Isi Kandungan
ToggleSiapa tak kenal dengan Ratu Trend, Neelofa yang memang dikenali sebagai ikon fesyen yang bijak menggayakan apa jua busana yang diberikan padanya. Begitu juga dengan hijab yang digayakan dan ada kalanya beri inspirsi buat hijabi di luar sana untuk bertudung. Baru-baru ini Neelofa muat turut foto dia memakai hijab bawal yang digayakan cukup ringkas dan menyerlahkan lagi aura pengacara dan pelakon serba boleh ini.
View this post on Instagram
Strolling the streets in Shanghai in #GucciCruise19!
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Netizen juga bersetuju dengan penampiln Neelofa yang agak lain dari kebiasaan gaya ditampilkan. Kemas dan ada yang mermuji dia seperti anak patung.
Berbeza dengan hijab turban yang sering jadi pertikaian netzien dan kali ini penampilan Neelofa memang dapat pujian ramai.
Gorgeous gituuu
Sangat cantik
So classy
Macam anak patung
Kemas pakai bawal
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Limitasi Dalam Berfesyen Dan Ia Bebas!” – Amyra Rosli Kongsi Pendapat Berfesyen Dalam Berfantasi Bersama dUCk
Kata-kata tidak dapat menyatakan betapa ramai mengagumi Amyra Rosli yang luar biasa, bukan sahaja untuk bakat dan kecantikannya yang tidak dapat dinafikan, tetapi untuk semangat dan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi.
Setiap kali melihatnya di skrin atau mendengarnya bercakap dalam temu bual, saya kagum dengan kebolehannya menghidupkan setiap watak yang dilakonkannya dan keasliannya yang tidak terhalang. Dia adalah inspirasi sejati, dia terus memenangi hati jutaan orang yang menyayanginya.
Artikel Berkaitan : “Kalau Amyra Rosli Yang Pakai Confirm Cantik Lah,”… Netizen Terpegun Keayuannya Menjadi-Jadi Setelah Berhijab
Baru-baru ini Amyra Rosli ditemui dalam pelancaran koleksi terbaru dUCk iaitu The Blooming dUCk mengangkat Myra sebagai duta mereka dan berkongsi tentang perkembangan terbarunya.
“Myra dari dulu sampai sekarang memang sukakan fantasi, lagi-lagi dapat bekerjasama dengan dUCk, bila kita berfantasi kita akan rasa gembira dalam dunia kita sendiri”
“Berfesyen itu penting untuk berfantasi untuk look good and confident, Myra suka dengan semua Disney Character dan semua Princess”
“Kita kena ikut dari segi apa yang kita pakai, kalau kita suka bunga-bunga kenalah padankan dengan bottom yang plain, berfesyen ini bebas sebenarnya dan tiada apa yang menghalang Myra” ujar Myra.
Selepas Balik Dari Makkah, Myra Sebenarnya Belum Sedia Berhijab
Mendapat jemputan hadir ke program Meletop untuk mempromosikan dramanya dengan memakai hijab, Myra mendapat banyak soalan sama ada sudah berhijab atau belum walaupun Myra sendiri belum ada jawapannya.
“Sebenarnya selepas balik dari Makkah, Myra belum bersedia untuk bertudung tapi Myra dengar banyak cerita-cerita orang selepas kau balik dari Makkah kau kena bertudung selama 44 hari, saya tidak tahu ini betul atau tidak
“Myra kena hadiri program Meletop selepas balik dari Makkah, alamak aku nak pakai tudung ke tak? Sebab Myra perlu menghormati benda yang Myra perlu buat selepas balik dari Makkah.”
Myra berkongsi dia berasa pelik jika keluar rumah dengan tidak memakai tudung, dalam masa yang sama, dia tidak berasa yakin kerana tidak tahu untuk berfesyen jika mengenakan hijab.
Artikel Berkaitan: Cantiknya Bidadari Amar Baharin Ni..Netizen Terpesona Dengan Kejelitaan Amyra Rosli Berbaju Merah!
Isteri kepada Amar Baharin itu berkata, bila berhijab dijalan yang betul dan percaya dengan rezeki di tangan Allah, rezeki yang diberi akan lebih berlipat ganda.
“Jangan pandang belakang, jangan rasa kita tidak boleh mencari rezeki sebabnya hanya kerana berhijab, tidak sama sekali.”
“Bila berhijab ini, kita kena istiqomah dan mempunyai support system yang sangat kuat, iaitu dari suami dan keluarga sendiri.” katanya lagi.
Sekadar info, Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016 dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Akaun Twitter Tunku Permaisuri Agong Ditutup, Netizen Luah Rasa Sedih #AmpunTuanku Jadi Trending
Apabila akaun twitter Tunku Permaisuri Agong ditutup (tidak lagi aktif) sejak malam tadi, ramai warga twitter berasa sedih. Rata-rata warga twitter mengungkapkan rasa rindu dengan caption serta gelagat baginda di laman sosial itu.
Netizen melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang kelmarin. Rata-rata netizen memohon ampun perkenan baginda supaya kembali aktif dalam laman sosial twitter.
Difahamkan, baginda menutup akaun twitternya berikutan komen negatif dari seorang pemilik akaun twitter yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.
Kerana kerinduan netizen dengan ‘celoteh’ baginda, sampai ‘diwujudkan’ hashtag #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong. Hastag ini juga menjadi trending di akaun twitter.
BANGUN PAGI BACA TWEET TUANKU PERMAISURI AGUNG DEACTIVATE TWITTER
How can you guys hurt our loving, cute, cheerful Queen? ??? #AmpunTuanku beribu-ribu ampun. Please come back to twitter, we miss you. ❤️ pic.twitter.com/Li11DOkpu1
— Generasi Penang (@GenerasiPenang) September 12, 2019
KEMBALILAH KE TWITTER
Kembalikan Permaisuri Agong ke Twitter we miss her. #AmpunTuanku ? pic.twitter.com/dTttfU2DSk
— Filem Motif 26 September 2019?? (@djgulamanis) September 12, 2019
PENYERI TWITTER
We want our Permaisuri Agong back #RPA #AmpunTuanku . Salah satu sebab aku join twitter back ni bcz of tuanku. pic.twitter.com/sIZodSWNj0
— Lizahasan (@missnurulliza) September 12, 2019
PLATFORM PALING DEKAT
DAH TAK BOLEH STALK TUANKU PERMAISURI LAGI
Baginda yang terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat agar hubungan raja dan rakyat lebih dekat.
Malah baginda sering berkongsi momen-momen indah dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong. Sememangnya netizen menyukai pendekatan yang dilakukan Permaisuri Agong malah menggemari telatah baginda berdua terutama di majlis keramaian.
Ternyata memang ramai di kalangan rakyat yang ‘sayangkan’ baginda. Sikap baginda yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuatkan baginda cukup disenangi ramai.
Sumber kredit: Twitter Sinar Harian Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
The Talented Hijabi, Shila Amzah Mara Ke Final Pertandingan Nyanyian di China!
Cantik dan digelar The Talented Hijabi, Shila Amzah mara ke final pertandingan nyanyian ‘Singing With Legends’ di China membanggakan negara.
Belum cecah 5 bulan usai melahirkan anak kedua, Shila Amzah dah sibuk berulang-alik dari KL ke China untuk pertandingan nyanyian Singing With Legends musim keenam.
Ibu anak dua itu berjaya menempah tiket ke final selepas bergelar juara mingguan. Dalam persembahan hujung minggu lalu, Shila menghidangkan dua buah lagu iaitu Bring Me To Life bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.
“Saya seronok dapat bereksperimen dengan genre berbeza kali ini!” tambah Shila yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, atau lebih dikenali sebagai Ubai.
Mula bersinar di China sejak menjuarai Asian Wave pada 2012, Shila kini kembali dengan penuh berani untuk Singing With Legends musim keenam. Program ini menyaksikan kerjasama antara penyanyi lagenda dan bakat muda di atas pentas yang sama.
Cukup sesuai dengan gelaran The Talented Hijabi, kejayaan Shila Amzah mara ke final pertandingan nyanyian Singing With Legends di China itu jelas membanggakan negara.
BERSALIN
Baru saja melahirkan anak perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei 2024, kini Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah sudah kembali aktif dan sibuk berulang-alik dari KL ke China.
Komitmen tinggi ibu kepada Seth Uwais dan Rhea Akira itu sememangnya luar biasa. Semoga usaha Shila mengangkat nama negara apabila mara ke final beroleh kejayaan!
Paling suka tengok stail tudung, outfit dan mekap Shila sepanjang berentap di China. Cantik-cantik dan elegan, patutlah banyak peminat beliau di sana menerima baik kehadirannya, memang international look! Jom tengok video ni…
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/buta-mata-selepas-kemalangan-mashy-tetap-jaga-penampilan-styling-hijab-tanpa-cermin/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI