Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan tentang penampilan berhijab, Lisa Surihani. Raut wajah yang jelita memberi kelebihan kepada pelakon itu membentuk gaya tudungnya.
Sesuai dengan imej berhijab, gaya yang ditampilkan tidak keterlaluan, pilihan baju pun longgar namun masih nampak ‘fesyen’ dan moden. Solekan juga sangat tipis memandangkan Lisa sendiri punya kulit yang cantik dan sihat.
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah gaya hijab bawal yang digayakan oleh Lisa nampak begitu cantik ‘terletak.’ Memang nampak sesuai sangat dengan bentuk wajahnya.
Tidak dapat dinafikan ramai hijabi menjadikan tudung bawal sebagai tudung kegemaran mereka untuk tampil setiap hari meskipun terdapat lambakan fesyen tudung di pasaran.
Terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran baik dari jenis cotton, satin, sutera dan sebagainya. Apa yang pasti, tudung bawal digemari dan disukai ramai kerana sangat praktikal untuk digayakan baik untuk ke tempat kerja ataupun dipakai ke mana sahaja.
Berikut video tutorial yang dikongsikan oleh Lisa Surihani.
Dikongsikan juga pelbagai gaya hijab bawal yang sering digayakan oleh Lisa Surihani.
Sumber kredit: Lisa Surihani Mohamed dan Rico Rinaldi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tetap Jaga Batas Pergaulan Mira Filzah & Adiknya Pilih Jurulatih Wanita Kemudi Terjunan Udara Yang Dibuat
Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga baru-baru ini. Dan nampaknya pelakon serta pengacara popular Mira Filzah tidak duduk diam, sebaliknya terbang pula bercuti ke Sydney Australia.
Percutian kali ini menjadi lebih bermakna kerana Mira Filzah berpeluang melakukan aktiviti lasak iaitu terjunan udara (skydiving) di sana.
Mira telah muat turun video dia melakukan aktiviti itu di laman instagramnya dengan menunjukkan rasa gembira kerana berjaya membuat terjunan dari 15,000 kaki langit Sydney, Australia dan merasai 60 saat terjun bebas.
Dia juga memberitahu ini adalah pengalaman terbaik pernah diterokai dan akan banyak lagi penerokaan lain selepas ini. Malah pelakon comel ini juga untuk menulis tanda pagar untuk mengambil lesen menyelam pula.
Kali ini Mira tidak keseorangan melakukan terjunan berkenaan, sebaliknya turut ditemani adiknya, Aina Fadhilah yang juga melakukan aktiviti berkenaan.
Ternyata walaupun Mira dan adiknya nampak berwajah penuh kelembutan, tetapi kedua-duanya berjaya melakukan sukan ekstrem ini.
Namun yang paling mencuri tumpuan selain terjunan Mira itu adalah kecantikan adiknya, yang terserlah kelembutan di wajahnya dan manis seperti kakak tersayang.
View this post on Instagram
I’m glad we did it baby! ❤️ 15,000 ft tandem skydive!
A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on
Mira yang turut muat turut dua foto bersama adiknya itu sehingga mendapat pujian netizen.
Netizen bukan sahaja memuji hubungan mesra dan rapat yang terjalin antara dua beradik ini, tetapi juga keberanian mereka kerana berjaya melakukan aktiviti ekstrem bersama.
wadi_nasution salute…nmpak je lembut wataknya…tp aty nye berani bak gergasi…
rozainah90 macam kembar
nonisndzrh Cutest siblings
mira_natashaaa Adik mira cute gilerrr haha
hellothere936 Y so cute both of you
liyana_natawa02 so beautiful your adik bradik @mfmirafilzah
Pelakon Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan ini juga turut dipuji kerana menjaga batas pergaulan apabila memilih jurulatih wanita untuk bersama mengemudi terjunannya di udara.
Hijabista ucapkan syabas buat Mira dan adiknya. So hijabi di luar sana, walaupun bertudung, tetapi anda juga boleh dan berani untuk melakukan aktiviti lasak ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uyaina Kongsi Mesej Positif, Ingatkan Netizen 3 Perkara Penting Dalam Hidup. Salah Satunya Bab Kesihatan!
Agak menggemparkan juga, baru-baru ini apabila pengacara Pesona Pengantin, Uyaina Arshad, 27 tahun dikhabarkan sah penghidap sakit jantung. Setelah berehat dalam tempoh ditetapkan, dia dilihat sudah kembali bekerja.
Malah tetap positif meneruskan kehidupan dan urusan kerja seperti biasa. Dalam posting terbarunya, di laman Instagram Uyaina menitipkan pesanan positif kepada followernya.
Menurut Uyaina, ada tiga perkara penting dalam hidup kita. Pertama adalah kebahagiaan, kedua kesihatan dan ketiga adalah menikmati setiap detik penuh bermakna.
Perkongsiannya itu mendapat lebih 16 ribu butang like dan ramai juga turut memberi komen positif.
Sebelum itu perkongsiannya juga turut menyentuh hati apabila memberitahu bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya.
Ramai juga yang mendoakan kesihatan Uyaina agar dapat sembuh dari segala sakit yang dihadapinya.
Sebelum ini media melaporkan Uyaina disahkan mengalami penyakit Supraventricular tachycardia (SVT) dan heart valve. Dia disahkan penghidap kompilasi jantung setelah membuat pemeriksaan doktor apabila jatuh pengsan di rumahnya.
Menurut Uyaina yang juga aktif berlakon ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali.
“Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembedahan.
“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya sambil memberitahu arwah datuk sebelah mak meninggal disebabkan penyakit jantung.
Artikel Berkaitan: Uyaina Menangis Tak Percaya Dirinya Hidap Sakit Jantung
KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Cara Solat Yang Sempurna, Neelofa Anjurkan Majlis Kerohanian Sempena Usia 30 Tahun
Isi Kandungan
TogglePada 10 Februari 2019 iaitu hari esok, genaplah usia selebriti popular iaitu Neelofa yang ke 30 tahun. Mempunyai caranya yang tersendiri bagi meraikan hari jadinya itu, netizen memujinya kerana dia telah memilih untuk menyambutnya dengan mengadakan majlis kerohanian.
Menurut Kosmo, majlis yang diberi nama Light and Love Saturdate itu diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, Petaling Jaya, Selangor dan dikelokakan oleh Imam Muda Asyraf bagi memberi tumpuan dan penerangan lebih lanjut mengenai cara mengerjakan solat dengan lebih sempurna.
Rakan artis iaitu Heliza Hemi juga turut hadir pada majlis berkenaan.
Bersyukur ramai yang berminat untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Neelofa ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya apabila usahanya itu mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.
“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Bukan acara pertama yang diadakan…
Selain kelas teori, aturcara majlis turut merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul.
Tambah menarik, heroin drama Red Velvet itu juga melakukan demonstrasi solat dengan cara bacaan dalam bahasa Melayu.
Mengulas mengenai demonstrasi maksud bacaan solat, Neelofa menegaskan, bacaan dalam solat perlu dilunaskan dalam bahasa Arab.
“Penggunaan bahasa Melayu pada sesi demonstrasi bertujuan untuk pemahaman sahaja.
“Bacaan solat sebenar wajib dalam bahasa Arab,” katanya lagi.
Light And Love Saturdate bukanlah acara keagamaan pertama yang dianjurkan oleh pihak Neelofa. Sebelum ini mereka juga aktif menganjurkan beberapa kelas berbentuk kerohanian.
kredit : kosmo! , Instagram @neelofa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI