gambar beratur di barisan yang panjang demi mendapatkan secawan bubble tea.
Tentunya menjadi satu kepuasan apabila dapat mencubanya. Namun, sedarkah kita betapa banyaknya kandungan gula dalam setiap cawan minuman tersebut? Di twitter, seorang pengguna iaitu Izz telah berkongsikan ‘kempen kesedaran’ mengenai kesan minuman viral ini yang boleh menjejaskan kesihatan kita jika tidak dikawal dengan baik.
Haaa.. bukan main-main kesannya tau!
Tak salah pun nak minumnya, cuma jangan terlalu kerap ya…
Kalau boleh, apa kata minta barista tersebut kurangkan kandungan gulanya untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...