Pintu rezeki sentiasa terbuka untuk setiap hamba-Nya yang sentiasa berdoa dengan melakukan segala suruhannya. Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan untuk memastikan pintu rezeki sentiasa dibuka luas oleh Allah SWT.
Antara amalam-amalan yang boleh dilakukan adalah:
1. Mengerjakan ibadah
Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu
.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah)2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya, lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi SAW :
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas)
3. Tinggalkan Semua Perbuatan Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuatkan hati resah dan gelisah malah akan menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW :
“.. dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa Ingat Pada Allah
Memperbanyakkan ingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambungkan tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda :
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi SAW :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe