Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan sama cantik sama padan iaitu Nadzmi Adhwa dan isteri iaitu Ardell Aryana di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong.
Bertemakan serba putih, majlis yang diadakan tampak sangat eksklusif dan kedua mempelai seperti raja dan ratu di musim salju!
Selebriti terkemuka negara, Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 33 pada hari ini. Berbeza berbanding tahun sebelumnya, ia menjadi hari yang teristimewa buat dirinya kerana pada tahun ini dia meraikannya sebagai seorang ibu.
Dihujani pelbagai ucapan daripada ramai pihak, ibunya yang tersayang iaitu Datin Noor Kartini turut menitipkan ucapan istimewa buat anaknya yang tercinta itu di laman instagramnya.
Love you Ummi Bilal Sayang…
Happy Birthday anakku sayang @neelofa ❤️ Ya Allah terima kasih atas anugerahmu ini, yang telah memberikanku satu kenikmatan hidup yg tidak pernah terfikir dek akal ..
Alhamdulillah syukur Ya Allah.. semoga segala asbab dari karunia ini Allah ganjarkan dgn nikmat yg luar biasa untuk mu wahai anakku ,dengan segala kebaikkanmu Allah permudahkan segala urusan Dunia dan Akhiratmu, dengan ketaatanmu Allah buka segala pintu2 rahmatnya untukmu, dengan ketaatanmu Allah sentiasa meredhaimu, kerana mama setiap detik dan setiap saat meredhaimu dan mendoakan keberkatan untuk mu wahai anakku❤️
Moga Allah panjangkan usiamu dgn kesehatan yg afiyah dan rezeki yg barokah dan sentiasa dlm kecukupan .. amiin
Moga dgn kehadiran Bilal dlm hidupmu lebih menambahkan keserian dan kebahagiaan hingga ke Syurga .. love you Ummi Bilal sayang❤️
Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan ucapan tersebut dan mengagumi hubungan erat di antara ibu dan anak ini.
Happy Birthday Neelofa!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak hijabi sedang diet dan hanya makan buah-buahan, tapi berat badan masih lagi sama? Sebenarnya, tak semua buah merupakan pilihan yang tepat untuk berdiet. Bahkan, sesetengah buah juga boleh menjadi penyebab berat badan anda naik!
Setiap wanita ‘mendambakan’ tubuh badan yang cantik, bukannya semata-mata untuk menjaga penampilan, tetapi juga untuk kesihatan. Berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Oleh itu, penting untuk setiap individu menjaga berat badan. Namun, nak diet juga ada cara yang betul!
Kadar gula (GI) yang tinggi
Buah mempunyai sumber nutrien dan serat yang baik. Ianya sering menjadi sumber makanan ketika diet. Walau bagaimanapun, sesetengah buah mengandungi kadar gula yang tinggi, dan ini boleh menyukarkan proses penurunan berat badan. Apabila gula diserap dengan cepat ke dalam aliran darah, ia disimpan sebagai ‘glikogen’.
Proses ini menyebabkan anda berasa lapar, dan jika ini sering berlaku, gula yang disimpan boleh bertukar menjadi lemak. Untuk mengetahui buah jenis mana yang elok untuk diet, anda perlu lah memilih buah-buahan yang memiliki Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Secara ringkasnya, Indeks Glisemik (GI) ialah kadar gula dalam makanan. Bacaannya ialah:
Sesetengah buah-buahan mengandungi kadar gula yang tinggi, yang boleh menyukarkan diri mematuhi diet. Menurut satu portal, anda perlu mengelakkan buah-buahan dibawah (yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi) supaya proses diet anda berjaya serta dapat mengurangkan berat badan:
#1 Kurma kering
Tahukah anda bahawa kurma kering mempunyai kandungan gula yang paling tinggi berbanding mana-mana buah? Kurma kering mempunyai indeks glisemik (GI) sebanyak 103, yang lebih tinggi daripada glukosa tulen.
Ia semestinya bukan pilihan yang baik untuk penghidap diabetes. Bukan itu sahaja,kadar gula yang tinggi ini juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan serta kencing manis. Sebaliknya, anda boleh mengamalkan aprikot atau kismis, yang mempunyai kadar gula yang lebih rendah. Bukan itu sahaja, aprikot dan kismis juga boleh membekalkan serat dan nutrien lain.
#2 Tembikai
Siapa dekat sini buah kegemarannya adalah tembikai? Ha, tembikai mungkin kelihatan seperti buah yang sihat(tinggi air dan serat) tetapi hijabi tahu tak bahawa kandungan gulanya tinggi? Ia mempunyai indeks glisemik (GI) sebanyak 72.
Sebaliknya, anda boleh amalkan pengambilan salad buah-buahan dengan buah lain seperti oren,strawberi,ceri atau pir yang mempunyai kadar gula yang rendah. Tenaga daripada buah-buahan ini juga bertahan lebih lama, serta membantu mengelakkan anda daripada mengambil kalori tambahan.
#3 Nenas
Walaupun nenas mungkin mengandungi gula yang tinggi, ia masih merupakan pilihan yang sihat. Ia mempunyai indeks glisemik sederhana iaitu 61, bermakna ia tidak akan menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras gula darah.
Tiada siapa dapat menyangkal rasa manis nenas, lagi-lagi kalau dapat masa teringin makanan manis! Tetapi, jika anda menginginkan buah manis ketika sedang berdiet, buah pic merupakan alternatif yang lebih baik. Selain pic, epal juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk seseorang yang sedang berdiet, kerana ia tidak terlalu manis seperti buah-buahan lain.
#4 Laici
Hijabi, anda perlu elakkan makan laici semasa berdiet! Laici merupakan buah tropika dari selatan China yang mempunyai indeks glisemik tinggi pada tahun 70-an. Kini, ia masih mempunyai skor glisemik yang tinggi dan semestinya bukan pilihan yang baik untuk diet.
Sebaliknya, cuba makan ceri hitam(GI: 22) atau limau gedang merah(GI: 25), kedua-duanya mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan merupakan pilihan yang lebih sihat. Bukan itu sahaja, Ceri juga sedap dimakan begitu sahaja, ditambahkan pada salad ataupun dijadikan campuran smoothie atau jus segar.
Ringkasnya, elakkan buah-buahan tinggi gula semasa berdiet untuk memastikan ‘progress’ anda berjalan dan berada di landasan yang betul. Sebaliknya, amalkan makan buah yang rendah gula seperti ceri, aprikot, pir, epal dan lain-lain. Jangan pula ‘complain’ badan semakin naik ya!
Sekarang ini jika kita perhatikan banyak produk pelangsingan badan dijual di pasaran. Semuanya disertakan dengan promosi yang kadang-kadang menggugat hati untuk membeli. Ini disebabkan pertambahan berat badan secara mendadak dek kerana selera makan yang makin bertambah. Apabila ada yang menegur, mulalah gelabah berdiet untuk menurunkan berat badan.
Namun begitu, memang susah untuk kita menurunkan berat badan jika tidak disertakan dengan disiplin yang kuat. Lebih-lebih lagi banyak godaan daripada kawan-kawan yang tidak putus-putus mengajak anda untuk makan. Sukar untuk ditolak apatah lagi setelah anda memikirkan pasti akan ada jalan lain untuk kurus.
Tidak dinafikan terdapat pelbagai pelbagai cara dan teknik yang boleh dilakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang kurus tanpa perlu menjalani proses pembedahan ataupun mengambil pil yang boleh membahayakan kesihatan.
Admin nak kongsi diet secara sihat daripada Fadhlina Halipah yang pernah mengalami berat badan dan dia berjaya menurunkan beratnya sehingga 32 kg. Cara dietnya cukup mudah dan penuh dengan ilmu. Dia begitu menjaga pemakanannya dan paling penting disiplin untuk mendapatkan apa yang diimpikan.
Ada matlamat dan sasaran. Contohnya jika hendak menurunkan 30kg, jangan terus sasarkan jumlah itu, sebaliknya cuba turunkan tiga hingga empat kilogram sebulan. Lakukan berulang kali, konsisten dan disiplin.
2. Perlu ada rancangan hidangan yang lengkap dengan keperluan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan. Turun berat tanpa perlu berlapar.
3. Rasa seronok dengan rancangan hidangan, jangan tertekan dan diet perlu warna-warni.
4. Konsep nasi segenggam. Pilih lauk sama ada ikan atau ayam yang dikukus, direbus atau dipanggang. Pemilihan lauk sangat penting.
5. Elak minum air manis, lebihkan air kosong serta buah.
6. Makan sedikit tapi kerap, seeloknya enam kali sehari dengan selangan tiga ke empat jam.
7. Jangan tertipu dengan pembungkusan atau iklan makanan. Baca nutrisi pada label terlebih dulu.
8. Fokus kepada 80 peratus pemakanan, 20 peratus senaman dan 100 peratus minda. Kita gemuk dengan makan, jadi hendak turun berat, seharusnya betulkan cara pemakanan.
9. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang berbeza dan unik.
10. Carilah kawan atau komuniti yang ada misi yang sama, baru rasa bersemangat.
11. Tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti.
12. Kawal emosi. Tekanan juga memberi kesan kepada badan. Nak turun berat perlu makan dengan betul, bukan makan sikit. Semoga membantu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...