Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Gamat segenap sudut Axiata Arena Bukit Jalil dengan sorakan dan sahutan para peminat yang turut menyanyi bersama-sama artis kesayangan mereka itu.
Kehadiran lebih 10 ribu peminat yang membanjiri segenap ruang Axiata Arena membuktikan penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan ini masih kekal relevan dalam industri seni tanahair.
Tiga jam konsert berlangsung tidak terasa. DS Siti Nurhaliza menyampaikan lebih kurang 36 buah lagu antaranya ialah Lebih Indah, Aku Bidadari Syurgamu, Kurniaan Dalam Samaran, Biarlah Rahsia, Nirmala, dan Kurik Kundi.
Bukan sekadar lontaran vokal dan persembahan yang mantap, koleksi busana yang disarungkan DS Siti Nurhaliza turut mencuri perhatian. Cantik sangat DS Siti Nurhaliza pada malam itu!
Ramai yang memuji penampilan ibu kepada dua anak ini yang disifatkan sangat classy. Malah, nampak sangat awet muda dan sweet!
Hijabista kongsikan koleksi baju diilhamkan oleh empat pereka fesyen tersohor tanahair iaitu Ezuwan Ismail, Samm Republic, Ashraff Zainal, dan Bianca Bella yang berjaya menyerlahkan penampilan memukau DS Siti Nurhaliza pada malam itu.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik DS Siti Nurhaliza di Instagram peribadinya, beliau menitipkan ucapan penghargaan buat pereka-pereka fesyen tersebut.
EZUWAN ISMAIL “Untuk busana yang pertama ini, kami hanya membuat pertukaran warna anak tudung dari warna kelabu ke warna biru lembut. Boleh saksikan perbezaannya di hari sebenar konsert.
Ads
“Busana untuk segmen pertama iaitu segmen Mimpi Ke Awan adalah rekaan @ezuwanismail Terima kasih @ezuwanismail saya hargai setiap usaha, idea, kreativiti yang ditampilkan. Semoga @ezuwanismail akan terus dikenali dengan hasil kerja terbaik dan kita sama-sama berikan sokongan kepada perniagaan beliau.”
SAMM REPUBLIC “Untuk busana yang kedua ini, perbezaan pada hari konsert adalah merendahkan sedikit bahagian ‘boning corset’ dan menambah ‘detailing’ di bahagian leher.
Ads
“Busana untuk segmen kedua iaitu segmen Surat Harapan adalah rekaan @samm_republic Terima kasih Samm kerana memahami tema segmen yang saya adakan khas untuk saudara kita di Palestin. Burung yang terdapat pada busana saya adalah lambang kebebasan dan warna ‘detailing’ pula adalah warna bendera Palestin. Semoga @samm_republic terus maju jaya di masa akan datang.”
ASHRAFF ZAINAL “Untuk busana yang ketiga ini, pada hari konsert kami menggunakan material yang sama tetapi membuat sedikit perubahan pada design baju. Design pada hari latihan dan hari konsert sedikit berbeza dan saya nak ucapkan terima kasih di atas usaha @ashraffzainal yang telah melakukan ‘magic’ mendapatkan kain dari negara jiran (kain yang sama) pada 9 Mac (hari konsert) dan menyiapkan baju konsert dalam masa 2 jam sebelum dihantar ke Axiata. Magic yang menjadi.
“Busana untuk segmen ketiga iaitu segmen Mega Karaoke adalah rekaan @ashraffzainal . Semoga terus berjaya @ashraffzainal”
Ads
BIANCA BELLA “Untuk busana yang keempat dan terakhir, ada perubahan pada aksesori kepala di bahagian hadapan sahaja.
“Busana untuk segmen terakhir iaitu segmen Bayu Timur adalah rekaan @_biancabella Saya selesa mengenakan baju dari kain songket ini kerana senang bergerak dan menari. Anak muda yang kreatif, semoga @_biancabella akan terus mengukir nama dan maju dalam perniagaan.”
Sementara itu, wajah polos DS Siti Nurhaliza dirias cantik oleh jurusolek ternama yang sentiasa menjadi pilihannya iaitu Epie Temerloh.
Terdahulu, tiket untuk Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam masa dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada 21 Disember 2023.
Ini merupakan konsert ke-4 DS Siti Nurhaliza yang habis terjual dan diadakan di Axiata Arena.
Difahamkan, sebahagian kutipan jualan tiket konsert anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal diasaskan DS Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, akan disalurkan ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wajah selebriti ini cukup popular di media sosial terutama bagi pengusaha produk Muslimah untuk mempromosikan jenama mereka. Sama ada untuk memperaga baju atau tudung bagi pasaran online. Adiela Ridzuan, personaliti media sosial yang cukup popular dan mempunyai pengikut tersendiri di alam maya. Wajahnya yang cantik dengan lesung pipit di pipi memang sering jadi tarikan pengusaha butik online untuk menggunakan khidmatnya dalam mempromosi produk mereka.
Sebelum ini, personaliti ini pernah jadi viral apabila dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang penyanyi nasyid. Namun itu hanyalah sekadar gossip dan empunya diri tidak melayan gossip sedemikian. Jodoh personaliti media sosial ini akhirnya dengan suami tersayang yang selamat diijab kabulkan tahun lalu.
Setelah setahun berumah tanga model sepenuh masa ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Sebelum itu, Adiela memberhentikan aktiviti modeling sepanjang tempoh melahirkan dan berpantang dan dilihat kembali meneruskan kerjaya yang diminatinya.
Dia juga turut turut berkongsi pengalamannya melahirkan bayi comel yang dinamakan Mohamef Jibriel dalam tiga posting cukup menarik.
JIBRIEL’s BIRTH STORY PART 1
——
Alhamdulillah syukur tuhan permudahkan process deliver baby Jibriel haritu. Terima kasih atas ucapan tahniah n doa dari semua. malam sebelum bersalin sis dengan girangnya buat macam2 sebab masa tu baru 39weeks n langsung takde tanda nk bersalin pn malam tu.! .
10 December 2017 / 4.45am – 5.30am
Pukul 4.45 pagi tiba2 terjaga dari tidur sebab tak selesa n tak boleh nak tidur balik. pusing kiri kanan semuanya tak selesa masa nie tak rasa sakit sangat lagi. bangun la konon2 nak stretch kan kaki pusing2 meja makan sambil ditemani oleh Cadbury yg xkelip2 mata dia pelik agaknya dh kenapa waktu2 cmni pegi tawaf meja makan pulak. pastu tiba2 rasa cramp gila2 kt perut weh apeni sakitnya (first time mommy confuse sentiasa, baca la buku byk mana pun ?). 30saat jgk sakit dia. pastu hilang. pastu relax jap sbb igtkan Braxton Hicks je. tiba2 3minit pastu datang balik contraction tu yg tiap kali sakit tu selama seminit. eh apesal dekat sgt gap dia. haha well masih lg blur masa tu dh la kol 4pagi! ko ghaseee
nasib baik sebelum tu dah download apps untuk kira contraction so kita pun gunakan sepenuhnya. rupanya2 setiap 3-5minit ade contraction sampai la pukul 5.30pagi. between tht time, pg la buat air milo panas nk bg ada tenaga n kurangkan rasa sakit. pastu makan kurma 2biji pagi2 buta xde selera la nk breakfast beria kan ?. ya tuhannn sebiji pun susah gila nak habiskan sebab sakit gila2 masa tgh contraction sampai keluar2 air mata. kurma salut air mata cite dia. hahaha
Dalam part 2 pula Adiela menceritakan saat sakit kontraksi tetapi masih sempat bersolat subuh sebelum ke bilik pembedahan.
JIBRIEL’s BIRTH STORY PART 2
——
10 December 2017 / 5.30am – 6.30am?
Walaupun sis dalam kesakitan tetapi suami sis sedang bahagia dibuai mimpi indah cehh dia xsedar pun bini dia tgh nangis kt luar sebab sakit gila2 haha aptb pukul 530 pagi masuk bilik n kejut dia ckp nak pergi hospital lepas solat subuh sbb dh rasa contraction kerap sangat tp masa tu dgn muka yg begitu tenang padahallll td mcm dh separuh mati tahan sakit. hebat lakonan sis kejut suami dengan penuh senyuman ? kitorg pun bersiap n solat dulu sebab igtkan mesti bukaan baru 1-2cm yela first time nk beranak kan, cepat2 sangat pg hospital nnt nurse suruh balik dulu sbb lambat lg nak sampai 10cm haha tp masa tu mmg tahan sakit je solat pn tak khusyuk berkerut2 muka. tp dh terfikir dh kalau jap lg nie sempat kot nk g makan kt mamak dulu lepas pg check up kalau bukaan tak byk lg haha. menyempattt
Manakala dalam bahagian seterusnya, proses bersalin sehari semalam yang dirasai oleh Adiela memberi 1001 pengalaman terindah dalam hidupnya bergelar ibu buat kali pertama.
JIBRIEL’s BIRTH STORY PART 3
——
10 December 2017 / 6.30am – 8.54am
OTW nk pg hospital tu dh rasa mcm kejung gila sbb tahan sakit sambil nangis haha xtenang betul padahal hospital tu +-3km je dari rumah tp rasa jauh gila! nasib baik masa tu hari ahad n pukul 630 pagi jd mmg lengang la jalan. sampai hospital terus nurse check contraction n suprisingly bukaan dh 6CM omg!!!!!! patutla sakit mcm nak mati dahhhhhhhh maka tiada lah makan mamak pada pagi ituewwww sbb jap lg dh kena masuk labour room! pukul 7.30pagi nurse dh panggil masuk LR n dia kata bukaan dh 8cm aaa nervous gila dh la bilik tu sejukkk n tgh sakit gila uwaaaa nurse suruh panggil suami untuk teman maka bermulalah adegan air mata menahan sakit yg teramat sangat sampai suami pn tak tahu nk buat apa hahaha korg mcm baca cite lawak ke ape dr td asik haha je sorryyyy .
——
dari 8cm-10cm adalah waktu yg paling mencabar dlm hidup sis sebab sakit dia weyyyyyyyyy lain mcm. mcm2 selawat baca tp sbb sakit sgt sampai dh tak boleh nak fikir ape dh asik panggil nurse je sebab dh tak tahan tp nurse ckp belum sampai masa lg alaa apeni td mcm cepat je skrg tggl stengah cm pun lama gilaa. last2 doc dtg n sis dh boleh push untuk keluarkan baby. 8.54am keluarlah seorang Jibriel yg sangat obok seberat 3.5kg menggunakan bantuan vacuum sebab leher dia dh terbelit dengan tali pusat n jantung dh lemah Allahu Terima kasih Dr Siti Maryam dari SALAM Specialist membantu sepanjang process kelahiran Jibriel! Alhamdulillah syukur sangat sekejap je process dari sakit contraction ke saat melahirkan. tak dpt sis bayangkan ibu2 yg contraction sampai belas2 jam tahan sakit sis yg sekejap nie pun rasa dh mcm separuh mati. hebat betul kekuatan ibu2 kan :’) .
——-
kepada yang bakal melahirkan anak sis doakan semoga semuanya dipermudahkan, diberikan kekuatan mental & fizikal dan diberikan kesihatan yang baik sebelum & selepas melahirkan nanti. selain tu jangan berhenti berdoa supaya Allah mudahkan process mengandung, melahirkan & membesarkan anak nanti. kepada yg masih TTC, sis juga doakan supaya tuhan berikan rezeki zuriat satu hari nanti & diberikan kesabaran, kekuatan & kebahagian sentiasa. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin
Jika dilihat di laman instagramnya, Adiela turut dihujani pertanyaan bagaimana dia boleh senang bersalin walaupun tidak ada pengalaman lahirkan anak sebelum ini. Dia tidak lokek berkongsi rahsia 3 perkara dalam menghadapi saat kelahiran bayi sulungnya itu.
Baca perkongsiannya di sini.
Tidak mahu menghampakan semua pertanyaan dari followernya, ibu muda yang sudah kembali bekerja ini memberitahu since ramai yang DM sis tanya macam mana sis boleh senang bersalin walaupun anak pertama tapi sis tak sempat nak reply satu2 jadi sis share dekat sini ya tapi apa2 pun semua tu adalah rezeki dari Allah. mungkin ade orang mengandung dan bersalin senang tp anaknya susah dijaga ataupun mengandung n bersalin susah tapi anak dia baikkk sgt xmenyusahkan pun. apa yang penting banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa mudahkan semua urusan kita. apa yg sis buat nie mungkin sedikit sebanyak membantu memudahkan process kelahiran baby Jibriel. Wallahu a’lam
1. masa mengandung dulu sis selalu buat urutan prenatal dekat @adrujaspa start dari kandungan 6bulan sampai dh nak bersalin. urutan prenatal nie membantu untuk melonggarkan otot2 badan supaya nnt nk push xsusah sangat, kurangkan kejang2 otot & sakit2 badan n sis paling suggest untuk bakal ibu yg dh masuk 38weeks keatas untuk buat warming massage dekat @adrujaspa & minta therapist buat urutan untuk bantu bukakan jalan supaya senang bersalin. urutan nie mcm urutan biasa jgn risau takde ape yg menakutkan pun igt tak cerita sis pegi hospital ttbe bukaan dh 6cm tu? hehe mungkin urutan ini salah satu sebab juga. kita ikhtiar je jadi atau tidak itu semua kuasa Allah. yang penting kita berdoa, usaha & tawakkal
2. Sis amalkan surah Maryam bila dah masuk 3rd trimester dan doa sungguh2 supaya tuhan mudahkan process bersalin nanti. Alhamdulillah tuhan makbulkan doa ibu mengandung sangat2 mustajab, 9bulan yang sangat special. gunakan sebaiknya! :’)
3. Sis juga amalkan makan Virgin Coconut Oil (VCO) masa dh masuk 3rd trimester tapi tak boleh amek berlebihan sebab takut miss V terlampau lembut nanti susah nak jahit (correct me if i’m wrong).
ini 3 perkara yang sis amalkan sebelum bersalin haritu. lain orang mungkin lain caranya. mungkin ibu2 lain boleh share pengalaman masing2 kat ruangan comment untuk bantu bakal2 ibu terutama first time mommies untuk menghadapi saat2 bersalin nanti.
gambar kat atas tu adalah Jibriel masa baru lepas keluar dari perut. haha dasyat sangat double chin dia masa tu tp skrg dh kurus skit
Perkongsiannya ini juga turut mendapat respon posistif apabila follower masing-masing turut berkongsi pengalaman anak masing-masing.
dielamaslanagreed..doa la sungguh2. . & emotions during pregnancy pun kene jaga..kene happy2 je..nnt baby pun adapt sekali happiness mommy die
munirahhusniSy pun amalkan yg sama kecuali urutan.hehe.masa masuk trimester 3 husband bwk bejalan2 smpi kdg tu lebih 10k steps sehari.haha.just vco pun jrg2 atas reason sama. Dr awal pregnancy bykkn doa agr Allah pmudahkan perjalanan kita mengandung n bersalin. Dgn rezeki Allah sy xde contraction smpi lah doc kena cucuk labor accelerator dan Alhamdulillah masa bersalin dalam labor room pun x lama. Mommies kena positive. Tp kena igt gak lain org lain pengalaman. Just doa bnyk2
imarezhaSaya bersalin ank sulong tnpa koyak n jahit . Mula bykan berselawat , bila solat sjud lama² . Minta doa sguh² semoga smua selamat . Jalan byk² even dh 3cm sy still boleh pusing 1 lb lg .. bila rsa skit bca doa nabi yunus .. alhamdulillah smua selamat
bebeyb@ayuaziz Alhamdulillah. Okay smoga smua dpmudahkan ya! ?? apa2 pun psitive lpastu amalkan zikir yang lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazalimin tu.
Apabila menyebut kuih seri muka fikiran tentunya membayangkan kuih yang mempunyai dua lapisan. Bahagian lapisan bawah mengandungi pulut manakala lapisan atas pula lembut dan sedikit manis. Kombinasi ini menjadikan kuih seri muka menu pencuci mulut yang cukup seimbang dari segi rasanya.
Membuat kuih seri muka tidak susah namun yang menjadi masalahnya ialah ketika hendak memotong kuih seri muka agar mendapat potongan yang cantik.
Bagaimana hendak dapatkan kuih seri muka yang cantik? Jom kita cuba cara yang dikongsikan oleh Faizatulazurani Ahmad Nezad ini.
Jika anda rasa yang anda tidak pandai hendak potong dari loyang, boleh cuba kaedah menggunakan cawan/mangkuk yang kecil (acuan kuih lompang) (rujuk gambar)
Pulut yang sudah siap ditanak.
Masukkan pulut dalam cawan/mangkuk kecil (acuan kuih lompang) dan tekan-tekan pulut agar padat-rata.
Pulut yang sudah dimampatkan dalam cawan/mangkuk acuan kuih lompang.
Tuangkan bancuhan untuk lapisan bahagian atas.
Inilah hasilnya. Cantik bentuk kejadiannya.
RESIPI KUIH SERI MUKA:
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut rendam 1-2 jam
2 1/2 cawan santan – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
2.Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
3.Angkat dan dipadat-padatkan dalam acuan cawan/mangkuk kuih lompang.
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan ke semua bahan. Kacau rata.
2.Masak di atas api perlahan selama 2-3 minit.
3.Tapiskan supaya tidak berketul. Tuangkan di atas pulut yang sudah siap dimampatkan di dalam cawan/mangkuk acuan kuih lompang.
4.Panaskan periuk pengukus. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit.
5.5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
6.Cucuk dengan lidi. Jka tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
7.Keluarkan daripada cawan/mangkuk acuan selepas kuih sejuk. Hidangkan.
Bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre.
Ia terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster.
Kesemua program itu boleh ditonton bermula pada malam raya menerusi platform Astro termasuk televisyen, radio dan digital.
Meneruskan tradisi tahunan, Astro turut membawakan sebuah iklan komersil ‘Ada Apa Dengan Masa’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi Talon Creative. Ia diarahkan oleh Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida.
‘Ada Apa Dengan Masa’ memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian.
Dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan insan tersayang.
Iklan berdurasi 5 minit ini menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Dato’ Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi.
“Astro menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama kami selama ini.
“Perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini.
“Terdapat lebih daripada 180 program telah disusun dan bakal dihidangkan menepati cita rasa semua,” jelas Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja 'Gadis Trivago' terus teringat iklan aplikasi percutian yang sangat popular suatu ketika dulu.
Dahlia Shazwan, wajah yang sering muncul di kaca televisyen setiap...