Berkongsi hantarannya di media sosial baru-baru ini, selebriti tersohor Indonesia Mulan Jameela dipuji cantik macam Barbie oleh wargamaya setelah tertarik dengan gayanya dalam rona terang.
Biarpun aktif sebagai ahli politik, selebriti jelita dari Indonesia Mulan Jameela masih memenuhi undangan nyanyian. Mulan juga masih tampil menawan pada usianya yang kini mencecah 45 tahun.
Baru-baru ini, Mulan memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya. Mulan kelihatan sangat gorgeous ketika membuat satu persembahan pentas.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah pakaiannnya. Memilih pakaian berwarna cerah dan terang, Mulan kelihatan awet muda! Isteri kepada Ahmad Dhani ini juga tampil dengan solekan yang berani.
Mulan mengoleskan gincu berwarna merah terang di bibirnya sehingga menyerlahkan sisi ‘hot’ dan tegasnya seorang wanita.
Mulan Jameela tampil anggun dengan pakaian elemen batik yang diubah menjadi fesyen kontemporari.
Gaun berlengan panjang yang dipakai Mulan Jameela ini diperbuat daripada kain batik. Mulan turut menggunakan kain khas sebagai tali pinggang.
Elemen tradisional Indonesia turut dapat dilihat pada bajunya yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hijau terang sehingga mencetuskan mood ceria pada penampilannya.
Sementara solekannya pula menyerlahkan lagi kecantikan Mulan Jameela. Apatah lagi bibirnya yang dioles dengan gincu merah terang.
BACA JUGA: Dulu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ Kini Penampilan MULAN JAMEELA Semakin Cantik & Gorgeous!
Kemunculan Mulan Jameela turut meraih pujian daripada warga maya. Malah, Mulan Jameela turut digelar Barbie dek kerana rupa parasnya yang sangat cantik!