Memulakan hari anda dengan bacaan doa merupakan saranan Rasulullah S.A.W untuk menjadikan kehidupan harian kita lebih diberkati. Kadang-kala, kita terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya. 

Tidak mengambil masa yang lama pun, cuma sebentar sahaja untuk kita  berdoa dan meminta kepada-Nya agar segala urusan kita dipermudahkan. Malah, ia juga dapat dijadikan sebagai bekalan pahala di akhirat kelak. Sebenarnya, banyak pilihan doa atau surah yang dapat kita amalkan di pagi hari, yang sudahpun kita tahu ia sebahagian dari sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi, kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada anda dua doa ringkas yang boleh kamu amalkan pada setiap pagi.

“Allahumma bika ashbahna, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyuru.”

Artinya:

Ertinya: Ya Allah, dengan-Mu aku menjalani pagi hari, dengan-Mu aku menjalani hari petang, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati. Hanya kepada-Mu aku kembali.” (HR Abu Dawud, At-Turmudzi, Ibnu Majah).

IKLAN

Selain itu juga, anda juga boleh membaca doa yang sedikit panjang iaitu;

Ashbahnà wa ashbahal mulku lillàhi wal hamdu lillàhi, là ilàha illallàhu wahdah là syarka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alà kulli syai‘in qadr.

Rabbi, as’aluka khaira mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà, wa a‘dzu bika min syarri mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà.

IKLAN

Rabbi, a‘dzu bika minal kasli wa s’il kibari. A‘dzu bika min ‘adzàbin fin nàri wa ‘adzàbin dil qabri

Ertinya:

IKLAN

“Kami dan kuasa-Mu menjalani pagi hari. Segala puji bagi-Mu. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kuasa dan puji. Allah yang menguasai atas segala sesuatu.

Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindungan-Mu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya.

Tuhanku, aku memohon perlindungan-Mu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindungan-Mu dari seksa neraka dan seksa kubur,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar).

Mudah bukan? Janganlah jadikan alasan tiada masa sebagai penghalang untuk kita berdoa meminta perlindungan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Pintalah kepada-Nya dan dekatkan diri kepada-Nya. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah! Selamat beramal!

Sumber gambar: Pilot Guides
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI