Umum mengetahui pelakon Lisa Surihani baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Selebriti cantik ini berada di Tanah Suci selepas hari raya pertama lagi bersama keluarga tercinta. Dan siapa sangka, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, kelibat Lisa kelihatan sudah memakai hijab. Ini dapat dilihat dari Instagram pelakon ini ketika menghadiri satu majlis.
Biarpun tidak ada kenyataan balas dari Lisa Surihani, tetapi ramai yang mengucapkan tahniah termasuk rakan-rakan artis yang gembira dengan penghijrahan Lisa.
View this post on Instagram
Penampilan terbaru @lisasurihani yang kini sudah pun berhijab…Alhamdulillah… #indahdihati
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Membaca komen di laman Instagramnya, ramai yang suka dengan penampilan terbaru Lisa. Dia kelihatan lebih muda dan gayanya seperti gadis remaja apabila mengenakan hijab yang dililit ringkas.
Dalam pada itu, dalam Instagram teman baiknya, Intan Ladyana juga ada muat turun foto Lisa berhijab ketika mereka bertemu dalam satu majlis.
Ada yang mengatakan wajah Lisa sangat cantik bila berhijab, seperti wanita Arab bila berhijab.
signorina.luglio Lisa muka Arab bila berhijab
nuraliya_binti_abdullah Sy ingat pompuan arab mna tadi.m lawa awk
Lawa dan sangat sweet
nadiachandarus Babe lawa gila la you pakai tudung. MashaAllah so so so sweet
dayahbakar Kak lisa cantik sangat sangat sangat sangat Masha Allah
indahruhaila cantikkknya… mashaAllah
ashraffzainal You are sooo beautiful… Cantik sungguh
Balik umrah terus berhijab, umrah mabrur
ummfateh79 lepas balik Dr umrah terus berhijab.. umrah mabrur.. May Allah swt ease everything for you dear.. Alhamdulillah
Semoga terus istiqamah
shamin_shafii MashaAllah cantiknyeee semoge terus istiqomah
azriena_niazmanross Semoga terus istiqamah
shukranazimm Another reason why i love you. May Allah bless u always kak lisa semoga istiqamah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LISA SURIHANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubat Kerinduan Hijabi, Kafe Baharu Suasana Paris Ini Pertaruhkan Menu Ala Perancis. Menarik!
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Gabungan duo beradik mulakan perniagaan
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Peluang terbuka
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Menu terbaik hidangan ala Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Istimewa Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sungguh Cantik Ciptaan Allah” – Puji Netizen Lihat #OOTD Raya Anak Dara Abby Abadi Yang Santun Berbaju Kurung & Hijab Bawal!
Tak dinafikan ramai kaum Adam yang jatuh hati melihat kecantikan anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi. Dengan senyuman manis menawan serta gaya cukup santun menyerlahkan penampilan dirinya sebagai seorang hijabi yang begitu menjaga auratnya. Walaupun bersekolah di sebuah Maahad Tahfiz, tetapi seperti remaja lain Marissa Dania Hakim juga turut gemar muat turun foto di laman sosial. Terbaru, dia telah memuat turut #OOTD sepanjang Syawal lalu.
Biarpun sekadar tampil berbaju kurung moden dengan hijab bawal dililit ringkas tetap menyerlahkan gaya Marissa sepanjang Syawal ini.
Untuk tahun ini, dia dan adiknya, mengambil kesempatan menyambut Syawal pertama di rumah bapanya, Norman Hakim di Kuantan dan kemudiannya menyambung silaturrahim raya ke Kelantan bersama Abby Abadi dan suami.
Repost from @jaiezzany @TopRankRepost #TopRankRepost Jalan2 Raya Ke 3… Di Kelantan . @abby_abadi112
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Walaupun tanpa kehadiran abang sulung, Danish yang kini melanjutkan pelajar ke Turki, namun sambutan raya tetap disambut secara meriah oleh keluarga besar ini.
Marissa memuat naik #OOTD dari sambutan Syawal pertama hinggalah Syawal ke lima dengan gaya cukup sederhana tetapi menarik.
Malah ramai netizen juga memuji kecantikan anak dara Abby Abadi yang kini melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz di Negeri Sembilan.
wardahsaffiyyah Alaa manis nya dia
@_rainbowmilkshake Allahu cantiknya
@theezzaty_ Comelnya senyuman awak
@haikal_wiyy Sungguh cantik ciptaan allah….
Tidak kurang juga ada yang turut mengusik dengan memberi kapsyen sedikit lucu.
@cik_amyy Mana laki x cair tgk muka awk dik….ayu sgt
@frhn.hadi too pretty to watch
@luqman_q9 Indah nya jodoh
@mikhailhaikal._@akmal.hdi Nah future wife awok
Ayuh kita lihat #OOTD dari raya pertama hinggalah raya keenam yang digayakan oleh Marissa.
#1. Coklat cair pilihan rona sedondon dengan bawal dililit ringkar di hari raya pertama
#2. Kurung jalur menegak motif flora untuk #OOTD raya kedua
#3. Pilihan kebaya rona pink dan hijab rona kontra digayakan juga pada raya kedua
#4. Tampil anggun dengan kurung moden rekaan bertingkat padanan hijab rona sedikit gelap
#5. Sungguh ayu kurung motif bunga besar untuk gaya raya kelima di Kelantan
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MARISSA DANIA HAKIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Perlu Tahu Cara Penjagaan Bra Yang Betul Supaya Tahan Lama. Salah Satunya Cuci Dengan Tangan Dan No.8 Boleh Tambah Koleksi Tahun Baru
Bra merupakan antara benda yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi kerana ia dipakai setiap hari. Bra memiliki pelbagai jenis serta bentuk yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.
Apa yang penting adalah cara penjagaan yang betul perlu dipraktikkan supaya bra tahan lebih lama. Hijabista berikan anda 7 tip penting yang boleh anda cuba.
1. Tukar Dengan Kerap
Anda pasti ada bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda akan kerap menggunakan bra yang sama kerana selesa memakainya. Tetapi, anda juga perlu memakai bra yang lain untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti!
2. Cuci Dengan Tangan
Mencuci dengan tangan dapat menjamin kebersihan kerana tangan anda boleh membersih pada seluruh sudut. Selain itu, cuci menggunakan tangan juga bagus kerana ia dapat menjaga struktur dan keanjalan bra tersebut.
3. Gunakan Laundry Bag
Sekiranya anda cuci menggunakan mesin basuh, sebaiknya gunakan laundry bag agar bra tidak rosak.
4. Jangan Gunakan Peluntur
Jangan sesekali gunakan peluntur ketika mencuci bra kerana peluntur akan merosakkan tali dan juga kain bra.
5. Cuci Dengan Air Sejuk
Mencuci dengan air sejuk dapat menjaga struktur bra anda. Jadi, jangan sesekali menggunakan air panas atau suam untuk mencuci bra ya.
6. Jemur Di Bawah Matahari
Jangan keringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Tali bra juga akan rosak dengan cepat. Sebaiknya, gantung dan jemur di bawah matahari.
7. Simpan Dengan Betul
Jangan simpan bra bersama dengan baju anda. Sebaiknya, simpan di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi.
8. Tambah Koleksi Tahun Baru
Hey hijabis, masanya untuk menyerlah bentuk anggun dan bersedialah untuk meraikan ulangtahun ke-30 jenama pakaian intim kegemaran Malaysia, Avon Intimates!
Avon Intimates telah melahirkan lebih dari 800 rekaan unik di pelbagai kategori termasuk rangkaian selesa, pakaian pembentuk tubuh dan koleksi intim dalam pelbagai bentuk, saiz tubuh dan citarasa.
“Setiap produk Avon Intimates direka mengikut kesesuaian wanita Malaysia dan Asia jadi anda mendapat pemakaian paling selesa, kualiti terbaik dan fesyen terkini pada harga mampu milik.”
2019 bakal menjadi tahun yang hebat buat Avon Intimates. Dari ‘cup’ memori mengikut bentuk, fabrik coli yang pantas mengering, pembentuk tubuh licin tanpa kelim serta pakaian aktif, setiap pengguna bakal menggayakan keselesaan terunggul dan gaya paling seksi sempurna.
Untuk meraikan ulangtahun ke-30, Butik Kecantikan Avon seluruh Malaysia akan memberi konsultasi pakaian intim PERCUMA dan pelbagai promosi istimewa khas untuk pelanggan wanita, sepanjang tahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI