Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli, Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya, Datin Lisa Surihani kerana telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu seorang bayi lelaki pada ulang tahun kelahiran Yusry yang ke-48.
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Yusry sendiri di laman instagramnya dan turut memaklumkan Lisa dan bayi kini berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.”
“What a birthday present. Welcome to the world Junior!”
Wah, bertambah meriahlah keluarga Yusry dan Lisa selepas ini! Untuk makluman semua, mereka telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kucing Jalanan ‘Menangis’ Saat Diberi Makan, Buat Netizen Sebak!
Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai. Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kepada semua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Buat pencinta haiwan, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah.
Tapi berbeza buat haiwan yang tidak bertuan, pasti susah untuk mencari makanan sendiri; selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.
“Menangis dia dapat makanan”
Seperti yang tular baru-baru ini laman Tiktok oleh @MissApplePie, yang sempat merakam momen dia memangku seekor kucing jalanan makan di atas meja. Video tersebut kini telah meraih lebih 268.3K jumlah tontonan dan 45.9K kesukaan.
@cikapplepie Menangis die dapat makan 🥲🤍 #kucingjalanan #kucingtiktok #fyp ♬ Hijrah Cinta – Amsyarleee
Wanita tersebut telah memberikan makanan ‘wet food’ yang dilapik dengan tisu di atas meja makan kepada seekor kucing jalanan yang sedang kelaparan tersebut.
Namun, apa yang membuat netizen terharu adalah reaksi kucing tersebut. Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.
Reaksi serta raut wajah ‘si bulus’ yang tiba-tiba mengalirkan air mata tersebut seolah-olah bersyukur dengan pemberian sambil dilihat perlahan-lahan menjamah dan menikmati makanan itu.
Artikel Berkaitan: Si ‘Bulus’ Memberi Keceriaan dan Kurangkan Serangan Jantung
“Terima kasih orang baik…”
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut sedih dan rasa simpati melihat raut wajah kucing tersebut. Bahkan, mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.
“Kita tak akan pernah tahu apa yg dia mengadu & memohon doa kpd Allah. Sesungguhnya haiwan juga berzikir & berdoa dgn caranya sendiri. Terima kasih org baik2.”
“Allah…air mata rasa syukur dia dapat makanan. Kesiannya…semoga awak murah rezeki..sbb dah bagi meooww makan…Aamiin”
“Terima kasih org baik.. semoga Allah permudahkan segala urusan awk..dan awk diberi rezeki seperti air sungai yg mengalir”
“Aku tak boleh tengok macam ni.. sedih.. tak sampai hati.. kadang terfikir macam mana dia hidup dengan manusia yang kejam yang kadang2 tendang2 dia”
“Allahu comelnya awak sayang.. Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang baik untuk jumpa and jaga awak sayang”
Artikel Berkaitan: Kucing & Segala Haiwan Yang Kita Pelihara Boleh Jadi ‘Mesin Pahala,’ Jangan Zalimi Makhluk Allah Ini
Menerusi hantaran TikTok yang lain, wanita tersebut dilihat telah membawa kucing jalanan tersebut pulang dan memeliharanya. Bukan itu sahaja, dia sempat memberikannya nama baru iaitu Muezza.
Sumber info dan gambar: Tiktok @MissApplePie
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘I Will Do Anything Just To Make You Happy’- Ini Cara Elfira Loy Raikan Teman Baiknya, Bella Dally
Teman baik itu sukar dicari. Kawan yang hadir waktu senang itu banyak tapi yang ada tatkala waktu susah itu sedikit bilangannya. Sebab itulah kita perlu hargai sahabat sejati ini dengan sebaiknya.
Seperti pelakon popular, Elfira Loy, dia telah menunjukkan penghargaan terhadap rakan baiknya iaitu Bella Dally melalui kejutan khas untuknya yang bakal bergelar ratu sehari tidak lama lagi.
Sweetnya El!
View this post on InstagramA post shared by 25 | ?? | Married lol (@elfiraloy) on
Luah El buat sahabat baiknya…
Saya akan lakukan apa sahaja untuk buat awak gembira. Harap awak sukakan kejutan kecil yang telah saya aturkan itu semalam. Termasuklah spa!
Doakan yang terbaik untuknya, harap segalanya berjalan lancar hingga hari itu tiba! Tidak sabar untuk melihat awak di hari istimewa nanti.
Bella juga tidak lupa menunjukkan penghargaan terhadap usaha El itu melalui gambar yang dimuat naik di laman instagramnya.
Elfira selalu memberikan usaha yang gigih dalam meraikan sesuatu sejak dari dahulu lagi. Terima kasih untuk hadiah spa dan juga makan malam. Sayang kamu.
Alahai manisnya El ni! Teringat zaman mereka berdua waktu berlakon bersama dalam drama Qalesya dulu. Moga ikatan persahabatan ini terus kekal sampai bila-bila ya!
kredit: instagram @elfiraloy @belladally
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pulanglah Acap”-Netizen Turut Menangis Melihat Penantian Ibu Ashraf Menunggu Kepulangannya
Misteri kehilangan pemuda bernama Mohammad Ashraf Hassan,29, atau lebih dikenali sebagai Acap memang menjadi tumpuan ramai. Seluruh rakyat Malaysia juga turut terkesan dengan kejadian ini dan berharap dirinya akan segera ditemui.
Usaha mencarinya sedang giat diteruskan. Namun, sebuah video yang menunjukkan ibunya sedang menjerit mengharapkan kepulangannya sewaktu mencari buat semua netizen yang melihatnya sebak. Sememangnya kasih ibu itu tiada tandingannya.
“Pulanglah Acap…”
Acap.. Balik Cap.. Mak Kat Sini!! ??
Ya ALLAH, Semoga Ashraf dalam keadaan baik-baik dan berjaya ditemui.
Mari sama sama kita doakan! pic.twitter.com/Sqm8tM5WFY
— 999 Malaysia ?? (@999Malaysia) March 31, 2019
Rata-rata netizen yang memberi komen mengenai video itu turut mengakui berasa sebak hingga mengalirkan air mata kerana dapat memahami perasaan ibunya itu.
kredit: twitter @999Malaysia
Ya Allah, jika kita yang melihatnya sudah berasa sedih apatah lagi perasaan ibunya yang mengandungkannya. Moga Acap akan segera ditemui dalam keadaan selamat. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI