Ayana Jihye Moon, mualaf dari Korea yang pernah viral di Malaysia dan juga Indonesia ini sentiasa memukau mata orang yang melihatnya.
Mendapat banyak tawaran menjadi model di Malaysia dan Indonesia khususnya menyebabkan dirinya menjadi perantau di negara orang.
Mula bergelar muslimah pada tahun 2012, Ayana kini teruja apabila satu-satunya adik lelakinya juga berminat untuk memeluk Islam.
Dating dengan adikku. Saya pergi ke sekolahnya hari ini untuk mengambilnya pulang kerana terlalu rindukannya! InsyaAllah dia akan bergelar mualaf tak lama lagi dan akan menyambut Ramadhan pertamanya di Indonesia dan Malaysia. Ini adalah Ramadhan pertama saya dengan keluarga sebenar. InsyaAllah. Saya sayang kamu. Doakan kami!
(Saya puasa, hanya memerhatikannya sahaja).Lihat di mana nama saya. Saya amat bangga menjadi saksi buat adik saya pada hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Alhamdulillah, telah bertambah lagi seorang saudara muslim kita. Moga Ayana dan adiknya kekal istiqomah dan tidak jemu menuntut ilmu baru dalam ajaran Islam. Moga segalanya dipermudahkan. Amin.