Lipstik, Lip Balm, Lip Tint Dan Lip Gloss Semuanya Tak Sama, Sebab Itu Kena Tahu Macam Mana Nak Beza

Share

Bibir yang mekar, merah dan mungil tentunya menjadi idaman ramai wanita. Pemakaian lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss menjadikan bibir kelihatan sempurna. Namun berapa wanita yang tahu tentang perbezaan ke empat-empat produk kecantikan ini?

Mungkin ada yang beranggapan semuanya sama sedangkan hakikatnya semua peralatan kecantikan untuk bibir ini berbeza antara satu sama lain. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk kenal apa sebenarnya lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss yang setiap hari kita pakai.

PERBEZAAN LIPSTIK, LIP BALM, LIP TINT DAN LIP GLOSS.

LIPSTIK

Lipstik adalah produk pewarna bibir pertama yang ditemui. Manfaatnya digunakan secara sederhana untuk mengubah warna bibir. Oleh kerana itu lipstick memiliki variasi warna bermula dari merah, ungu, orange, dan sebagainya.

LIP TINT

Dikenali juga sebagai lip stain, lip tint belakangan ini sangat popular terutama di kalangan pencinta kosmetik Asia. Lip tint memiliki variasi warna yang jauh lebih sedikit dibandingkan dengan lipstik. Hal ini kerana lip tint digunakan untuk meningkatkan warna semula jadi bibir. Oleh kerana itu warna yang sering ditemukan adalah merah, pink, atau peach.

LIP BALM

Produk ini digunakan untuk melembabkan dan merawat bibir. Jika anda memiliki masalah bibir kering atau pecah, maka lip balm adalah pilihan yang tepat. Pada umumnya lip balm tidak memiliki warna, namun sekarang terdapat variasi lip balm yang memberikan warna pada bibir.

LIP GLOSS

Lip gloss memiliki formula yang lekit di bibir, dan membuat bibir terlihat glitter. Jika kamu memiliki bibir yang tipis, produk ini dapat membuat bibir terlihat penuh. Namun, warna yang dihasilkan lip gloss tidak bertahan terlalu lama.

Setiap kali mahu keluar daripada rumah, pasti kita akan mengoles lipstik pada bibir. Lipstik ini ibarat item solekan yang wajib ada di dalam beg tangan setiap wanita. Barulah wajah tampak lebih berseri.

Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna lipstik yang sesuai mengikut tona kulit kita. Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu yang baru. Ini ada beberapa tips untuk anda.

1. Tona kulit cerah

Buat gadis berkulit cerah, warna gincu yang terbaik untuk anda adalah rona nude. Rona nude seperti peach atau merah jambu memang sesuai untuk anda. Elakkan memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali tampil dengan rona merah untuk kelihatan lebih anggun dan seksi.

2. Tona kulit kuning langsat
Gadis yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini. Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.

3. Tona kulit sawo matang
Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda. Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.

4. Tona kulit gelap
Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, lipstick rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik. Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pecah. Manakala untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.

Sumber kredit: Ailawa

Published by
Norhasliza