Sekitar tahun 90-an, pelakon ini cukup popular dengan bakat lakonan yang semula jadi dan mantap. Namun setelah mendirikan rumah tangga Sharifah Norazleenda seakan menyepi dari dunia seni. Malah beliau banyak tumpukan perhatian pada keluarga. Ternyata banyak perubahan berlaku padanya dan salah satu adalah penampilan beliau yang dilihat sudah berhijab. Selain muat turun foto dirinya berhijab, beliau yang selesa dipanggil Lyn juga turut menyebarkan dakwah kecilnya melalui medium sosial, Instagram. Dan salah satu perkongsiannya adalah mengenai penghijrahan dilakukan.
Dalam posting terbaru itu Lyn muat turun sekeping gambar beserta kapsyen luahan isi hatinya yang baru menyedari segala ujian ditempuhi selama ini adalah kerana Allah menyayangi dirinya.
Tambahnya lagi, beliau memilih untuk mendiamkan diri selama ini adalah untuk mencari dirinya sebagai hamba Allah, mendalami apa itu taqwa dan belajar apa erti kasih sayang sebenar walaupun tiada ikatan perkahwinan.
Sebelum itu dalam satu tembual bersama majalah NONA, Lyn yang terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Robert Malaysia’ hanya kerana wajah seiras pelakon antarabangsa itu mengakui penghijrahannya bermula dari dalam jiwa.
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirka tentang kehidupan. Selain itu saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung kea rah agama. Mungkin itu satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik.
“Selain menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
“Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek. Maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
“Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu saya masih Lyn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
“Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
“Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa sangat tenang.
“Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik dan semoga saya terus istiqomah,” ujarnya yang menambah setiap kesilapan dilakukan itu adalah ‘guru’nya.
Ibu kepada lima orang anak ini juga turut menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Perubahan yang dilakukan oleh Lyn juga turut mendapat sokongan daripada followernya. masing-masing mengharapkan beliau terus kekal istiqomah.
inara_iris Alhamdulillah… Allah bagi hidayah….
lindazamyra Semoga segala urusan dunia & akhirat kita akan dipermudahkan Allah S.W.T. Aamiin …
liz.249 MashaAllah seronok dgr sis diberi nikmat iman dan taqwa…semoga saya juga diberi taufiq dan hidayah yg serupa…ameen
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LYN ALKHAIRED