Lufya Nak Anak Pakai Hijab Lebih Labuh Darinya & Jadi Hafizah Bila Besar Nanti. Alhamdulillah!

Share

Comelnya melihat pelakon dan penyanyi Lufya yang baru-baru ini muat turut foto dia dengan anaknya yang berusia 5 bulan dipakaikan hijab. Walaupun teruk dikecam netizen, tetap niat Lufya adalah untuk menjadikan anaknya itu Hafizah apabila besar nanti.

Menurut Lufya tujuannya memakaikan anaknya hijak sejak kecil lagi supaya nanti tidak kekok untuk sarung tudung lebih labuh dari yang dia sendiri pakai.

Malah niatnya untuk menjadikan anaknya Hafizah bila besar nanti sangat bagus dan baginya tidak salah untuk dia mendedahkan perkara yang baik-baik pada anaknya Haura.

Katanya lagi, bukan lama anaknya itu berhijab, sebaliknya tidak kurang dari 30 minit dan bukannya dipakaikan di bawah terik matahari.

Niat Lufya ini disambut baik followernya yang rata-rata bersetuju dengan tindakan bekas peserta Akademi Fantasia ini memberi pendedahan awal kepada anaknya itu.

Melentur buluh biar dari rebungnya

@annhanani Pendedahan yg bagus..melentur buluh, biarlah dari rebung..bukan dah jadi buluh, bru nk lentur..masa tu dah terlewat. Abaikan suara negatif tu @lufyalaana..cukup Allah tahu niat kita.. Semoga istiqomah dan beroleh kebaikan disisi Allah dan seisi dunia.. semoga @laanahaura menjadi anak yg solehah untuk ibu ayah, hafizah dan srikandi untuk agama & dunia dan semoga@lufyalaana dan keluarga senantiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.. Aminn Allahumma Aminn

Berbaloi didik sejak baby lagi

@nur_amali_na Abaikan kritikan orang. Anak bff amal pn pakai tudung dari baby. Alhamdulillah mmg berbaloi usaha bff amal. So abaikan kata org. Kita yang nak didik anak kita.

@leya_rayyana89 Sy ajar Anak dara sy,seawal 8bulan pakai tudung…alhamdulillah..skrg da 3 thn..nk keluar kalo x pakai tdung,dia x nk kluar..

Jaga anak perempuan bukan mudah

@luya_store Nak jaga anak perempuan bukan mudah akhir zaman sekarang. Saya pon mase aak 8-9 bulan nk ajar pakai tudung, tp mase tu dia reject. Tp alhamdulillah, Allah mudahkan niat kite tu bila saya order je tudung untuk dia, umur 1 tahun dia pakai tak buang2. Saya tunggu dia buang sendiri je tudung tu. Kadang kalo saya buang tudung dia pakai tu, dia mengamuk sebab nak pakai lagi. Sekarang 2 tahun dah, keluar rumah memang pakai tudung. Baju pun ajar yang tutup2 je All the best sis @lufyalaana

in Sha Allah same2 anak kita jadi Hafizah.. Aaminn ya Allah ya Mujib

Besar nanti akan terbiasa pakai hijab

@shera_zhara Bt baik salah..bt jahat salah..ajar ank mcm itu xkena.. Bt mcm ini kat anak pom ada salah. Sebelom nk kritik cara seseorang didik anak dia, lihat dri kita balik lah sejauh mna kita didik ank2 kita.. Adakah sebagus mungkin..dia cma ajar perkara2 yg baik utk anak dia.. InshaAllah bila bsr nanti dia dh terbiasa dgn pkai hijab.. Lgpom dia ad cara tersendiri utk asuh dan didik ank2 dia.. Mog kita pom dpt didik ank kita nanti sebaik mungkin.. IN SHAA ALLAH

Juga ajak anak pakai tudung ketika hantar nursery

@nilla5469 Saya setuju ia amatlah digalakkn. Bila anak kecil sdh dibiasakn atau didedahkn dgn cara didikan islami nti anak akan membesar dgn baik. Saya jg lakukan pd ank kecil sy ktk umurnya brape bln hgga dia nurseri dgn memakaikan nya tudung. Cute kan! Bermain tetap dgn riang dn tdk sdktpn minta dbuka tudungnya walau panas dlm berkejaran dgn sepupu lelaki dn prmpn. Bila sdh baligh maka blh kita mulai terangkan kwajipan utk seorg Muslimah menutup auratnya. Dan dgn ini insyaAllah sampai bila pun anak itu dewasa kelak, tetap akan pertahankan apa yg ia lakukan dri umur kecil. (Dlm menjaga auratnya)

Ajar anak patuhi syariat Islam sejak kecik juga satu pahala

@sulaimashikin Allahu, ajar anak utk patuhi syariat Islam dari kecil pun satu amal pahala juga akk. Anak anak dari kecil lah kene ajar taat perintah Allah supaya besar nnti buat dengan ikhlas, bukan paksa rela. Saya setuju sangat dgn tindakan akak. Nnti bila saya ada anak perempuan pun saya nak ajar dia pakai tudung awal2

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LUFYA

 

 

 

Published by
Siti Zurina