Misai atau kumis memang sinonim dikaitkan dengan penampilan seorang lelaki. Namun, sesetengah daripada wanita juga ada yang memilikinya secara semula jadi dan ia secara tak langsung turut membuatkan raut wajahnya bertambah manis.

Walau bagaimanapun, tak ramai gadis yang merasakan begitu sebaliknya ia membuatkan mereka menjadi kurang keyakinan diri terutama sekali bila kumis tersebut begitu ketara di wajah mereka dan solusi yang terbaik adalah dengan membuangnya.

Turut melalui perkara tersebut, personaliti media sosial, Jaja Talib memilih untuk membuang kumisnya itu dengan melakukan waxing. Berkongsi di laman Instagram, Jaja akui proses melakukannya adalah menyakitkan namun sangat berbaloi!

IKLAN

AKU ADA MISAI YANG LEBAT😂😱❗️

Jom tengok macam mana i wax misai 🤣 Memang PUAS! Upper lips lembut macam pungkoq baby lepas wax 🤣🤣 Untuk yang ada misai, nak make up smooth & confident naik 200% better pi buang misai tu. Jangan biar misai boleh buat tocang!

Ada 2 cara nak buang misai, wax & threading, tapi aku lagi prefer wax sebab lagi cepat & tumbuh tak banyak. Rasanya, ikut jenis bulu masing-masing kot 🤣 So, ada ka yang ada misai macam jaja? Comment sikit nak tengok geng misai 🤣👇🏽

Tips: JANGAN SHAVE MISAI (akan naik lebih cepat & tajam)

Di ruangan komen, ramai yang boleh relate dengan perkongsian Jaja ini dan terhibur dengan telatah lucunya yang menahan kesakitan sewaktu melakukan waxing itu.