Tidak salah untuk memasang impian! Apa kata untuk masa ini anda simpan dahulu duit dan pelan percutian selepas keadaan negara sudah stabil dari Covid-19! Usah bersedih ya sis! Pasti kita semua akan menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini!
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda tempat-tempat menarik yang harus dilawati sekiranya berpeluang nanti! Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin, ada beberapa tempat yang boleh anda pergi bersama dengan yang tersayang! Dah sedia dengan pen dan buku nota, jom kita tengok pilihan tempat menarik yang boleh anda pergi nanti!
1. PERKHEMAHAN MENCABAR DI WADI RUM BEDOIN , JORDAN
Bagi pasangan yang ingin menikmati keindahan alam serta menikmati erti adventure yang sebenar, Wadi Rum Bedoin Camp di Jordan adalah destinasi terbaik untuk mereka merasai kelainan pada bulan madu mereka. Pemandangan bukit bakau serta hamparan padang pasir yang menarik menjadikan destinasi ini amat sesuai untuk aktiviti lasak seperti climbing
dan scrambling. Selain itu , camel tours dan jeep tours juga merupakan salah satu tarikan yang disediakan kepada pasangan kekasih yang ingin melihat seluruh pemandangan dan menikmati kedamaian yang ada di sini.2. MENEROKA HUTAN HUJAN DI VOLCANO RAINFOREST RETREAT, HAWAII
Destinasi percutian “bed & breakfast” ini amat sesuai dengan pasangan kekasih yang mahukan destinasi yang jauh dari kesibukan kota dan juga inginkan ketenangan sepanjang percutian bulan madu anda. Nature and Adventure. Itulah yang dapat digambarkan daripada destinasi percutian ini.Dikelilingi dengan pohon hijau yang segar serta bunyian air terjun yang memecah kesunyian hutan hujan di Hawaii ini , menjanjikan keselesaan pada pasangan kekasih untuk mereka meneroka alam semula jadi ini. Aktiviti hutan seperti hiking sudah pasti menjadikan percutian anda menarik. Ditemani pula dengan binatang liar yang pastinya akan menjadikan perjalanan percutian anda begitu mencabar! Di samping itu juga , ia berdekatan dengan Volcanoes National Park di mana para pengunjung boleh merasai nilai adventure itu sendiri apabila dapat meneroka di kawasan kawah gunung berapi yang aktif itu dengan menaiki kenderaan yang disediakan.
3. EKSPEDISI BELON PANAS DI THE SERENGETI
Lebih daripada 200,000 hidupan liar dari pelbagai spesis meliputi seluruh kawasan ekosistem The Serengeti. Luasnya sehingga 14,763 kilometer persegi ini menjadi tarikan utama setiap pelancong untuk datang ke sini. Bagi pasangan yang gemarkan sesuatu yang wild
dan adventure, destinasi percutian ini sangat sesuai kepada mereka. Seluruh hidupan liar dapat dilihat dari setiap sudut Serengeti National Park dengan menaiki belon panas yang sudah pastinya akan memuaskan mata anda dengan pemandangan yang hebat. Selain itu , anda dapat merasai sendiri kehidupan habitat liar ini di bumi Serengeti. Segalanya live!. Sudah tentu anda akan merasai “extraordinary adventure” apabila berbulan madu di sini.4. BERBASIKAL DI PROVENCE, FRANCE
Paris merupakan negara yang sentiasa menjadi pilihan utama pasangan kekasih untuk berbulan madu. Daripada struktur indah Eiffel Towel hingga ke Lover’s Bridge , ia cukup menggambarkan Paris sebagai kota cinta. Tetapi kali ini , Glam tampil memberi idea yang berlainan daripada kebiasaannya. Biking di tengah kota Provence, France ini sudah pasti dapat melahirkan lagi perasaan romantik pada setiap pasangan. Merasai keharmonian kawasan pendalaman yang dipenuhi dengan bangunan kampung lama, serta dihiasi dengan laluan yang dipenuhi dengan bunga lavender , pasti menyajikan mata anda dengan pemandangan yang indah dah aman. Di samping itu juga , perjalanan berbasikal sejauh 236km itu akan melewati bangunan church lama yang meninggalkan banyak sejarah silam di kawasan ini. Berbasikal di Provence , France ini pasti menjanjikan sesuatu kelainan pada percutian bulan madu anda!
5. MELUNCUR SALJI DI CURAMAN ZERMATT, SWITZERLAND
Aktiviti meluncur salji ini barangkali merupakan aktiviti yang didominasi oleh kaum lelaki. Tetapi , ia akan menjadi lebih menarik jika anda membawa pasangan anda merasai pengalaman meluncur salji bersama. Di Whales in Rututu ini, merangkumi lebih dari 5 gunung yang mempunyai ketinggian yang berlainan sebagai contoh , Klein Matterhorn gunung setinggi 3,883 m dan Monte Rosa setinggi 4,634 m. Selain itu , anda bersama pasangan dapat menikmati rasa sejuk dan melihat pemandangan luas di puncak gunung.
6. PARASAILING DI HAWAII
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti sukan air, parasail di Hawaii merupakan pilihan ideal untuk percutian honeymoon anda. Terbang di udara bersama pasangan serta merasai pemandangan indah di udara serta di laut , pasti menyajikan sesuatu yang cukup indah.