Jerawat sebenarnya disebabkan oleh bakteria P. acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kulit manusia. Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat. Maka sebab itulah jerawat perlu dirawat dengan produk yang tepat, sesuai dengan jenis kulit dan masalah yang dihadapi kerana masalah jerawat pada kulit wajah tidak boleh selesai dengan sendirinya tanpa sebarang perawatan.
Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di kawasan muka atau leher. Lebih 85 peratus dewasa dan remaja berusia 12 hingga 25 tahun di seluruh dunia mengalami masalah parut jerawat pada wajah dan leher.
Kajian dijalankan mendapati, 31 peratus mengalami parut kerana kerosakan tisu dalaman selain pembentukan tanda hitam, bintik merah dan parut.
Berikut dikongsikan (perkongsian di Facebook Kak Dee) serba sedikit tentang produk yang dipakai untuk menghilangkan jerawat dan parut hitam. Semua produk ini boleh dibeli di drugstore kecuali suplemen.
LANGKAH 1: Sebelum cuci muka dhijah akan remove make up/ kotoran kat muka dengan garnier micellar cleansing water sebab yang ni memang sangat sangat efektik hilangkan kotoran. Harga pun murah, rm9.90 untuk yang kecil untuk 1-2 bulan pakai dan bawah rm19.90 untuk yang besar untuk 5-6 bulan pakai. Bila gunakan ni uolls kena apply dengan kapas.
LANGKAH 2: Kalau pencuci muka dhijah akan gunakan cetaphil sebab sangat sangat selamat and disarankan oleh doktor pakar kulit. Bila pakai cetaphil kulit jadi lembut dan bersih je. Harga satu ni bawah RM25.00 dan boleh tahan sampai 2-3 bulan.
LANGKAH 3: Dhijah akan gunakan scrub green tea scrub jenama st ives sebab produk ni sangat best bila pakai. Seminggu boleh pakai 3 kali ja, harga rm18 untuk 6-7 bulan. Jimat kan? Kesan dia pulak blackhead jadi kurang and hilangkan jerawat.
LANGKAH 4: Dhijah akan gunakan toner jenama aiken sebab yang ni buatkan muka rasa segar, boleh lindungi muka daripada panahan matahari dan boleh kawal minyak kat muka. Yang ni dhijah paling suka sebab harga dia rm5.90 ja tapi kesan dia efektif sangat. Satu botol ni tahan 2-3 bulan.
LANGKAH 5: Dhijah akan gunakan daily lotion jenama aiken sebab daily lotion dia elok. Bila pakai daily lotion aiken muka akan rasa selembut baby and produk ni sangat bagus untuk muka berjerawat, sangat sangat rekomen, harga RM12 untuk 2-3 bulan.
LANGKAH 6: Dhijah akan pakai sunblock jenama biore perfect moisturising milk sebab dia ada spf 50 and texture dia sangat best weh, satu ni rm16 untuk 3-4 bulan.
LANGKAH 7: yang ni pakai malam malam tau, bila jerawat besaq gedabak tumbuh kat muka, dhijah akan gunakan tea tree oil jenama aiken sebab dalam masa 2-3 hari jerawat akan kecut dan totally hilang weh, serious tak tipu, tea tree oil ni rm12 tapi boleh la tahan 1-2 bulan.
LANGKAH 8: garden of eden rosa t triple action acne serum ni dhijah apply kat parut hitam dan ia sangat berhasil, dalam 5-7 hari parut hitam start pudar, tapi kena rajin pakai tiap tiap malam, satu botol ni boleh la bertahan untuk 2-3 minggu, harga RM40.
Untuk suplemen saya amalkan Dr Pure Vita C sebab ia bagus untuk memperbaiki kulit wajah, putihkan kulit dan bantu hilangkan jerawat. Untuk rutin lain, selepas bangun tidur, sebelum mandi, amalkan minum air masak 2 hingga 3 gelas. Kulit wajah akan rasa fresh sahaja. Selain itu amalkan minum air yang cukup 2 hingga 3 liter sehari dan hasilnya jerawat pada kulit wajah semakin berkurangan.
Tidak dapat dinafikan masalah jerawat dan parut jerawat jika tidak dirawat sehingga sembuh akan membuatkan keyakinan diri seseorang itu ‘jatuh merudum.’ Semoga dengan perkongsian gadis ini dapat membantu anda untuk mengembalikan semula seri wajah anda.
Sumber kredit: Kak Dee dan Harian Metro