“Look Stunning, Tak Ketat & Sopan…” – Netizen Puji Sarah Suhairi, Walaupun Dikecam Baju Macam ‘Hanger’

Share

Pentas Anugerah Juara Lagu baru sahaja melabuhka tirainya sambil menyaksikan lagu Haram dendanga Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul juara untuk edisi ke 33. Malam itu juga menyaksikan ramai selebriti hadir memberikan sokongan dan inilah masanya untuk menggayakan busana ciptaan pereka fesyen masing-masing.

Ada yang mendapat pujian dan ada juga yang turut dikritiik. Antaranya penyanyi baru Sarah Suhairi yang dikritik kerana menggayakan busana diibarat “penyangkut baju yang lupa nak dicabut”.

Namun jika dilihat pakaian yang digayakan juara Big Stage ini sebenarnya sangat menutup aurat. Malah bagi Sarah juga enggan melatah dengan kritikan netizen sebaik selesai membuat persembahan di pentas AJL.

Dalam satu tembual bersama Berita Harian, Sarah memberitahu dia tiada masalah walaupun menerima pelbagai reaksi terhadap baju digayakan. Paling penting katanya busana itu selesa dan menutup aurat.

Namun dia tidak menafikan mungkin masyarakat belum bersedia dengan fesyen sedemikian.

Penyanyi kecil molek ini juga tidak menyangka busana yang dipakai rekaan Seth & Luna ini mendapat perhatian meluas memandangkan dia baru pulan dari misi kemanusiaan di Syria.

Dalam pada itu, Sarah juga enggan menyalahkan sesiapa dan rela menerima kecaman berkenaan dengan hati terbuka.

Namun sebenarnya masih ramai lagi netizen yang turut memuji kecantikan busana digayakan Sarah. Masing-masing bersetuju baju digayakan memang menutup aurat.

Look stunning & lengkap sebagai wanita Islam

umairahhhh___ Cantiknya kak sarah suhairi

inunaretiqa @sarahsuhairicantik la awakk

dzuomar To me, you look stunning…lengkap penampilan sebagai wanita islam. 

Baju tak ketat & tak ikut badan, sopan

_bi.ha Ok ler baju ni..tak ketat xikut badan..lebih sopan berbanding artis lain

nrl.ina Netizen tak bersedia lagi dgn design macam ni btw kak sarah you still look beautiful

nurulnajwa_14 Cantikknya kaksarahh

Sementara pereka baju ini Seth & Luna juga turut tidak melatah dengan kritikan netizen pada baju rekaannya. Malah mengucapkan alhamdulillah dengan rakyat Malaysia yang dianggap kreatif dan luas imaginasinya.

“Baju roti tisu, Baju lupa nak buang hanger, plastik sampah, gunung kinabalu dan pelbagai lagi. sesungguhnya kami terhibur dengan setiap daripada ideologi rakyat malaysia. Alhamdulillah rakyat malaysia ternyata kreatif dan luas imaginasinya”.

Apa pun bagi Hijabista busana digayakan Sarah sangat cantik dan memang menutup aurat. Mungkin saiznya agak besar sedikit berbanding Sarah yang bertubuh kecil molek ini.

FOTO KREDIT: INSTAGRAM SARAH SUHAIRI

, SETH & LUNA & RAMZAMODE
Published by
Siti Zurina