Bibir yang mekar, merah dan mungil tentunya menjadi idaman ramai wanita. Pemakaian lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss menjadikan bibir kelihatan sempurna. Namun berapa wanita yang tahu tentang perbezaan ke empat-empat produk kecantikan ini?

Mungkin ada yang beranggapan semuanya sama sedangkan hakikatnya semua peralatan kecantikan untuk bibir ini berbeza antara satu sama lain. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk kenal apa sebenarnya lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss yang setiap hari kita pakai.

PERBEZAAN LIPSTIK, LIP BALM, LIP TINT DAN LIP GLOSS.

LIPSTIK

Lipstik adalah produk pewarna bibir pertama yang ditemui. Manfaatnya digunakan secara sederhana untuk mengubah warna bibir. Oleh kerana itu lipstik memiliki variasi warna bermula dari merah, ungu, orange, dan sebagainya.

Lipstik, Lip Balm, Lip Tint Dan Lip Gloss Semuanya Tak Sama, Hijabi Kena Ambil Tahu Bukan Asal Sapu Je

Ads

LIP TINT

Dikenali juga sebagai lip stain, lip tint belakangan ini sangat popular terutama di kalangan pencinta kosmetik Asia. Lip tint memiliki variasi warna yang jauh lebih sedikit dibandingkan dengan lipstick. Hal ini kerana lip tint digunakan untuk meningkatkan warna semulajadi bibir. Oleh kerana itu warna yang sering ditemukan adalah merah, pink, atau peach.

Lipstik, Lip Balm, Lip Tint Dan Lip Gloss Semuanya Tak Sama, Hijabi Kena Ambil Tahu Bukan Asal Sapu Je

Ads

LIP BALM

Produk ini digunakan untuk melembabkan dan merawat bibir. Jika anda memiliki masalah bibir kering atau pecah, maka lip balm adalah pilihan yang tepat. Pada umumnya lip balm tidak memiliki warna, namun sekarang terdapat variasi lip balm yang memberikan warna pada bibir.

Lipstik, Lip Balm, Lip Tint Dan Lip Gloss Semuanya Tak Sama, Hijabi Kena Ambil Tahu Bukan Asal Sapu Je

Ads

LIP GLOSS

Lip gloss memiliki formula yang lekit di bibir, dan membuat bibir terlihat glitter. Jika kamu memiliki bibir yang tipis, produk ini dapat membuat bibir terlihat penuh. Namun, warna yang dihasilkan lip gloss tidak bertahan terlalu lama.

Lipstik, Lip Balm, Lip Tint Dan Lip Gloss Semuanya Tak Sama, Hijabi Kena Ambil Tahu Bukan Asal Sapu Je

Sumber kredit: Ailawa 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI