Menzahirkan rasa rindu, anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen,29, telah meluahkan isi hatinya sekali gus turut mendedahkan punca sebenar kemangkatan arwah abangnya, Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang telah pergi menghadap ilahi pada 24 Oktober lalu.
Jelas Putera Mateen, kekandanya itulah yang banyak menghiburkan dan menceriakan kehidupan mereka selama ini.
Tidak pernah ada hari yang membosankan bila Abang Azim ada. Dia suka mengenakan kami, membuat lawak dan tidak pernah terlalu serius dalam hidup.
Gelak tawanya sangat menghiburkan, tidak kiralah ia kelakar atau tidak, kami semua akhirnya akan turut ketawa sekali. Dia semestinya menikmati kehidupan dengan sebaiknya.
Saya melalui zaman kanak-kanak bersama abang saya. Dia mengajar saya banyak perkara dan ia telah menjadikan siapa saya pada hari ini, dan saya sangat bersyukur tentangnya.
“Awal tahun ini, abang saya disahkan mengidap systemic vasculitis yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal dimana antibodi menyerang tisu badannya sendiri.
Pada masa yang sama, dia juga berdepan dengan gangguan bipolar yang membuatkannya sukar untuk melawan penyakit ini.
Akhirnya, abang saya mengalami banyak kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, berpunca daripada sistem autoimun yang membawa kepada kemangkatannya pada pagi 24 Oktober.
Kami ingin berkongsi mengenai semua penyakit ini sebagaimana yang saya tahu inilah yang dimahukan olehnya. Dia sangat mahu memberi kesedaran pada semua.
Saya dan keluarga sangat sedih dan sayangkan dia, namun kami tahu Allah lebih sayangkannya. ‘Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali’.
Terima kasih pada semua di atas ucapan yang diberikan dan juga menjadikan Putera Azim dan keluarga saya dalam ingatan dan doa kalian. Kami okey. Kami hanya rindukan dia sahaja.
Semoga kita bertemu lagi bang. Al Fatihah.
Pada 24 Oktober lalu, putera berusia 38 tahun itu telah mangkat pada jam 10.08 pagi dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja di Brunei selepas waktu Asar.
sumber: instagram @tmski