Dating dengan adikku. Saya pergi ke sekolahnya hari ini untuk mengambilnya pulang kerana terlalu rindukannya! InsyaAllah dia akan bergelar mualaf tak lama lagi dan akan menyambut Ramadhan pertamanya di Indonesia dan Malaysia. Ini adalah Ramadhan pertama saya dengan keluarga sebenar. InsyaAllah. Saya sayang kamu. Doakan kami! (Saya puasa, hanya memerhatikannya sahaja).
Ads
Alhamdulillah, kini adiknya itu benar-benar telah bergelar saudara baru dalam Islam.
Alhamdulillah, telah bertambah lagi seorang saudara muslim kita. Moga Ayana dan adiknya kekal istiqomah dan tidak jemu menuntut ilmu baru dalam ajaran Islam. Moga segalanya dipermudahkan. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Beberapa tahun lalu kemunculan penyanyi ini begitu fenomena. Maklumlah usia masih muda, tetapi lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai dengan rentak muzik yang lain daripada yang lain. Dia juga ketika itu berjaya beraksi di pentas nyanyian yang lebih berprestij. Najwa Latif mula menceburkan diri di bidang ini sejak usianya 14 tahun. Walaupun sibuk dengan nyanyian, dia tidak pernah melupakan pelajarannya hinggalah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Sejak memasuki pengajian di universiti, Najwa memang memperlahankan aktiviti seninya. Dia lebih banyak memenuhi undangan nyanyian hanya di hujung minggu atau cuti panjang. Justeru namanya agak sedikit tenggelam namun peminat masih tidak lupakan lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang menonjolkan namanya ketika itu.
Dan setelah beberapa tahun menimba ilmu, Ahad lalu dia berjaya bergelar graduan dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) sempena Istiadat Konvokesyen kali kelima di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).
Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, penyanyi ini berkata salah satu impiannya untuk tahun 2017 telah tercapai. Dia turut berkongsi kegembiraaanya itu bersama keluarga dan peminatnya.
Rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah dengan kejayaannya itu walaupun namanya bagaikan sabut sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Malah peminat turut memberi sokongan padu pada Najwa Latif yang memang kita tahu bukan sahaja bijak dalam akademik, tetapi juga cukup berbakat dalam bidang muzik. Malah setiap lagu nyanyian memberi inspirasi kepada generasi muda.
Walaupun sudah memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian), Najwa tetap mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Rupa-rupanya sejak September lalu, dia telahpun meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam jurusan yang sama.
Sebelum itu dia berhasrat untuk menyambung pengajian di United Kingdom, tetapi hasrat terpaksa dilupakan kerana tidak sanggup berpisah dengan ibu tercinta, Zarina Saamah.
Katanya kepada Berita Harian Online, “Saya membatalkan hasrat untuk menyambung pelajaran di UK kerana keluarga. Ibu tidak sedap hati dengan keputusan saya untuk ke sana. Tambahan pula, saya tidak pernah belajar di tempat yang begitu jauh daripada mereka”.
Dia bagaimanapun tidak sesekali kecewa dengan keputusannya itu, malah menurutnya tidak kisah belajar di mana-mana asalkan dapat menuntut ilmu dan menimba pengalaman yang tersendiri.
Admin ucapkan semoga Najwa terus cemerlang dengan pengajiannya dan juga akan meneruskan minatnya dalam dunia muzik. Mungkin ada lagu baru nanti yang lebih memberi inspirasi akan disumbangkan oleh Najwa Latif
Menariknya, dia merupakan satu-satunya pembaca berita melayu dan berhijab di unit tersebut.
Kefasihannya bertutur dalam bahasa mandarin adalah kerana dia mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan cina dari darjah satu hinggalah ke tingkatan enam.
Tular di twitter, ramai yang menyatakan kekaguman terhadap dirinya apabila boleh menguasai pelbagai bahasa dengan baik dan menjadi simbolik terhadap perpaduan rakyat majmuk di Malaysia.
Daripada menunjukkan perbezaan, lebih baik kita serlahkan persamaan yang ada di antara kita
Memang seronokkan rasanya bila dapat menguasai pelbagai bahasa. Banyak juga peluang yang dapat kita terokai apabila kemahiran diri ditingkatkan.
Tiba-tiba sis rasa semangat pulak nak belajar bahasa mandarin dan tamil selepas ini. Jom sama-sama kita masuk kelas bahasa selepas ini?
Mengambil keberkatan Ramadan, pelakon, Elfira Loy mengajak orang ramai membantu keluarga dan individu yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dengan membeli tudung sambil beramal.
Ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia enam bulan melancarkan projek amalnya bermula hari pertama Ramadan. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dengan nama The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.
Koleksi The Maharani Series dilancarkan secara serentak di Indonesia dan Malaysia pada 24 April. Elfira berkata, dia melihat kerjasama yang dijalinkan sebagai satu langkah baik dan sangat bertepatan dengan situasi getir yang melanda seluruh dunia.
“Saya percaya kita boleh memainkan peranan menyumbang pelbagai cara dalam usaha membantu mangsa COVID-19 dan mereka yang berdepan dengan kesukaran hidup, ketika ini.
“Saya mendapat tahu jenama tudung itu sudah menyalurkan bantuan termasuk mengagihkan topeng muka dan sumbangan keperluan lain di Indonesia. Kini, mereka ingin memanjangkan bantuan di Malaysia pula.
“Tidak salah, berkongsi rezeki dalam membantu keluarga yang memerlukan. Kita negara serumpun,” katanya yang menjadi selebriti pertama disunting bekerjasama dengan jenama tudung berpangkalan di negara seberang itu.
Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.
Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.
Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.
“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.
“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.
“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.
Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...