Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
Artikel berkaitan: Muatnaik Foto Percutian Demi ‘Content’ Hanyalah Pandangan Peribadi Neelofa – “Tak Tuju Kepada Sesiapa”
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sedang hamil anak kedua.
Sumber: Tik Tok Nunha.co
Artikel berkaitan: Neelofa Prihatin Nasib Bayi Terbuang! Laksana Usahasama Dengan Badan Kebajikan ‘Buka Mata’ Masyarakat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI