Parut tidak kira disebabkan masalah jerawat, kecederaan, luka pembedahan dan lain-lain tentunya membuatkan seseorang itu berasa rendah diri. Ada individu yang terpaksa berdepan dengan masalah parut jerawat yang teruk.
Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di bahagian wajah. Keadaan ini sekali gus mempengaruhi semangat dan keyakinan diri seseorang individu.
Parut perlu dirawat kerana ia tidak boleh pudar dan hilang sendiri. Oleh itu anda perlu memilih produk yang sesuai bagi merawat jenis parut yang anda alami. Berikut dikongsikan beberapa jenis krim untuk merawat parut yang disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya parut jerawat, chicken pox, parut pembedahan dan sebagainya.
SKINLABS Vitamin E Cream
Bertekstur lembut, krim ini sesuai untuk jenis kulit kering dan sensitif. Krim ini membantu melembapkan kulit sepanjang hari serta dapat mengekalkan hidrasi pada kulit sepanjang hari. Krim ini juga sesuai digunakan untuk mengurangkan penampilan parut, regangan kulit (stretch marks), menghalang masalah kekeringan, merekah dan kerosakan kulit.
Mengandungi 10,000iu Vitamin E berkonsentrasi tinggi, formulasi ini mampu melindungi kulit daripada radikal bebas. Krim ini juga mampu melindungi anda daripada terdedah kepada sinaran UV. KLIK SINI UNTUK BELI
Mederma Proactive Gel
Tidak menyebabkan kulit mengalami iritasi atau kerengsaan, krim ini sesuai untuk merawat parut akibat luka, terbakar, bersalin dan lain-lain lagi. Kesannya boleh dilihat hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. KLIK SINI UNTUK BELI
Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil
Cosmoderm Vitamin E Cream merupakan krim yang mampu memudarkan kedut, garis halus dan bekas luka sambil menegangkan kulit. Ramuan khas campuran minyak vitamin E pula mampu untuk merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat dengan lebih cepat. Sesuai digunakan untuk kulit kombinasi, biasa dan berminyak, krim ini mudah didapati di semua farmasi. KLIK SINI UNTUK BELI
ROSKEN Skin Repair High Potency Vitamin E Cream
Bagi anda yang sedang tercari-cari produk untuk merawat parut akibat chicken pox atau cacar air, krim ini sangat sesuai untuk anda. Ia membantu untuk menutup kesan parut akibat chicken pox. Selain sangat berkesan untuk menghilangkan parut, krim ini juga amat membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel untuk parut, tanda regangan dan kecacatan kulit. Sesuai untuk digunakan mereka yang mengalami masalah kulit yang sensitif dan kering.
Paling penting krim ini tidak akan menyebabkan kulit mengalami iritasi. Diperkaya dengan emolien yang dirumus dengan Vitamin E berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Shea dan Cocoa Butter, krim ini dapat menghalang proses penuaan pada kulit. Ia juga memudarkan kedutan dan garis halus yang muncul pada permukaan kulit wajah. KLIK SINI UNTUK BELI
DERMATIX Advanced Scar Formula
Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberi faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit. Mereka yang mengalami parut jenis hyperthropic dan keloid, juga sesuai menggunakan krim ini kerana ia membantu mengurangkan kesan cela parut tersebut. KLIK SINI UNTUK BELI
SHISEIDO White Lucent Multibright Night Cream
Berfungsi untuk merawat kulit secara intensif, krim ini membantu mencerahkan kulit wajah sambil mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat pada kulit wajah. Teknologi teknik Sakura Resistnya pula dapat menghapuskan masalah kulit kusam dan tidak bermaya.
Sesuai diaplikasikan pada kulit wajah, krim ini mengandungi bahan aktif yang dapat membaikpulih kulit ketika anda sedang tidur. Bagi mendapatkan kesan yang maksismum, gunakan krim ini secara konsisten. Krim ini juga pilihan yang tepat bagi mengatasi masalah kulit kering dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. KLIK SINI UNTUK BELI
HIJABISTA: Parut jerawat memang sukar dihilangkan malah memerlukan waktu yang cukup lama untuk mengurangkan serta menghilangkan kesannya. Oleh itu anda perlu bersabar merawat parut jerawat yang dialami. Paling penting gunakan produk yang sesuai agar kesannya seperti yang diinginkan.
Sumber kredit: Productnation Top image: Photo by Anna Nekrashevich from Pexels