Memulakan hari anda dengan bacaan doa merupakan saranan Rasulullah S.A.W untuk menjadikan kehidupan harian kita lebih diberkati. Kadang-kala, kita terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya.
Tidak mengambil masa yang lama pun, cuma sebentar sahaja untuk kitaberdoa dan meminta kepada-Nya agar segala urusan kita dipermudahkan. Malah, ia juga dapat dijadikan sebagai bekalan pahala di akhirat kelak. Sebenarnya, banyak pilihan doa atau surah yang dapat kita amalkan di pagi hari, yang sudahpun kita tahu ia sebahagian dari sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi, kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada anda dua doa ringkas yang boleh kamu amalkan pada setiap pagi.
“Allahumma bika ashbahna, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyuru.”
Artinya:
Ertinya: Ya Allah, dengan-Mu aku menjalani pagi hari, dengan-Mu aku menjalani hari petang, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati. Hanya kepada-Mu aku kembali.” (HR Abu Dawud, At-Turmudzi, Ibnu Majah).
Ads
Selain itu juga, anda juga boleh membaca doa yang sedikit panjang iaitu;
Ashbahnà wa ashbahal mulku lillàhi wal hamdu lillàhi, là ilàha illallàhu wahdah là syarka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alà kulli syai‘in qadr.
Rabbi, as’aluka khaira mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà, wa a‘dzu bika min syarri mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà.
Ads
Rabbi, a‘dzu bika minal kasli wa s’il kibari. A‘dzu bika min ‘adzàbin fin nàri wa ‘adzàbin dil qabri
Ertinya:
Ads
“Kami dan kuasa-Mu menjalani pagi hari. Segala puji bagi-Mu. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kuasa dan puji. Allah yang menguasai atas segala sesuatu.
Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindungan-Mu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya.
Tuhanku, aku memohon perlindungan-Mu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindungan-Mu dari seksa neraka dan seksa kubur,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar).
Mudah bukan? Janganlah jadikan alasan tiada masa sebagai penghalang untuk kita berdoa meminta perlindungan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Pintalah kepada-Nya dan dekatkan diri kepada-Nya. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usahawan tudung terkenal, Mawar Karim sejak bergelar ibu tunggal sering terpalit desas-desus mengatakan dia sudah berkahwin. Bagaimanapun Mawar menepis dakwaan berkenaan adalah tidak benar.
Sehubungan itu, Mawar tidak segan untuk berkongsi apa-apa berita tentang status perkahwinannya abila tiba masa yang sesuai kelak. Tambahan pula, dia akui dirinya bukanlah seorang selebriti dan tidak selesa terlalu berkongsi kisah peribadi di laman sosial.
“Hargai Apa Yang Ada Di Depan Mata…” – Mawar Karim
Apabila disoal bagaimana dirinya ‘move on’ ataupun ‘biarkan perakara yang lalu’ tentang pasangannya sebelum ini. Mawar mengatakan dirinya tidak cukup berpengalaman untuk membincangkan hal itu namun sedikit sebanyak boleh berkongsi sedikit bersama orang ramai.
Bagi usahawan berusia 34 tahun itu, jangan menyesal dengan setiap apa yang terjadi, malah jadikan ia satu iktibar. Dia juga akui Allah SWT ada aturan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Apa yang jadi kita jangan menyesal. Ambil perkara itu sebagai muhasabah diri,
“Jangan juga kita lupa untuk belajar dari apa yang terjadi dan ulangi semula perkara yang sama pada masa akan datang,
“InsyaAllah, Tuhan itu Maha Adil, setiap aturanNya dalam ujian yang di berikan pasti akan membuahkan satu perkara yang ‘baik’ pada masa akan datang.” ujarnya.
Nama Hawa Rizwana Redzuan cukup hangat sekitar tahun 2017 apabila dia diumumkan sebagai Wartawan Penyiaran dan sekaligus menjadi wajah Berita TV9 sebagai penyampai. Dikatakan memiliki iras Neelofa, Hawa sesekali tidak leka dengan populariti dan melakar kerjayanya dengan baik.
Bermula sebagai pelatih industri di Media Prima untuk rancangan Wanita Hari Ini, gadis berusia 27 tahun ini sedikit demi sedikit mendaki tangga populariti dek bakatnya.
Dari Berita TV9 dia diberi mandat untuk menjadi pembaca berita Buletin Utama pula. Bukan itu sahaja,dia turut bergelar pengacara Wanita Hari Ini dan Hello Doktor yang mana kedua-duanya bersiaran di TV3. Kini, dia telah pun diumumkan sebagai pengacara program sensasi, MeleTOP yang baharu.
Setelah sekian lama Neelofa meninggalkan kerusi pengacara, akhirnya kerusi hos tetap telah pun diisi bagi bergandingan bersama Nabil Ahmad. Hawa yang sebelum ini pernah beberapa kali diundang menjadi hos jemputan ternyata membuktikan yang kebolehannya untuk mengemudi rancangan berbentuk hiburan.
Pengumuman tersebut telah dilakukan sebentar tadi menerusi rancangan MeleTOP dan disambut meriah dengan sorakan penonton yang hadir secara langsung di studio. Pengumuman Hawa juga bersempena dengan 10 tahun rancangan tersebut bersiaran.
Sedikit latar pendidikan mengenai Hawa, dia merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA. Walaupun sibuk dengan kerjayanya, dia berjaya menamatkan pengajian sarjananya Mac tahun lalu dan pernah memperoleh keputusan 4.0 dalam salah satu semester pengajian.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita yang mengerjakan umrah pastinya berharap mendapat umrah yang mabrur. Setiap saat sewaktu berada di Tanah Suci Mekah terasa begitu berharga dan seboleh-bolehnya kita mahu menfaatkan dengan sebaiknya untuk mengutip pahala sebanyak yang boleh.
Selain itu, rasa takut untuk melakukan dosa itu menjadi berganda sewaktu berada di sana kerana diri ini terasa begitu dekat dengan Tuhan. Terasa diri ini amatlah terhina dengan dosa-dosa yang sudah tidak mampu ditanggung.
Namun begitu, masih ada juga manusia yang berani mencemarkan kemuliaan kota suci ini dengan menipu dan mencuri secara sembunyi mahupun terang-terangan seolah-olah tidak takut dengan azab yang menanti.
Tidak boleh diambil mudah, para jemaah yang bakal mengerjakan haji atau umrah perlulah mengikuti kisah yang disampaikan ini agar tidak mudah tertipu dengan mereka yang bergelar ‘scammer’ sewaktu berada di sana.
Salam Semua
Hati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN
Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada Scammer, Ada rupanya.. bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja..
CARA KASAR:-
Cara 1.
1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)
Cara 2:-
2. Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang… ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2..
Cara 3:-
3. Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tgk depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.
Cara 4:-
4. Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss… kitaa akan dikerumun oleh "mereka"
Cara 5:-
5. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan… (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus.
CARA HALUS
(Lebih kepada Psychology)
1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)… saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la..
Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa..
saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.
KESAN PADA JEMAAH:-
1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita..
2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa.
3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).
4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling..
5. Murung
Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah.
Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa menyambil kesempatan. Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk… Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka)
Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada… jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report.
Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT…
* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...