Listerine adalah antara barang wajib yang perlu ada di dalam tandas. Sebenarnya banyak kegunaan Listerine selain untuk berkumur bagi memastikan mulut dan nafas berbau harum. Ianya juga bagus untuk kegunaan kanak-kanak (pastikan mereka tidak menelannya) untuk berkumur kerana selalunya mereka suka makan makanan yang manis.
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang mungkin anda tidak pernah tahu. Berikut dikongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan.
HILANGKAN BAU KETIAK/BADAN
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak anda. Listerine akan menghilangkan bau ketiak/badan anda dan memberikan bau yang lebih segar. Selepas ini tidaklah lagi rasa kurang keyakinan kerana masalah bau ketiak/badan yang dialami.
HILANGKAN KEGATALAN AKIBAT GIGITAN SERANGGA
Sapukan sedikit Listerine di bahagian yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
MEMBASMI KUMAN PADA MANGKUK TANDAS
Listerine bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas anda. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas anda pun berbau wangi.
MEMBANTU MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukupnya ke dalam mangkuk kecil. Sapu, urut dan usap Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut anda. Lebih jimat daripada anda bayar untuk ‘treatment for scalp’ di salon.
MENGHILANGKAN KUTU DI BULU HAIWAN
Ramai penggemar kucing sering mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Anda boleh campurkan Listerine dengan air dan spray pada bulu kucing anda. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
MEMBERSIHKAN WAJAH YANG BERJERAWAT
Jika anda sudah membeli bermacam-macam jenis pencuci muka mahal tetapi jerawat anda tidak juga hilang, apa kata anda cuba cara ini. Sapukan sedikit ke seluruh wajah setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil itu akan mengecut dan hilang. (tidak sesuai untuk mereka yang memiliki kulit yang sensitif)
MEMBASMI KUMAN DI BERUS GIGI
Anda selalu memberus gigi untuk menghilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang anda gunakan itu pula berkuman? Anda boleh cuba cara ini. Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi anda selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman itu dapat dihapuskan. Barulah anda boleh gunakan betrus gigi tersebut tanpa was-was.
MEMBERSIHKAN SKRIN TV ATAU MONITOR KOMPUTER
Sembur sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan di atas permukaan skrin TV atau monitor komputer anda. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
MENGHILANGKAN BAU BUSUK DI DALAM TONG SAMPAH
Jika anda memang malas hendak memmbasuh tong sampah di rumah dan anda tidak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau busuk tersebut.
MELEGAKAN MASALAH BAU KAKI
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki anda selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki anda berbau busuk dan bercagu itu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Cara ini juga boleh digunakan untuk melegakan kaki yang lenguh
Ini antara beberapa cara lain menggunakan Listerine selain digunakan untuk berkumur. Pendek kata Listerine ini banyak kegunaannya bukan sekadar untuk berkumur mewangikan mulut sahaja tetapi turut boleh digunakan untuk membersihkan rumah dan sebagainya.
HIJABISTA: Bagi anda yang ingin mencuba Listerine pada kulit muka, pastikan kulit wajah anda bukan jenis yang sensitif.
Sumber kredit: Shairy Hanapiah via Cara Hias Ruang Dapur