Lisa Surihani Kongsi Video Tutorial Pakai Tudung Bawal, Bentuk ‘Kejadiannya’ Cantik Terletak

Share

Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan tentang penampilan berhijab, Lisa Surihani. Raut wajah yang jelita memberi kelebihan kepada pelakon itu membentuk gaya tudungnya.

Sesuai dengan imej berhijab, gaya yang ditampilkan tidak keterlaluan, pilihan baju pun longgar namun masih nampak ‘fesyen’ dan moden. Solekan juga sangat tipis memandangkan Lisa sendiri punya kulit yang cantik dan sihat.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah gaya hijab bawal yang digayakan oleh Lisa nampak begitu cantik ‘terletak.’ Memang nampak sesuai sangat dengan bentuk wajahnya.

Tidak dapat dinafikan ramai hijabi menjadikan tudung bawal sebagai tudung kegemaran mereka untuk tampil setiap hari meskipun terdapat lambakan fesyen tudung di pasaran.

Terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran baik dari jenis cotton, satin, sutera dan sebagainya. Apa yang pasti, tudung bawal digemari dan disukai ramai kerana sangat praktikal untuk digayakan baik untuk ke tempat kerja ataupun dipakai ke mana sahaja.

Berikut video tutorial yang dikongsikan oleh Lisa Surihani.

Dikongsikan juga pelbagai gaya hijab bawal yang sering digayakan oleh Lisa Surihani.

Kemas sahaja gaya tudung bawal yang digayakan Lisa Surihani.

 

Bawal bercorak, pun tetap sesuai digayakan oleh Lisa Surihani.

 

Pandai pilih warna yang sesuai.

 

Alahai manisnya Lisa Surihani dengan gaya ini.

Sumber kredit: Lisa Surihani Mohamed dan Rico Rinaldi

Published by
Norhasliza