Umum sedia maklum bahawa usahawanita, Noor Neelofa Mohd Noor baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya beberapa hari yang lalu. Seperti kelahiran putera sulungnya, Neelofa dan suaminya, PU Riz sepakat untuk tidak mendedahkan wajah bayi mereka sehingga tibanya waktu yang sesuai kelak.
Bagaimanapun, seperti hantaran yang dilakukan pelakon utama, Suri Hati Mr Pilot itu di laman Instagram miliknya yang berjanji bakal berkongsi nama putera kedua mereka genap pada hari kelahiran ketujuh telah dikotakan.
Lofa Dan PU Riz Pilih Nama Abdullah Abbas Untuk Anak Kedua!
Perkara berkenaan dimaklumkan Lofa sendiri menerusi satu muatnaik hantaran dilaman Instagram miliknya sebentar tadi
“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
Sehingga ada hadith nabi saw bertanya
Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga
Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”
Riwayat al-Bukhari (1149)
Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A
Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas
Ads
Merujuk hadith:
تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)
Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”
Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”
Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).
Ads
Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam
Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulis Neelofa panjang lebar pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Setiap kali keluar rumah, pasti anda akan mengenakan solekan pada wajah agar wajah tampak lebih berseri dan bermaya. Antara perkara yang penting sebelum mula bersolek adalah memakai makeup base. Makeup base berfungsi sebagai penutup pori wajah dan buat wajah tampak mulus. Malah, solekan juga akan kekal lebih lama.
Anda tentu bingung dan keliru untuk memilih ‘makeup ‘base’ yang sesuai dengan kulit wajah anda kan? Kini anda tidak perlu runsing untuk memilih makeup base yang sesuai kerana wanita bernama Azreena Azmi ini telah berkongsi 13 jenis ‘makeup base’ dengan fungsi yang berbeza mengikut keperluan kulit masing-masing. Semua ini boleh didapati di drug stores berhampiran anda.
Kali ni makeup base pula. Mostly makeup base yang jual kat Watsons or any drug store semuanya ada fungsi yang sama iaitu tutup poridan bagi nampak halus. Susah nak cari yang boleh bagi mekap lasting, ada satu dua produk ja. Tapi jangan risau, ampa boleh pakai 2 jenis ‘makeup base’ kat muka.
Semua Ena letak standard 16 jam. Sebab memang semua produk depa letak ‘setengah hari’ tahan. Ada yang kurang daripada itu bergantung pada kulit masing-masing.
First, pakai yang bagi lasting. Second, makeup base yang boleh tutup pores, sapu kat kawasan yang big pores ja.
Kalau untuk kulit kering ada satu dua produk jugak. Sebab kat drug store tak dak juai yang oil-based. Sebab oil-based ni sesuai untuk dry skin. Macam argan oil or any oil. Actually bio-oil pon boleh buat ‘makeup base’. Haaaaa! Tapi untuk kulit kering je la. Yang berminyak tu jangan gatai pi pakai. Nanti lagi nampak berminyak, boleh goreng teloq. Hahahaha
Kalau pores terlalu besaq macam iols memang tak boleh buat apa nak bagi nampak licin. I’m so sorry. Memang akan nampak.
Makeup base ni hampa nak pakai dia saja pon boleh, nak pakai before foundation pun boleh. Ikut la mana satu hampa mau. Janji hampa hepy. Muahahaha.
Harga yang display semuanya NORMAL PRICE kat WATSONS, HIJABISTA kongsi paralink untuk beli atas talian jer. Mudah bukan!
1. Pure Beauty Pink So Blur Cream SPF15
Mesti ramai tertanya-tanya fungsi blur cream ni. Hahaha. Ni pakai last sekali lepas sunblock ataupun step pertama sebelum apply makeup. Boleh dijadikan makeup base atau pakai ni saja. Fungsi untuk tutup pores dan bagi effect muka nampak sihat dan bermaya dan berseri.
Ni fav ena, dah 4 botoi pakai rasanya. Ena pakai yang ni sahaja, lepas tu apply baby powder ja. Dia bagi effect glowing, muka nampak pinkish sebab warna cream dia pink lembut. Tapi tak berminyak pun, sesuai untuk depa yang keja bawah aircond. Sebab yang ni bagi kulit lembab.
Untuk oily skin boleh nak pakai, tapi tak tahan lama. After apply yang ni better pakai loose powder untuk tahan lebih lama.
Texture: light cream (tak heavy) Tahap lasting: 6 jam (bila lebih dari tu kulit ena mula keluaq minyak ?) Untuk semua jenis kulit: Terutamanya dry skin Tak clogged pores Dalam masa yang sama boleh merawat kulit untuk tona lebih sekata. Mereka yang nak kulit ala-ala kpop walaupun muka tak berapa kpop. Hurmm boleh la tuuu.
Haaa yang ni untuk sapa yang suka muka nampak merelit papp papp. Berkilat bagaikan batu permata kat cincin. Iols suka yang macam ni. Nak buat makeup nampak glowing mowing.
Bukan untuk tutup pores. Dia lebih kepada lembabkan kulit. Kalau ada pro makeup kat sini boleh perasan texture dia macam becca backlight priming filter. Cepat absorb. Cepat kering bila apply.
Texture: liquid Boleh clogged pores sbbkan dia punya shimmer, so kena buat deep cleansing Tahap lasting: 16 jam Untuk jenis kulit: all skin types terutamanya dry skin
ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS) : Harga: RM89.00
3. Revlon Photoready Pore Reducing
Yang ni pun ena pakai bila nak buat heavy makeup, or nak attend any function. Sebab ena ada big pores and kulit shining-shining. So, sesuai untuk mereka yang nak makeup nampak matte (kering, no kilat-kilat) . Boleh cover pores. Boleh buat makeup tahan juga. Setakat ni pakai memang puas hati ?
Texture: liquid balm (ala macam balm gamat tu, ha macam tu la texture dia cuma dia cayaq sikit ?) Tahap lasting: 16hours (lama-lama pakai mekap buat apa? Bagi jerawat berkampung kat muka ada la) Boleh clogged pores. So kena buat deep cleanse. Untuk jenis kulit: Sesuai untuk normal to oily skin.
Sesuai untuk mereka yang suka effect cerah. Sebab lepas pakai muka nampak instant cerah (berseri) buat kulit nampak smooth. Boleh cover pores. Kesemua makeup base brand Revlon ni ada fungsi yang sama.
Texture: light balm Tahap lasting: 16hours Boleh clogged pores. Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
Ni ramai orang tau kan. Femes jugak kat luaq negara. Dia tak kering. Boleh cover pores. Buat kulit nampak halus mulus bak kulit bayi. Breathable (kulit masih boleh bernafas), shine-free (tak bagi muka nampak berkilat) and dia ada cherry extracts yang bagus untuk antioxidants (perlindungan dari pencemaran udara)
Texture: liquid balm (light, weightless) Tahap lasting: 16jam Tak clogged pores. Sama jugak kalau pakai lama-lama boleh clogged. Muahahahahaha. Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
Ni produk baru keluaq ja tahun lepas. Hehehe. Dia serap minyak dgn baik. Boleh cover pores. Tak mengeringkan kulit dan tak membuat makeup nampak cakey. So sesuai la untuk all skin types.
Texture: liquid Tahap lasting: lama jugak la, dalam 16 jam jugak la. Standard la bro. Hahahaha Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit tambah-tambah kulit yang berminyak
Yang ni sama ja fungsi dia macam mak dia (base magique) cuma yang ni texture dia lebih pekat sikit. Dia sama macam Benefit Porefessional. Hehehehehehehe. Macam biasa, cover pores dan buat kulit nampak halus mulus.
Tahap lasting: 16hours Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya oily skin. Boleh clogged pores.
Yang ni bukan untuk cover pores. Dia lebih kepada makeup nampak glowing. Sebab dia ada sedikit shimmer. Dia punya tahap kelembapan berpanjangan sampai malam. So sesuai untuk dry skin.
Iols berkenan pulak yang ni. Sebab dia ada banyak fungsi dalam satu tube kecil ni. Boleh control oil, cover pores, siap boleh serap lebihan minyak kat muka. Patut ramai orang beli. Huhuhu. Boleh instant bright lagi. Bagi kulit nampak cerah berseri.
Texture: cream (oil-free) Tahap lasting: 24 jam ? Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types terutamanya oily skin Tak clogged pores.
WATSONS: RM39.90
12. Kate Tokyo Secret Skin CC Base Zero SPF30
Ni produk baru je, siap ada cc lagi (color corrector, sesuai untuk pale skin, muka yang pucat lesu tak bermaya) instant brightening effect. Boleh improve skin complexion. Yang ni dia pink base. Macam biasa boleh cover pores jugak, kurang berminyak.
Texture: cream (non-oily) Tahap lasting: 16jam Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types, Tak clogged pores
WATSONS: RM47.00
13. Peripera Blur Pang!
Yang ni ketiga-tiganya ada fungsi yang sama iaitu boleh mencerahkan kulit. Glowing mowing. Ni antara best selling dalam watsons sebab chinese suka beli. Kulit depa cerah gebu elok la pakai hat ni. Nak kulit ala-ala kpop la katakan boleh la cuba yang ni. Different dia yang peach tu ada SPF30 dan bau peach. Milk pula ada skin care effect, which is boleh mencerahkan kulit. Banana pula ada bau pishangggg.
Texture: light cream (oily sikit je, sbb dia tak bagi kering kulit) Tahap lasting: 10 hours Sesuai duduk bawah aircond sebab dia tak kering Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin.
WATSONS: RM49.59 (satu, bukan tiga-tiga tu tau)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Isu tentang elak campur baju suami dengan anak-anak bila cuci pakaian nampaknya terus diperkatakan. Ramai yang memberikan pendapat masing-masing. Ada yang bersetuju dengan kenyataan itu dan ada yang tidak.
PU Azman terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang isu ini di laman Instagramnya.
Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.
Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.
Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaksa” orang lain buat atas nama agama.
Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama.
Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama. Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab.
Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.
Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami.
Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.
Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.
Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.
Pasti banyak di antara kita baru sedar kewujudan ‘Bijan’ bukan ? Bijan yang tengah popular sekarang di Malaysia semestinya bukanlah ‘bijan’ yang digunakan dalam masakan itu tetapi sebuah jenama fesyen antarabangsa yang dikatakan jenama termewah di dunia. Mari kita lihat beberapa fakta mengenainya yang pasti membuatkan semua terkejut apabila mengetahui mengenai nilai eksklusifnya.
Bijan Pakzad menamakan butik itu sempena dengan namanya selepas berpindah ke Los Angeles pada tahun 1970-an dari Iran. Sejak dibuka pada tahun 1976, ‘House of Bijan’ telah menghasilkan beberapa pakaian, kasut, wangian serta aksesori yang paling mahal di dunia. Kini, anaknya Nicolas Pakzad yang meneruskan legasi perniagaan tersebut.
Butiknya hanya terdapat satu di dunia ini dan terletak di Beverly Hills, California. Di luarnya terdapat sebuah kereta Bugatti Veyron dan di dalamnya dihiasi dengan lukisan bernilai jutaan dolar karya agung Fernando Botero.
Setiap Presiden Amerika dari zaman Ronald Reagan telah menjadi pelanggan butik itu. Hanya Presiden Donald Trump sahaja yang belum berkunjung ke situ.
Butik yang sangat eksklusif. Anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum berkunjung ke situ. Tidak kiralah anda seorang Presiden, bintang filem terkemuka mahupun jutawan, peraturan itu tetap harus dipatuhi.
Selain Presiden Amerika, antara selebriti terkenal yang berkunjung ke situ ialah Pierce Brosnan, Arnold Schwarzenegger, Hugh Hefner dan Putera Rainier dari Monaco.
Tali leher yang dihasilkan di sini dilengkapi dengan nombor siri dan setiap daripadanya dipadankan dengan sehelai sapu tangan khas.
Pengeluaran setiap produk adalah sangat terhad. Setiap satu rekaan hanya mengeluarkan dua bilangan produk paling maksima.
Dikenali degan rekaan mereka yang menggunakan kulit buaya sebagai bahan fabrik utama. Kulit kangaroo dan kashmir juga digunakan dalam penghasilan produk mereka.
Sangat terkenal dalam penghasilan pakaian lelaki (men’s suite).
Nilai yang paling rendah yang seseorang pelanggan laburkan apabila berkunjung ke situ ialah sebanyak 100 ribu USD. Pada suatu ketika, mereka menghasilkan 10 rekaan beg kulit khas untuk isteri- isteri hartawan yang menempah daripada butik mereka.
Nak dapatkan handbag idaman jenama luar negara dengan harga murah? Klik sini untuk ketahui lebih lanjut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...